Wednesday, December 27, 2017

Bisikan Malaikat

Td kakyang dpt msg dari member ofis. minta tlg kakyang masakkan masak pucuk kayu. kakyang a bit malas nak tolong masakkan. masak satu hal, brg2 nak kena guna brg kakyang. masa lg. kakyang pun ada plan nak masak menu lain.

then, kakyang perasan peel kakyang ni pelik sikit. kakyang suka tlg org. tp tak suka bila diminta tolong utk menolong.

eh korang fhm ke ayat tu :P

kemudian malaikan bisik ke telinga...

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

ok.. ok.. mocik insaf.

terus kakyang reply member ckp OK.




Monday, December 18, 2017

if time can be turned back

New Wishlist

td kakyang dok belek2 calendar
dok kira2 berapa hari cuti yg tinggal
berapa pula bakal digunakan next year

dari kiraan dan anggaran
mcm tak berbaki juga cuti thn dpn ni
phiewww

pastu terlajak fikir
apa pula plan 2019?

amboi kakyang
2018 belum pun mula
dah cerita 2019
sakan aih

2019:
kalau depa tak de plan apa2
kita mcm nak realisasikan je wish lish bawah ni..
hiking ke puncak2 tertinggi di negara south east asean
ok dok?

vietnam- fan si pan 3143m
philipine- mount apo 2954
indon- puncak jaya- 4884
thailand- doi inthanon 2565
korea-halla san 1950
brunei- bukit pagon 1850
singapore- bukit timah 164😅

berangan je la
beranga free je kan..
😝


Friday, December 15, 2017

Result PT3

semalam kakyang cuti
bawa si kecik p ambik result pt3
dia tanya nak gerak kul brapa
sbb result kluar kul 10
kakyang kata kul 8 mesti kluar rumah

si kecik decline
gi lewat sikitlah ibu
adik tanak dengar ceramah bagai

astaga
ibu ye kan je la
dah tau dah perangai dia

end up
kul 9.30 baru keluar rumah
singgah bg depa breakfast dulu
kul 10.10 baru gerak kluar dari s/a

dlm dok driving sambil waze
tetiba kakyang terpk
boleh ambik kesempatan naik hway tertinggi ni
hway rawang-serendah tu
akhirnya tercapai niat

tp sbb nak cpt, idakler berani brenti atas tu
terus shoot ke kkb
ingatkan lepas tu ada jalan kluar semula ke hway utara selatan
rupanya xde
terpaksa la bersemput dlm jln kampung

kul 11.30 baru sampai kkb
terus p ambik result
si kecik posing2 salam2 sikit dgn kwn2 dia
terus ajak balik

loh!
kejap je
buat penat jauh2 dtg

mcm mana result?
alhamdulillah...
p lambat kan
A tinggal separuh je lah
yg lain dah kena kebas
hahahahhaha

apa pun kakyang puas hati dgn result si kecik
mcm2 kan dia lalui tahun ni
dpt mcm tu pd kakyang
alhamdulillah sangat2 dah

sebak bila ingat almarhum abg xde untuk lihat kejayaan anaknya
kalau almarhum ada lg ni
sah akan dipeluk cium anaknya tu

balik dari sana
belanja dia mkn apa yg dia nak
bawa dia jumpa umminya
dia minta hadiah 100/A
since matanya dah rabun
kakyang contra hadiah tu dgn buatkan spek mata utknya
jdlah kan..


now
tunggu result along pula
next year lah tu.. :P

Wednesday, December 13, 2017

Info kesukaran G7

td layan fb jap
ada seseorang post pasal her review gunung G7
ada yg kakyang belum sampai
jd kakyang paste kat sini as info
boleh rujuk dan edit bila nak pergi next time
boleh buat panduan
utk standby mental sebelum on trek


5. 2D1N Yong Belar
Done!

review kakyang:
>trip 2D1N jd trip compress bila tetiba gogo bgtau tak jadi camp di Kem Kasut. letak beg di Kem Tudung Periuk. shoot ke puncak, dan turun semula ke kem tudung periuk on same day. terpaksa OT sampai kul 1.30am gara2 buang masa semasa menunggu siapa nak proceed ke puncak dek kerana hujan lebat.
>trek selepas kem tudung periuk sangat panjang wpun agak landai. mcm tiada penghujung.
tahap kesukaran pd kakyang: 5/10


4. 4D3N Tahan melalui Merapoh
Done!
review kakyang:
- Banyak sungat besar dan deras nak kena cross sementara nak ke kem luis.
- Perkhemahan sejuk di kem Botak
- Trek pacak dan berakar licin di kem kubang
- Rangers check barang sebelum dan selepas trip
>trip jd tragedi bila kakyang jatuh ketika menuruni tebing berakar selepas kem kubang. hampir meragut nyawa. alhamdulillah allah masih bg peluang utk hidup. wpun kaki terseliuh. masih manage keluar dari hutan sendiri.
tahap kesukaran pd kakyang: 6/10

3. 3D2N Korbu & Gayung
Done!
- Kakyang buat V1 compress. masuk dari YB, keluar di Korbu.
- trip ni paling sukar pd kakyang sbb melalui trek yg jarang dilalui
berbanding trek biasa melalui korbu-gayung:
- Seksyen yang sangat curam untuk mencapai Chuban . pacak tegak dan berakar. ada 15 tangga perlu dilalui. dari kem H2O nak ke kem cerek. boleh  baca detail di post V1
- Perkhemahan sejuk yang teruk di permatang bongzai. kem H2O
- Perlu membawa air ke puncak. puncak tiada waterpoint
- Laluan yang sangat licin di sepanjang sungai di sisi cerun sebelum sampai ke kem seroja
Tahap kesukaran: 8/10 (sebab trip compress dan trans V1)

2. Yong Yap 4D3N - Bubu - Tok Nenek (reverse)
Done!
- Camp Site sejuk
- Perlu membawa air ke puncak bubu dan YY
- trek yang  panjang dari puncak  Bubu ke YY,
- trek tebing berbatu di puncak Tok Nenek
- trek ke puncak YY yang hancur teruk dan berselut. perlu memanjat akar dan tebing lembik. (ala2 irau)
- Perlu merangkak di bawah buluh
- Banyak lintasan sungai

Tahap kesukaran: 6/10

1. 6D5N Chamah Ulu Sepat
- Agas di semua kem
- Lintasan sungai pada hari ke-2 hari
- Haiwan liar boleh menjejaskan jadual
- 2 hari seksyen panjat yang sangat panjang, mungkin overtime
- 8 puncak tipu pergi ke Chamah (dan 8 dalam perjalanan pulang, tentu saja)
- Laluan kurang kerap, kurang jelas dan banyak dan banyak duri
- Laluan yang sangat licin di sepanjang sungai di sisi cerun
- Trans yang bermaksud tak leh patah balik kalau ada problem
- 6 hari boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan
- 4 jam perjalanan 4WD yang sangat beralun
tahap kesukaran keseluruhan both gunung. 7/10

**tahap kesukaran itu adalah pd level fitness siput mcm kakyang. pd anda mungkin berlainan

Kari Kepala Ikan

tetiba kakyang craving for kari
pastu terus terbayang kari kepala ikan
nyummmmm meleleh air liur

dgn gigihnya, sabtu lepas p pasar
cari kepala ikan
nak ikan merah or ikan duri?
ikan merah ikan duri?
tak tau nak pilih yg mana
end up kakyang beli ikan merah
sbb terasa mcm isinya lebih lembut dan org lain pun makan

balik rumah
siang2 segala mak nenek ikan yg kakyang beli
tetiba nampak ikan kembung yg kakyang beli mcm fresh sangat
tekak terbayang nikmat lemaknya ikan fresh
terus menu bertutar bertutar!
ni pelat anak kakyang masa depa kecik2 dulu
bertukar jd bertutar

dari kari kepala ikan
jd ikan bakar portogese!

takpa.
kari kepala ikan kita masak hari ahad

konon!

tiba hari ahad
anak kakyang kejan suruh p beli barang2 sekolah dia
terus x jd masak
huhuhu

mlm td
tetiba mood rajin nk masak mai
mana taknya
craving kari belum tertunai
makanya cergaslah kakyang masak kari kepala ikan

abaikan presentation yg comot tu yer.. ghu ngan kobis goreng kicap terlebih suda..
Resepi?
takyah resepi lg lah dik non..
bersepah dah resepi kari ni
akak bg tips eh
nak kari yg sedap?
rempah kari kena betul2 masak
campur 2 jenis rempah kari utk lg umph
kakyang campur rempah basah/giling dgn rempah serbuk
rempah brand apa?
kakyang jenis tibai je any brand
buta rasa kakyang ni
rempah basah tu specially import dari kedah na
cari je kat pasar besar log staq tu
ada satu kedai rempah basah kat belakang pasar
area ulam2 kampung
kakyang mmg beli stok dan simpan
bertahun dah rempah tu dlm petiais
tp x rosak
tahan lama baq hang

selamat teliuq!

Thursday, December 7, 2017

Broga: trip yg lupa nak post kat blog

hahahahahaa
x boleh blah tajuknya

rupanya trip broga lupa nak update ke blog eh.
patutlah bila tengok kat label tu, berapa kerat je post hiking

dah lupa pun bila pergi broga
kena refer pd wishlist tab
kat situ ada noted bila p sana

yg ingat, trip ni pergi ngan geng jungle ppl
tumpang kereta kiera
naik sebelum subuh
masa ni parking dah naik RM5
masuk toilet kena caj RM1

view broga so-saja
kena naik awal pg
supaya tak rentung kat atas
sbb treknya open
tak banyak pokok
org punya lah ramai
sesak

treknya trill sbb tanah merah dah mampat dan jd licin sbb haus dipijak hari2
nak ke puncak tu pacak sikit.
kena pegang tali utk memudahkan naik
kena hati2 juga sebab takut tergelincir jatuh ke cerun

turun dari broga
terus pekena air kelapa
nikmat ya mattttt


nampak tak trek dia mcm mana? kalau hujan, licin nih

ramai yamat

dekat nak sampai puncak dah

view dari puncak broga


dah turun. suka sbb boleh minum ayaq nyok sat lg. tepi tu gerai ayaq nyok

Jgn menangis sayangku

pg td
tak sempat nak angkat doa lepas sembahyang subuh
(kena mention ke??) purrffffff
hp kakyang berbunyi
bila tengok nombor
x kenal
takde nama

tp angkat juga
sbb pagi2 dah call
mungkin ada urgency
or maybe no family yg kakyang x savekan

hati kakyang terus  berdebar
mana tau bila angkat tu
dpt berita yg tak menyenangkan
terima call pagi2 buta adalah sesuatu yg mengsuspenkan hati

bila angkat
terus perempuan bg salam
dah perkenalkan diri sebagai kak rahmah
kwn almarhum abg sejak di digi dulu
tak pernah kenal orgnya
tp nama pernah dengar sbb dia selalu berurusan renew roadtax dgn almarhum dulu

kak rahmah call utk ucapkan takziah
dia baru balik dari mengerjakan umrah
masa almarhum abg xde tu
kak rahmah berada di mekah

dia tanya serba sikit mcm mana abg meninggal
kakyang pun cerita serba sikit juga
hati mula sebak
suara pun dah nak sendu
tahan

agaknya dia perasan perubahan suara kakyang
taklah dia tanya dan berbual panjang2
sebelum akhiri perbualan
dia puji almarhum mmg seorang yg sangat baik

Allah..
lega dengar bila ramai yg mengatakan abg mcm tu
semoga almarhum abg ditempatkan bersama para solihin


Wednesday, December 6, 2017

Trans Titiwangsa V1

Biar betul ni???
kakyang dah commit nak join trip ni??
trip compress gila dik non.
org selalu buat 5 hari
depa nak buat 3 hari
gulp gulp gulp!

dah tu..
date trip betul2 lepas kakyang abis idah
dgn x exersise nya
dgn xde workoutnya
mampoih!

tengok iti pun dah nak terkincit.
Allahu!

Tentatif V1 3d2n

Hantar kereta di dem
(Van collect di dem)

Day 1

5.00am:start hike kebun
6.30am:tiba tudung periuk (regroup) 💧waterpoint
7.00am:start hike
9.30am:kem kasut (regroup) 💧waterpoint
10.00am:start hike
11.00am:tiba peak Yong Belar (lunch)
12.30pm:start hike
1.00pm:💧kem kuali
2.00pm:anak yong belar
3.00pm:puncak h20 (regroup)
3.30pm:start hike
4.30pm:tiba h20 (setup camp) free and easy (waterpoint)💧

Day 2

5.00am:bfast dan berkemas
6.00am:start hike
10.00am:tiba peak junction (regroup)
10.30am:start hike
1.00pm:tiba kem cerek 💧(waterpoint)
1.45pm:tiba simpang proton (letak bag)
1.55pm:tiba peak Gayong (regroup)
Lunch
3.00pm:start hike
5.00pm:tiba korbu peak (regroup)
5.30pm:start hike
7.00pm:peak botak (rest regroup)
7.30pm:start hike
8.00pm:termin lwp 💧
8.45pm:tiba kijang camp (setup camp free and easy)💧

Day 3

10.00am:berkemas dan bfast
11.00am:start hike
12.00pm:kem seroja 💧
12.45pm:air terjun balak 💧 (lunch)
2.00pm:start hike
4.00pm:tiba starting point.bersurai

Ini cuma anggaran masa.masa akan lebih pantas sekiranya peserta kurangkan berhenti dan masa ini diambil oleh line up yg paling perlahan pergerakan.

fuh! fuh!
nak luruh jantung bila pk pk yg kakyang berani commit trip ni..
terkencing tercirit terkaku dik non!

Hadiah birthday

semalam kakyang gigih mengopek bawang
ingat nak buat bawang goreng je
dlm dok kopek tu terlintas nak buat sambal kering pula
gigih ler kopek ikan bilis sekali
dlm dok gigih tu, terlintas nak buat jual pula
makanya gigih la tambah semua bahan bg banyak

dlm dok gigih kopek itu ini
biras kakyang balik dan menyapa di dapur
buat apa tu kak...
nak buat sambal
pot pet pot pet dia soal satu 2
pot pet pot pet kakyang jawab 1 dua
dia beredar nak naik bilik
kakyang sabung mengopek

tetiba dengar suara dia lg
kak.. nah hadiah besday
biras kakyang hulur peket berbalut
allah! terima kasih banyak2
kakyang sambut peket berbalut dgn senyum terharu
tak sangka ada juga yg sudi mengembirakan hati ni


org memberi kita merasa ye dak
makna lainnya..
next time birthday dia pula
kena la kakyang bg sesuatu pula



terima kasih banyak2 ye adik birasku..



Tuesday, December 5, 2017

Birthday

hari ni birthday kakyang
selalunya kakyang x suka sambut birthday
sama juga dgn tahun ni
lg sedih tahun ni sbb abg dah takde
dah takde org yg tunggu detik 12 utk wish birthday kakyang
selalunya tiap2 tahun abg akan wish
abis segala wall fb, group wsap dia akan announce birthday kakyang

tahun ni
1st time group kepoh ofis ingat birthday kakyang
tu pun diorang dah tersalah add kakyang kat group preparation
ada member yg tanya siapa lg baby dec
member yg lg sorang respon bg nama member lain
x sebut nama kakyang
so kakyang diam je
dok dlm group preparation tu diam2 je perati apa yg diorang prepare
ujung2, baru ada yg perasan rupanya kakyang pun baby dec juga
alaaaaa pecah lobang
terus kena kick dari group preparation
hahahha




Monday, November 27, 2017

Katakan bahwa semua ini hanya igauan mimpi

Demi Masa

Jumaat lepas, masa kakyang pergi submit borang penutupan sspn anak
kakyang singgah kedai jam bawah amcorb tu sekejap
mentelah pula lunch time jumaat baru bermula
kalau terus keluar ni, jln mesti sesak dgn staf baru kluar lunch
jd alang2 dah sampai kat situ
kakyang singgah sekejap kedai tu
utk repair jam abg

satu- ganti tali sbb tali lama dah rosak. ganti bateri juga
lg satu- ganti bateri saja
lg satu jam kakyang yg pecah cerminnya tu pun kakyang suruh repair juga. yg ni kena tinggalkan. nanti dah siap dia akan call





so
harini menciwi dtg ofis dgn jam abg
dlm hati dok berkira2 nak ofer kat anak2 bujang tu tak
tp separuh hati berbisik jgn bagi
takut anak2 tak pandai jaga
lg separuh hati pula ckp bglah
kesian anak2.. sekurangnya ada brg peninggalan almarhum ayahnya utk dikenang
anak-anak pun ada hak atas brg peninggalan almarhum ayah depa

nantilah kakyang fikir-fikirkan..
harap2 bisikan ke dua dpt mengalahkan bisikan pertama..
insyaallah..

SSPN iPlus

kakyang bukan nak promote
saja nak cerita bab proses sspn anak2 kakyang

dulu almarhum abg buka acc sspn ni utk anak2
kononnya sbb kerajaan kata sapa nak buat pinjaman ptptn utk anak nanti, mesti ada no acc ni

jd bila almarhum abg meninggal
kakyang dpt tau boleh claim khairat kematian
so pergila la kakyang menebalkan muka kat ofis sspn tu utk buat tuntutan

bila dah jumpa consultant sspn tu baru dpt tau beberapa info:

1-org yg buka acc sahaja yang boleh tuntut waive tax. maknakata wpun almarhum abg yg buka acc tu, tp yg dok boh duit dlm tu bulan2 adalah kakyang. kakyang x boleh gunakan acc tu utk claim dlm incometax. hanya abg yg layak claim sbb acc tu dibuka atas nama abg sebagai pendeposit.

2-ada 2 jenis acc. sspn biasa (mula2 launcing dulu) dan sspn ipluss (yg sekarang dan berinsurance)
sspn biasa - jika berlaku kematian pd pendeposit, waris layak tuntut khairat kematian. tp.. syaratnya acc ni perlu ditutup terlebih dahulu. sspn akan gandakan nilai simpanan dan refund kepada waris. eg: katakan dlm acc anak kyang tu ada RM1000, makanya sspn akan refund RM2000 ke acc waris.

sspn iplus - simpanan berinsuran serendah RN30 rasanya. dgn insurans cover RM40k jika berlaku sebarang kejadian kepada pendeposit. saving banyak mana dlm tu pun, dia akan bg nilai insurans tu. yg ni utk pekej insurans takaful RM10/mth. kalau yg RM20 permonth tu, akan cover sampai 120K rasanya. kakyang ambik yg RM/mth je. sbb rasanya tu pun dah banyak kot tolak p ke insurance sahaja dah 120 setahun. huhuhu

so kaedahnya sekarang, kalau kakyang nak tuntut khairat tu. kyang perlu tutup acc yg abg buka. dan kakyang buka baru yg sspn iplus untuk anak2.

buka acc baru tu kakyang dah buat sebulan lalu. borang penutupan kakyang baru submit jumaat lepas kat sspn amcorb. katanya makan masa juga nak proses sbb dia hantar borang tu ke s/alam dulu. pastu baru ke HQ ni KL. kenapa nak patah balik p mai p mai tang tu pun tak tau lah.

mcm mana cara tutup acc?
senang je. abik borang penutupan di kaunter sspn, isi dan lampirkan bersama dokument2 sokongan yg lain
-sijil kematian
-sijil nikah
-copy ic pendeposit
-copy ic waris
-copy statement bank waris-utk proses refund

cara buka acc:
bawa ic pendeposit je ke kaunter sspn. isi borang. pilih pekej mana nak. bayar deposit simpanan 2 bulan. done!

senang kan?

moralnya: buka je lah acc sspn tu utk anak2. sambil2 kita saving utk pelajaran diorang tu, masa depan anak2 terjamin juga dgn saving yg kita bakal tinggalkan pd diorang.
utk org yg dah mula kena tax income ni. tu boleh juga kita tuntut tax waive dari situ. ye dak?


Expresso

last week on 16th kakyang submit borang permohonan pencen penakat dgn socso kan?
tengok2 semalam dah ada chq dlm post box!
maknanya dlm last week lah surat tu dah sampai.
tp x perasan
ni pun sbb along p jenguk postbox semalam
surat pun dah basah
gara2 2 hari hujan sepanjang hari weekend semalam

permohonan diluluskan dgn kelulusan pencen penuh
alhamdulillah
syukur teramat
tak lah ciput sangat spt kakyang bayangkan
boleh lah buat anak2 kakyang beli barang keperluan bulanan
lega sangat2
sekurangnya kalau jd apa2 pd financial kakyang
anak2 masih ada sedikit pendapatan
wpun mungkin sekadar beli sekampit beras utk sebulan mkn
jdlah dari takde langsung ye dak?

dlm surat kelulusan tu details mcm mana diberi kelulusan/pengiraan ditunjukkan
jd tak de lah kita tertanya2 macam mana dpt figure2 tu
selesai satu perkara

thank you Allah!

Thursday, November 16, 2017

Pencen Penakat-Socso

td kakyang pergi hantar kereta service
balik dari service center, kakyang terus minta tolong staf drop kakyang kat socso.
gi hantar borang permohonan pencen penakat almarhum abg
alhamdulillah semua borang diterima
tetiba baru teringat
tak bawa invoice pengkuburan
bila tanya staf kaunter, dia kata takpa. x perlu bg pun

rupanya lepas submit borang, ada sesi interview
simple interview je
untuk pengesahan dokument yg diberi
pastu tanya setahu puan, arwah ada seorang saja isteri?
kakyang jwb: insyaallah
hehehe

pastu kakyang tanya mcm mana kiraan pencen tu nanti?
dia pun terangkanlah
pencen berdasarkan pd anggaran gaji masa caruman terakhir
max 60%. min 50% dari anggaran gaji tersebut
tertakluk kepada kelulusan jk pelulus
pastu nanti dari yg diluluskan tu pula
akan dibahagikan kepada waris2 mengikut kadar tertentu
mcm kes kakyang, ada 2 anak
so akan dibahagi 3.
pecahan bahaginya nanti wallahualam tak tertanya pula
pastu utk anak-kelayakan pencen hingga umor 21thn
utk isteri-seumor hidup

kakyang congak2 td apa yg bakal diluluskan
lepaslah utk beli kfc sebulan sekali
alhamdulillah..

Monday, November 13, 2017

Imbau Kenangan

Dulu
masa kakyang kecik2
kakyang rajin p rumah tok (nenek)
dekat je. jln dlm 30 minit, sampailah
shortcut ikut kampung orang

jalan je dik non
family kakyang org susah
mana ada kenderaan.
kesana kesini kalau dekat, jln kaki
kalau jauh, samada x pergi. atau naik bas
naik bas tu biasanya bila balik kg tok sebelah mak lah
mcm itik kami jalan berderet ikut mak balik kg naik bas. hehe

kali ni nak focus cerita tok sebelah abah
tok sebelah abah garang
tp dgn cucu2 semua baik
dia suka isap curut
kalau kakyang adik bradik p rumah tok
dia akan bg duit sekupang 2 suh p kedai
belian curut cap unta utk dia
curut tu warna coklat.
ada label kertas bercop unta warna merah melilit kat curut tu

pastu tok juga suka mkn sirih pinang
kalau p rumah tok
kakyang suka korek bekas sirih pinang tok
sbb tok suka tabur duit dalam tu
selalu kakyang jumpa duit syiling dlm tu
kakyang akan tanya tok dulu boleh ambik dak
tok bg ambik.
terus berdezup p kedai beli ais malaysia
heheh

tok suka kalau kakyang dtg
sbb dia suka nak sapu minyak kelapa kat rambut kakyang
tu sbb rambut kakyang itam legam dari adik bradik yang lain
cantik berkilat
nak pula kakyang satu-satunya cucu yg rambut ikal mayang
mmg tok suka sangatlah nak sapu minyak kelapa tu
minyak tu tok tanak sendiri.
kadang2 sampai terlena kakyang celah kaki tok
sbb sedap org dok main kepala kan

kakyang paling suka kalau tok masak sambai tumis ikan tongkol
org sana panggil ikan tongkoi
bila tok menumis cili tu
fuh! semerbak satu rumah bau
kakyang cuba tiru resepi tok
tp sampai la ni x dpt rasa yg sama wpun ramuan sama

tp tok ada peel pelik
tok tak suka simpan gambar keluarga yg dah meninggal
gambar tokwan (datuk), gambar paklang semua tok buang/.bakar
sampai la kakyang tak kenal mcm mana rupa tokwan, mcm mana rupa paklang
tok tak bg simpan.
tok kata org dah tak dak dah.
buat pa nak simpan2

baru hari ni kakyang faham kenapa tok buat lagu tu
rupanya sakit bila menatap gambar2 org kesayangan kita yg dah meninggal
baru jap td kak ipar kakyang post gambar kami bersama almarhum abg ketika di singapore dulu
terpandang je gambar tu, terus meleleh air mata kakyang
sedih
tu cara x pandang betul2 dan belek2 muka almarhum
kakyang just sekali imbas je
cuba bayangkan kalau betul2 tenung, belek2 ?
mesti lg sedih dan pilu kan?

dan sememangnya sejak almarhum abg xde
mmg kakyang cuba elakkan pandang gambar2 abg
1001 perasaan menerpa
jd kakyang ambik pendekatan elakkan

setelah sekian lama kakyang mempertikaikan tindakan tok buang semua gambar family yg dah xde
baru hari ni kakyang memahaminya kenapa.

AlFatihah utk tok, abah, abg dan keluarga lain yang terlebih dahulu meninggalkan kita




Tuesday, November 7, 2017

The heart is aching

SPM 2017

Semalam berbulanya peperangan utk anak teruna kakyang yg sulung
dia sit exam SPM tahun ni
kakyang hanya mampu doakan dia dpt buat dgn tenang dan idea mencurah2
apa2 je keputusannya nanti kakyang redho je
banyak dia harungi sepanjang 17 tahun ini
terbaru dgn ketiadaan ayahnya
harap2 allah membantu dia lulus dgn cemerlang

Along,
doa ibu sentiasa bersama along.
luv u syg ibu.

Monday, November 6, 2017

44 hari

sabtu semalam genap 44 hari pemergian abg.
sebenarnya kakyang niatkan haritu nak ceritakan detik pemergian abg
tp belum tercapai nak menulis
sbb bila menulis ni perlukan ketenangan dan mood yg baik
nantilah. ada masa kakyang menulis ye

hari ahadnya kakyang bawa along ke kubur
dah rata dah tanah kubur abg.
kebetulan kakyang terserempak dgn org yg jaga kubur
dah minta org tu topup tanah semula
nanti 100 days kakyang nak tanam rumput kat situ
semoga rumput2 tu dpt bertasbih sekitar kubur abg

AlFatihah

Wednesday, November 1, 2017

That feeling

Perasaan itu
Kosong
Sepi
Sunyi
Loophole

Tak boleh nak describes mcm mana.
All this while kita menyampah
Kita marah
Kita benci
Kita x suka

Tp semua tu kat mulut ja
X sampai kat hati
Sbb dlm hati kita masih ada dia

Bila kita dah reda dari rasa2 tu
Bila kita dah cooled
Kita berpaling semula pd dia
Dia jd semula partner kita
Partner yg kita curah 1001 rasa
Partner yg kita cerita segala cerita
Partner yg kita paksa2 dengar segala grumble kita
Partner yg akan dengar segala apa yg kita nak cerita
Tanpa judgement
Tanpa prejudice
Tanpa wasangka
Dengar ja
Dan tetap terima kita seadanya

Kini
Bila dia dah tadak
Bila dia dah pergi
Kita berpaling arah manapun
Tadak jugak

Missing
Hilang

Kita jd termangu
Nak cerita pada sapa
Nak luahkan pd siapa
Sapa nak dengaq cerita kita


Wpun kita rasa
Oh si polan ni mesti nak dengar cerita i
Atau
Si anu tu sudi kot dengar cerita kita
Kita pun cerita kat si polan kat si anu

Tp
Rasanya tetap x sama mcm cara kita cerita dgn dia
Lain
Lain sangat

Bila cerita dgn si polan si anu
Kita rasa mcm sudi tak dengar ni
Pastu
Kita rasa kita akan di judge
Rasa x selesa
Tak sama rasa mcm kita cerita dgn dia

Tak sama
Betul2 x sama
X sama langsung

Rupanya
Hatiku masih bersama dia




Thursday, October 26, 2017

Accident

Pg td kakyang xcdent. terlanggar bumber kereta org depan ketika simpang siur nak tukar lane. 
kakyang dari kiri nak tukar ke lane kanan
org tu dari lane kanan nak masuk simpang kiri
dlm dok brek lepas brek lepas nak masuk kanan tu. 
bummm 
tercium bumper org depan
ni gara2 terlalu rapat dan gara2 tak pasang aircond
enjin ringan sangat. 
laju ja kereta pergi wpun x tekan minyak
huhuhu

korang doa2kan org tu tak caj kakyang lebih2 yer
dia nak sattle luar
nanti dia bg bil utk kakyang bayar
harap2 dia tak ambik kesempatan
dari 1st impression kakyang
dia org yg mudah diajak berbincang 
dan muka mcm baik


doa2kan utk kakyang yer...


25 Oct 2016

semalam genap setahun pemergian abah kakyang
rindu abah!😭

Semoga roh abah tenang dan aman di sana. ditempatkan  bersama para solihin.. aaminn..

Tuesday, October 24, 2017

serunding halia

2,3 minggu yg lepas
office mate kakyang belikan stok bahan mentah utk pantry ofis
kami pesan halia
dia p beli 2 ketul besar.
alamak lupa plak nak snap gambar

lama terbiar halia tu
tak termasak pula bila bhn mentah banyak
end up, depa suruh kakyang bawa balik dan buat lah sesuatu dgn halia tu

kakyang bawa balik last week
ingatkan sempat lah nak bergasak dgn halia tu
rupanya tak sempat

semalam
bila kebosanan tunggu si bujang p tuisyen
kakyang mai mood nak merincih halia tu
gigih uols.. kakyang rincih halia dengan pisau
campur dgn 5 labu bawang putih
ikan bilis segenggam kedekut
tak letak ikan bilis banyak. mahai wei!

makanya...
terhasilllah serunding halia!
bawa p ofis pg ni
2 x masak bubur nasi u.

gara-gara serunding halia. hehehe
serunding halia + bubur nasi


Panic Attack

semalam. masa tengah driving. dah nak sampai s/a dah pun.
tetiba baru perasan, eh. kenapa aircond angin panas?
patutlah kakyang berfeluh2 dlm kereta.

check aircond. on
tutup balik. on kan semula panas juga.

tunggu sampai ke rumah ummi utk ambik anak teruna.
sementara anak teruna turun, kakyang off engine.
on balik.
kot2 aircond back to normal.
angin panas juga.

panic.
alamak.. aircond buat hal pula.
mana kakyang nak tuju utk tlg tengokkan aircond ni?

bila anak bujang masuk kereta je, terus kakyang mengadu ngan dia
dia pun dok mamai2 lg sbb baru bangun tido.
dia pun godek sana, godek sini
di onkan semula aircond tu
suh biar lama sikit

kakyang pun marah2.
ibu dah on cukup lama dah. mmg angin panas!
punya la panic kan..

pastu sambil cari jln balik tu, otak merawang nak cari pomen kat mana ni
masuk p satu kawasan industrial ni
tersalah jalan masuk jln one way la pula
dlm dok nak reverse tu, boleh terpandang kedai pomen +service aircond
terus pusing stereng masuk ke situ
suruh pomen tu tengok
dia kata gas penuh
dia dok godek2 plug apa entah. nak cungkil keluar plug tu
pastu dtg seorang adik yg tak dikenali ni.
dia kata.. kak, under waranty lg kan. p service senter dulu kak. bg service center tengokkan
ok. kakyang cuma nak suruh pomen tu godek2 je pun. dah verify masalah mmg nak p sana juga.
tanya pomen tu. apa masalah?
dia kata compressor x jalan ja
oklah. takyah buat apa2. esok i bawa p service center.

kakyang masuk balik kereta
start engine dan reverse keluar dari workshorp
tetiba dengar si bujang mengeluh
ibu.. oh ibu.. ish ish ish ibu ni
dah ko kenapa along? nak angin balik la kakyang pun
ibu x on button aircond kat bawah ni. mmg la panas!
pappppp! tepuk dahi kyang oiiii
laaaa.. ibu ta terlintas nak tengok butang tu langsung la nak oiii.
ibu x pernah pun tekan tutup buka button tu
nak on aircond, ibu dok main on kat mode kuat/ slow tu je

masyaallah... what a silly me is
mengekek kakyang gelak ngan anak bujang tu dlm kereta
nyaris2 kerugian bayar pomen dan kerugian warranty void. huhuhu

agaknya button tu ter off masa kakyang letakkan smartag reader kat situ td..
punya la panic kan.

ni la masalahnya bila tak pernah ambil tahu pasal kereta. sebiji button pun kakyang tak tahu.
kakyang oh kakyang
huhuhu


Monday, October 23, 2017

22 Sept 2017

Semalam genap sebulan almarhum abg kembali kerahmatullah. kakyang bawa anak2 p ke kubur pg tu. mentelah pula si kecik pun ada. jdnya sebelum dia balik ke asrama, kakyang bawa dia melawat kubur almarhum ayahnya.

setelah sebulan, kakyang rasa anak2 mula merindui ayah depa. terutama si kecik la yg suka zahirkan perasaan dia. si along tu layan kepala dia ja. susah nak teka.

tengoklah ayat memujuk dari budak f3. heheh


Friday, October 20, 2017

Iddah Kematian Suami

Iddah wanita kematian suami x sama dgn iddah wanita yang diceraikan.

bezanya pada: wanita yang kematian suami wajib berkabung selama 4bulan 10hari. oleh sebab itu, automatik iddahnya bersamaan dengan tempoh berkabung.

penerangan details mengenai iddah kematian suami atau diceraikan kakyang baca dari sini..

http://www.islam.gov.my/rujukan/garis-panduan/124-garis-panduan-ber-iddah-bagi-wanita-yang-bercerai-atau-kematian-suami

tambahan info:
wanita yang berkabung kerana kematian suami juga dilarang untuk memakai pakaian yg bercorak yg boleh menarik perhatian dan berwarna based pd kuning dan merah.


Dalilnya hadis Ummu Athiyah RA,”Kami tidak menggunakan celak, tidak menggunakan wewangian, tidak menggunakan baju yang dicelup…” (HR Bukhari no 5341; Muslim no 938).
Berhias dengan baju, maksudnya memakai baju yang bagus-bagus dan berwarna-warni dengan niatan berhias, hal ini dikatakan oleh Imam Syafi’I dan madzabnya (menurut Imam Syaukani, nailul Authar, halaman 1378).
uols boleh search more info dgn en google.

Nota tambahan:
kiraan idah adalah bermula dari tarikh kematian. mengikut bulan islam.

Thursday, October 19, 2017

Apa yang boleh di tuntut bila suami meninggal?

tu contoh soalan yg kakyang search utk dptkan info-info apa yang patut kakyang ambil tindakan bila suami meninggal. harap2 info yg kakyang share sebelum ni dpt membantu org lain juga.

dan ini. kakyang share pengalaman  sendiri semasa buat urusan tuntutan2 yang berkaitan selasa lepas. masa tulis tarikh kat borang-borang tuntutan tu baru perasan tarikh tu cantik pula. 17/10/17.

Khairat Kematian BR1M:
kakyang baru tau info ni sehari sebelum kakyang buat urusan tuntutan, dlm dok semak2 document yg abg tinggalkan, kakyang ternampak benda ni. rupanya BR1M ada khairat kematian yg dinamakan Skim Khairat Kematian (SKK) sebanyak RM1000

tp syaratnya, ada penama waris. hanya waris yg dinamakan boleh tuntut. so, kakyang tak tahu nama kakyang ada ke tidak sebagai penama. so kakyang gamble je lah walk in ke BSN.

rupanya mmg ada nama kakyang. mentelah pula BR1M ni link dgn LHDN. jd, mmg sah lah nama kakyang kat situ. so urusan tuntutan SKK ni mudah sekali.

Dokumen yg diperlukan:
-sijil kematian
-sijil nikah
- ic waris
*semua bawa original dan salinan.

rasanya ada borang kena isi. dush.. lupa plak step ni. lepas kaunter proses, terus dpt cash.

selesai di situ, kakyang pergi pula ke ASB untuk tuntut khairat kematian dan share abg di asb


Khairat kematian ASB dan Share ASB:
disebabkan share ASB abg x seberapa (less $2K). share tersebut boleh terus pindah ke acc kakyang.
just provide nama dan no acc bank. nanti ASB akan bank in terus ke acc ASB dlm tempoh 2 minggu.
Khairat kematian RM200 terus bg cash pd waris. kena bayar duit duti stem dan dptkan t/tangan pesuruh jaya sumpah dlm borang yg diisi tu. (part ni kena ulang alik ke asb memandangkan pesuruh jaya sumpah tu kat luar dari pejabat asb)
*documentation sama seperti BR1M.

**ramai memberi nasihat. share ASB jangan simpan lebih dari 10K. sbb bila lebih dari had tersebut, tuntutan share hanya boleh dituntut melalui mahkamah tinggi, korang fhm2lah mcm mana haslenya nanti.

nampaknya, kakyang kena draw lah certain amount dari ASB nanti. tinggalkan min 10k tu je cukuplah. tanak anak2 kakyang susah nak tuntut nanti.


Khairat Kematian dan simpanan  KWSP 
Khairat kematian adalah RM2500. yg ini akan dipindahkan terus ke acc waris selepas 2 minggu.

Untuk simpanan, jika ada penama, simpanan akan terus di creditkan ke acc penama/waris. jika takde penama, kenalah dptkan surat kuasa dulu. dan kalau nilai melebihi certain amount, kena melalui mahkamah tinggi juga. p
*documentation sama seperti BR1M.

memandangkan saving abg ada seberapa je, jd prosesnya senanglah. katanya 45 working days baru masuk ke acc penama.


Khairat Kematian & Share Bank Rakyat:
*documentation sama juga seperti BR1M.
 Khairat kematian RM1000. Share pula kena tunggu kelulusan. share abg pun sikit je. so tak hassle sangat lah. cuma tempoh prosesnya lama. isi borang apa yg patut di kaunter. staf kaunter semalam bgtau max 6 bulan. baru both akan di pindahkan ke acc bank rakyat waris (kalau ada). atau acc bank lain waris.

Share Mutual Fund di Public Bank
Abg ada 2 share mutual fund di public mutual rupanya. patutlah kakyang terima penyata lain2 harga. pening juga masa mula2 tengok  penyata tu. yg mana satu betulnya ni...

bila ke public mutual, dan diberi penerangan. baru clear. 1 share tu nama bersama dgn kakyang. so, share tu terus boleh dicreditkan ke acc kakyang lepas 2 minggu.

share no 2 tu atas nama abg je. dan takde nama pewaris. jd, kakyang tak boleh tuntut share yg tu.
kena bawa document2 berikut utk buat tuntutan semula nanti..

-documentation yg sama juga seperti BR1M.
+ statement bank pewaris (utk creditkan share nanti)
+ Surat kuasa (yg ni kena dptkan dari pejabat pusaka harta kecil. kalau harta  banyak, dari Amanah rayalah)


Penutupan akaun-akaun bank si mati:
Kalau korang tahu no pin dan ada kad ATM atau access online acc si mati, korang terus je p draw cash or buat transfer online ke acc korang. tinggalkan seminimum mungkin. mcm kes abg, mmg kami sharing same no pin. dan access online ke certain2 acc yg kami gunasama. jd ada a few acc bank abg yg kakyang dah manage transfer/draw bakinya. yg tinggal hanya baki minima.

so, semalam tu, kakyang walk in lah ke bank berkaitan untuk tutup acc abg. malangya proses untuk tutup acc adalah hasle. perlukan surat kuasa. so, perkara ni kakyang hold or biarkan je lah. nanti bila dah dpt surat kuasa baru kita p uruskan semula. or biarkan je sampai tempoh auto deactivation acc tu.


>>>> moral of the story kat sini.. kalau korang berharta dan ada share kat mana2, cpt2 lah boh penama. nak lg bagus, buat wasiat. senang urusan waris2. kalau tak boh nama or wasiat, berharta pula juta juta lemon.. pening ler waris nak tuntut hak dia. naik turun mahkamah, entah2 mati dulu waris pun belum tentu tuntutan selesai.

Kalau korang nak baca lg info yg membantu, boleh baca kat blog ni.. http://fuzidss.blogspot.my/2017/02/permohonan-surat-kuasa-di-jabatan-harta.html

Monday, October 16, 2017

Dalam hati

semalam kakyang beranikan hati drive sendiri ke kubur abg. pergi sebelum ni adik ipar kakyang yg drove.

so semalam, berjaya redah 4 roundbout besar kat s/a ni.. pastu terlepas simpang kubur. x pasal2 terpaksa u-turn. u-turn ni pun problem juga. kakyang x pandai lg bab ni. tp semalam manage buat u-turn sbb jalan tu besar. hahahhaa

bila sampai kubur, terus ke pusara abg. nampak messy sikit sbb kubur sebelah tu nampak di korek2 semula je. berterabur tanahnya. jd, kakyang n along kemas2 sikit tanah dlm kepok abg tu. tanam sepokok pandan. harap2 hiduplah pandan tu.

lepas baca yasin dan betulkan batu tanda, kakyang p basuh kasut kat pancuran yg disediakan. bila pandang ke kubur, rupanya along tengah peluk batu tanda sambil menangis. nampak dia mcm bercakap2. entah apa dia ckp ngan ayahnya tu.

hati kakyang sebak. rupanya along terkesan juga dgn kematian abg. selama ni kakyang ingat along relex sbb dia ada kenangan pahit dgn abg. tp nampaknya, kenangan tu tak seberapa nak dibandingkan dengan hakikat ayah tetap ayah. anak tetap anak. bonding dlm hati hanya allah yang tahu.

doa kakyang, semoga allong berubah ke arah kebaikan.

aaminn

Friday, October 13, 2017

Bila Suami Meninggal Mengejut

kakyang dpt info ni dari group. ada ustaz tempek kat situ. agaknya sbb ustaz teringatkan kes kakyang baru2 dan niat nak bg info. terima kasih banyak2 ustaz..

kakyang c&p kat sini. kot info yg sama boleh membantu org lain yg senasib dgn kakyang.

---------------------
.
Assalamualaikum, terima kasih kalau tulisan saya disiarkan. Sempena hari Jumaat, saya nak sedekah ilnu yang ramai perlukan bila tiba masanya.

Saya kematian suami hampir 4 tahun lalu kerana meningtis atau jangkitan kuman pada otak. Tiba-tiba suami yang sihat ceria terpaksa dikomakan akibat sawan yang tak henti-henti walaupun dia tak pernah ada history epilepsy. Setelah koma 3 minggu, Allah ambil dia. Alhamdulillah, I accept with satisfaction because that is what redha means.

Anyway, saya macam lost sekejap sebab suami yang buat semua semasa hayatnya., sampaikan nak makan apa pun dia yg handle. Alhamdulillah Allah tempatkan insan-insan yang menolong untuk selesaikan bermacam urusan. Banyak benda kena buat sebenarnya tau, especially berkenaan harta pusaka. Saya cuba explain as best as I could but this is going to be lengthy so brace yourself.

1. Pencen Socso- kalau si mati meninggal sebelum usia pencen i.e. 50 tahun dan dia bekerja di company yang mencarum, warisnya akan terima Pencen Penakat. Isteri akan dapat pencen ni seumur hidup walau dia kahwin lain, anak-anak akan dapat hingga tamat belajar. Kiraannya saya tak tahu, kena tanya Socso tapi berdasarkan gaji terakhir. Alhamdulillah majikan saya yang sibuk ambilkan borang dan suruh isi. Saya mrmang tak tahu langsung kewujudan pencen ni. Pastu every year kena submit borang renew pada Socso ye, kalau nak pencen bulanan tu.

2. Loan Rumah- Kalau suami ada beli rumah guna nama dia je, loan akan settle sebab MRTA cover. Tapi kami buat joint loan so hanya separuh loan settle. Saya continue bayar bahagian saya macam biasa tapi tiba-tiba lepas 2 tahun bank call cakap ada tunggakan, banyak giler lak tu, dalam RM10k. Ommo! Apakah? Rupanya kena inform bank untuk buat rescheduling bayaran. Sebabnya bank cakap masa sign agreement loan, kita kata kita akan bayar RM3000 sebulan i.e. separuh suami bayar, separuh saya bayar. So bank expect RM3k tiap bulan. Sikit tak inform, tau2 dah dekat RM10k skali dgn interest lewat byr. Mmg keji. Konon bank Islamik, pinjaman pun Islamik. Hampeh! Sebab bengang dgn pengamal2 riba’ ni, saya settlekan semua loan. Padan muka! Sori, emo lak. So, ingat, sila reschedule monthly payment kalau buat pinjaman bersama. Senang je, isi borang je kat bank.

3. Kereta- ni lagi satu pening. Kalau masa buat loan beli kereta, pastikan ambil insurans ke atas pinjaman tu tau. It’s a different insurance from the car. Insurans kereta yang guna bila accident tu semua biasa kan. Ni insurance macam MRTA yang kita ambil bila buat loan rumah tu. Tak ingat apa namanya tapi kena tanya kat bank, KENA TANYA! Cos they don’t usually volunteer the info sebab rugi kalau owner meninggal, bank kena continue bayar.
Kalau kereta murah bank offer tanpa ditanya tapi kalau yang mahal, takdenye. Kitorang x ambil sebab masa beli kereta tu innsurnce tu baru introduced. Ejen kereta kitorg yg Cina umur 50 tahun tu pun tak tau, bila dia find out siap cakap, “Bank ni jahat, mereka tak beritahu”. Takpelah, saya continue guna kereta tu walau mahal sebab masa arwah pergi, kereta baru beli setahun. Nak trade in tak msmpu sebab loan kat bank byk lg, kena top up puluh ribu. Takpe, Allah sentiasa pastikan rezeki saya cukup.
Satu lagi, kereta tu waris boleh guna sampai bila2 kalau ada Surat Kuasa. Kalau takde surat tu, boleh renew insurance dan road tax up to 3 years je. Surat Kuasa ni saya explain kat bawah nanti. Tapi bila renew road tax kena renew every 6 months, bukan setahun macam biasa ye.

4. Insurans- Kalau si mati ada ambil insurance of course waris dapat pampasan la. Semua tahu kan. Yg saya nak cerita kalau si mati ambil insurance utk org lain, like his kids and wife. Bila dia meninggal, insurance tu akan continue automatically sebab selalunya ia covered by insurance. Alhamdulillah kan?

5. Akaun Bank- Kalau waris tahu no pin kad atm si mati, senang. Saya dan suami tak kongsi maklumat bank, termasuk la no pin. Ye la, kan takleh bgtau org. Lagipun, saya shopaholic sedangkan suami jimat dan suka buat investments. Bahaya la kalau sy tau no pin dia kan? So, bila dia sakit tu, susah la sikit. Mujur saya bekerja. Tapi nak access akaun dia kat bank bergantung kpd jumlah duit dlm akaun. Kalau ada kurang drp RM5k, bank boleh transfer ke akaun waris jika ada akaun di bank yg sama. Jika lebih drp RM5k, duit tu pergi ke Amanah Raya. Kalau melalui Amanah Raya, tak beraya la jawabnya. Haha. Sorry, lame joke.

6. Surat Kuasa- Ok yg ni agak tedious. Waris kena ambil borang di Pejabat Tanah dan senaraikan harta si mati IN DETAIL ye. Harta ni termasuk rumah, tanah, kereta, wang dlm bank, unit amanah, etc., Lepas tu submit ke Pejabat Tanah beserta dokumen berkenaan sbg bukti. Contohnya kalau rumah, kena ada geran. Kalau loan bank tak habis lagi, maknanya geran takde dgn kita selalunya. So kena gi ambil geran sementara. Saya di Selangor jadi saya ambil di Bangunan SUK di Shah Alam. Kena bayar RM50 kalau x silap. Geran sementara tu sah sebulan je tau so lepas settle tu silalah bergegas submit dgn borang Tuntutan Harta Pusaka di Pejabat Tanah.
Lepas tu, tunggu surat utk dipanggil bicara di Mahkamah Rendah kalau nilai harta kurang drp RM5 juta. Sy tunggu dlm sebulan kot. Bila hadir bicara, kena bawa 2 saksi ye. Jangan lupa bawa dokumen sokongan mcm geran tanah, geran kereta, statement bank, etc. Bicara tak lama pun tapi majistret akan tanya soalan tentang si mati. Saya dan saksi (kawan saya) menangis sebab soalan yang ditanya agak brutal (si mati ada beristeri lain? ada anak dgn perempuan lain? dll.)
Pengalaman saya tuntut harta pusaka ni mudah sebab keluarga arwah suami tak nak tuntut apa2 sebab kesiankan anak2 sy. Masuk court pun depa tak nak hadir, sampaikan majistret pun hairan diorg tak nak tuntut sebab arwah suami tinggalkan byk duit. Tapi kalau keluarga si mati tu nak tuntut, itu akan ambil masa, especially untuk capai persetujan semua pihak.
Majistret lepas tu akan buat estimation nilai harta dan kita kena buat bayaran berdasarkan kiraan tu dlm tempoh sebulan rasanya. Kalau dlm RM200k, kena byr dlm RM1000 lebih. Surat Kuasa sbg pentadbir harta boleh ambil di Pejabat Tanah lps sebulan lebih. Doalah supaya Dia permudahkan urusan kita. Surat Kuasa ni penting sangat untuk waris mentadbir dan mengurus harta ye, mcm nak renew road tax n insurance kereta, nak keluarkan duit di bank, unit trust, etc. Simpan elok2 n buat salinan byk2 sbb kadang2 pihak bank akan ambil bila kita buat urusan.

Rasanya ni je kot urusan yg saya boleh share. Seperkara untuk ingatan semua, bila kehilangan dgn krg tersayang, surround yourself with people who remind you about akhirat. Kata2 dr org2 sebegini akan membuatkan kita rasa kematian dia adalah satu khabar gembira kerana dia sudah di barzakh, tak lagi berbuat dosa dan disibukkan dgn hal2 dunia.

Semoga Dia juga memberi kita kesudahan yang baik.

* Minta maaf byk short forms n typos. Penat pula jemari gemuk tulis pjg2.

– Pengalaman Balu Clueless

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Tolak rezeki

semalam ada beberapa perkara yg kakyang ralat.
otak ni selow sangat nak pkkan kebaikan di sebaliknya.

pertama:
allah hantar org jual AlQuran sampai depan mata.
tp kakyang hantar org tu balik dgn tangan kosong dan kehampaan
patutnya kakyang beli se sebagai tanda sokongan
pastu wakafkanlah kat mana-mana surau/masjid
dpt juga pahala jika digunakan.
ni gara-gara hati x suka bila salesman masuk ke ofis
sampaikan akal gagal menilai hikmah dan kebaikan di sebaliknya

ke2:
ada org HR call dan ofer utk masukkan nama dlm list pertukaran staf
kakyang decline
gara2 takut kalau2 jabatan baru nanti hasle atau bos tak sebaik bos sekarang
kakyang masih takut nak berubah dan terima cabaran

patutnya think positif dan berlapang dada kan... huhuhu

Thursday, October 12, 2017

Awkward Moment

tak tau nak boh tajuk apa. boh p la tajuk yg related kan..hehehe

kalau korang dok ikut kakyang kat fb, kakyang pernah ceritakan pasal hang kebun rumah kakyang.
cerita bagaimana lama kakyang tak dpt contact hang kebun untuk dtg potong rumput dan kemaskan laman rumah. tetiba bila dpt call hp, anak hang kebun yg jawab dan maklumkan yg hang kebun dah meninggal

kali ni, kakyang berada di tempat anak hang kebun tu.

ada beberapa org customer abg called. diorang cari abg utk urusan jualbeli kereta dan insuran/roadtax kereta. bila diorang kata nak ckp dgn abg, kakyang terpaksa bgtau abg dah meninggal. what a awkward moment.

lepas put down the phone, baru kakyang perasan ofis kakyang tiba2 sunyi. rupanya officemate semua pasang telinga nak dengar mcm mana kakyang respon to this situation. huhuhu

Kerabu kacang botol atau kacang kelisa

kacang yg sama. tp org kay el panggil kacang botol. kg kakyang panggil kacang kelisa.
officemate kakyang bawa dari kampung seplastik semalam. sama dengan pucuk ubi tu.

semalam ramai permintaan minta kakyang buatkan kerabu. disebabkan bahan2 pun semua dah ada, kakyang siap2 bawakan  bumbu kelapa  mesin siap2 dari rumah. tinggal mixkan dgn bahan lain je kat ofis. kebetulan pula ada tomato ceri yg tak termakan. jd kakyang mixkan sekali dlm tu.

inilah hasilnya...

kerabu kacang botol dgn tomato ceri
Resepi? kacang sangat resepinya dik.. yg kakyang buat ni versi mak kakyang. kelapa tak perlu di sangaikan terlebih dahulu.

meh tengok caranya..

- kacang botol/kelisa - hiris nipis utk senang kunyah :P
- bawang kecil/besar - mayang halus
- cili api/besar - mayang halus
- kerisik
- air limau nipis/kasturi - kakyang guna limau kasturi yg ada kat ofis
- garam/gula secukup rasa
- sos nampla - kakyang tambah. boleh kurangkan garam kalau letak sos ni

- bahan yg dimesin halus:
*cili api +cili hidup - ikut suka nak pedas ke tidak
*kelapa parut
*udang kering
*belacan
*bawang merah

caranya:
gaul semua bahan dlm bekas besar. dan perasakan gula garam asamnya bg balance. hidangkan. ratah begitu saja pun sodap dik...
yummy!


Rencang pucuk ubi

Semalam officemate kakyang balik kg. bawa balik sebeban pucuk ubi. makanya... 2  hari berturut2lah kami bermenukan pucuk ubi kat ofis ni.  dapat pula officemate semua kaki makan, fuh. layan merewang kat pantry ofis dik nonnn..

fresh dari kampung

fresh dari kuali
semalam kami bermenukan sup tulang, pucuk ubi rebus cicah air asam kerisik, dan telur dadar.
hari ni menu kerabu kacang botol, ayam goreng kunyit, rendang pucuk ubi.

rendang pucuk ubi ni kakyang dah masak siap2 dari rumah. perpeluh juga lah ketiak tu nak keringkan rendangnya. camner resepi? ala.. kakyang ambik resepi dari cik google jer.. tengok blog org tu, tengok blog org ni. semua sama je resepinya.

bahan2 asas:
*bawang merah/besar
*secekak cili padi. tambah kalau nak pedas lg
*secekak ikan bilis
*seketul kunyit hidup
-semua bhn di blend halus

- pucuk ubi di bersihkan dan ceraikan dari tangkainya
- 2 batang serai dititik
- 3 keping asam keping
- 3 biji santan pekat
- garam gula secukup rasa

caranya:
>lebur semua bahan mesin, santan, serai, dan asam keping dlm kuali. masak sampai pecah minyak (bila santan mula terbit minyak. dah kering sikit maknanya tu). sentiasa kacau supaya tak melekat ke kuali dan masak sekata.
>masukkan pucuk ubi dan kacau terus sampailah kuah dah kering dan jd serbuk mcm rendang kering tu. kalau boleh gula/garam masukkan sebelum betul2 kering supaya tak terlebih manis or masin.  masa ni, pucuk ubi tu akan kehitaman dan garing. dah puas hati keringnya tu, tutup api.

ringkas je kan caranya. sonang bangat tu..  try ler buat kalau nak mengaku senang ke idak. heheheheh
sebenarnya part nak kering tu yg tobat sikit. mau lenguh la lutut dan tumit kaki dok mengeringkan kuah tu. kakyang sampai menari2 masa proses tu. lenguh dik. tangan pun lenguh juga.

nak makan punya pasal kan.. hadap je. hehehe



Monday, October 9, 2017

PT3 exam

hari ni anak kecik kakyang menduduki exam pt3.
harap2 anak ibu dpt menjawab exam dgn tenang.
All the best adik!

Wednesday, October 4, 2017

Dulu vs Sekarang

Dulu. bawa handpon kehulu kehilir takut abg call tak berjawab
sekarang. semak hp tkut2 ada miss call dari abg. baru teringat abg dah takde

dulu. terkocoh2 balik rumah nak uruskan abg
sekarang. terkocoh2 balik rumah. rumah kosong.

dulu. sampai je ofis, kelam kabut mesej abg nak bgtau dah sampai
sekarang. sampai ofis, capai hp nak update dah sampai. baru sedar abg dah takde

dulu. susah hati bila ada org sikit2 nak gaduh
sekarang. susah hati sbb dah takde org nak gaduh


Monday, October 2, 2017

Sijil Kematian

td adik ipar kakyang wasap imej
bila buka rupanya snap shoot sijil kematian arwah abg.
tetiba hati diruntun pilu.
nangis jap bila teringat realiti

AlFatihah utk abg

Solo Drive

hari ni 1st time kakyang drive alone!

not really alone. sbb along ada kat sebelah pg td. kakyang g hantar dia ke sekolah dulu. pastu baru dari situ solo ke ofis.

fuh... gayat. stressed. sampai dahaga dan kelaparan lah jdnya. hehehe

semalam. my BIL dtg. kakyang ingatkan dia nak ambik savy yg dia bg pd arwah abg. rupanya just nak test drive dulu. dan misi memujuk kakyang untuk terus stay kat rumah tu. mcm2 rancangan lah utk elak kakyang keluar. sekat rumah lah, buatkan grill lah, buat tangga lain lah, adik tak balik rumah kalau sofea takde, etc.

adoiii.... redha je la kena dok rumah tu lg

Friday, September 29, 2017

Tahlil

Semalam tahlil ke 7 hari pemergian abg.
tahlil di surau. yg perempuan baca yasin di rumah
kali ni just prepare pack food.

so boleh tahan ramai juga sedara2 abg yg dpt hadir
dan spt biasa kakyang terpaksa mengadap soalan2 makcik abg yg seorang ni..
boleh dia tanya kakyang, ko ada mimpi apa2 tak?
kakyang pun.. haaaa???? mimpi apa? mimpi mcm aapa yg makcik harapkan?
makcik tu jwb, mimpi dia dtg ke apa ke?
huhuhuhu....
apa la punya soalan makcik ni..
jgn lah tanya soalan2 mcm tu kat org baru kematian suami
kalau ya dtg any mimpi pun, ada aku kesah nak cerita kat org?

adoiii...

kakyang mmg penat nak mengadap soalan2, pesanan2  makcik yg sorang ni.
bukan tak mau terima nasihat. tp jgn lah ulang ulang ulang nasihat/pesanan/soalan yg sama.
kakyang tengah semak perut, sedih, blur dgn pemergian abg. kena asak pula dgn soalan2 bukan2.
mmg penat!

tengah layan tetamu, tiba2 abg ipar dan makcik abg panggil. ajak p tempat jauh sikit dari crowd tu. abg ipar tanya pasal hutang2 abg.
agaknya dia dpt cerita dgn kakak ipar sbb haritu masa kakyang tengah belajar driving semula, ada kakyang luahkan cerita pasal hutang2 bank abg. takut tak tercover dgn epf dia

pastu abg ipar kakyang ckp, ko bayar je apa yang ada dgn epf dia tu. kalau x cukup, biarlah. bukan bank boleh kejar ko.

sebaknya hati kakyang bila abg ipar ckp mcm tu..
sampai hati nak biarkan adik dia dlm kubur tu tersiksa kalau ada hutang tak dpt lunaskan.

takpelah abg. kalau duit epf abg x cukup utk lunaskan hutang abg, ai akan lunaskan sikit2 utk u. i tanak sbb hutang tu, u tersiksa kat alam sana. u dah cukup tersiksa dengan sakit u masa kat dunia.

insyaallah ai akan cuba ikhtiarkan apa yg boleh utk u. bersemadilah dgn aman
kat sana. Al Fatihah

Wednesday, September 27, 2017

Berkabung


Abg dah pergi meninggalkan  kakyang n anak2 tanggal 22 September 2017. sekitar jam 10am. hari Jumaat, awal Muharram. hari penghulu segala hari. Awal hijrah.

kakyang xde kekuatan lg nak cerita mcm mana abg pergi.  sambil menulis ni pun air mata dah mencurah2.

hari ni hari pertama kakyang masuk bekerja. kawan2 dtg bertanya khabar pun kakyang tahan je air mata tu jgn bg tumpah. kalau tanya lebih2, kakyang terus ckp, nanti kakyang cerita, biar kakyang bertenang dulu.

officially kakyang berada dlm iddah selama 4bln 10 hari.





Wednesday, September 20, 2017

Vietnam Roll

semalam kakyang cuti sbb bawa abg ke hospital. tiap kali p hospital, mesti kakyang balik dgn migrane. semalam tahap max kot. ingatkan lepas tido akan oklah. rupanya makin teruk. bangun mandi makin menjadi2. last2nya force muntahkan apa je dlm perut tu. mmg tu je cara yg paling mujarab utk redakan migrane.

lepas mandi, telan 2 biji ubat tahan sakit. tutup semua lampu. tinggal cahaya dari tv je. kebetulan pula anak bujang kakyang turun utk ambil air, terus tahan dia suruh picit2 sikit badan. picit lembut mengalahkan anak dara. tp si ibu pasrah je lah.. janji lega skit migrane tu.

bila dah reda, perut lapar la pula. haru sungguh. share mkn nasi goreng dgn abg. tak kena tekak. tekak nak mkn sesuatuyg dok mereka sejak 2,3  yg lepas. tp takde kesempatan lg nak buat.

ish tak boleh jd ni. dok nampak je bahan2 yg bertapa dlm chiller tu. terus bingkas bangun, p dapur dan keluarkan semua bahan2. makanya.. inilah yg terjadi...
vietnam roll budget :P
nak resepi? google jer.. bersepah resepi kat internet tu dik non..  konsepnya, boh je apa yg nak boh. yg ni kakyang boh daun pudina sehelai 2. bila bite terasa mint pudina tu, walla... sedap! lg sedap kalau kuah cicahnya sedap.
mana gambar kuah cicah?  malas nak tunjuk. nanti ilmu memasak hilang.🙈

**yg dalam bekas ni sebenarnya kakyang sisihkan utk lunch nanti. dan simpan dlm esbox. kakyang bawa sebekas besar ke ofis. 3/4 dah bg kat officemate. sbb tau diorang suka. rupanya tak cukup.. ada pula yg p ambik dlm esbox tu. dah mkn baru  bgtau. 

"thanks kak.. sy ambik seketul td.." 

kakyang pun terkulat2..
"ye ye.. mkn lah.  "

dah tak iklas ye dok? 

pasrah je lah kakyang oiiii.. kikiki

Friday, September 8, 2017

Berkampung di hospital

abg sakit lg. kali ni teruk juga. paru2 sebelah kanan dah collapsed separuh. sebelah atas tu ada nampak mcm ada infection. sebelah kiri dah nampak tanda2 nak collapsed juga. makanya hari selasa dan rabu lepas kakyang berkampung di hospital.

hari selasa pg, bawa abg utk wardedkan. proses nak jumpa doc je pun dah menunggu sampai ke t/hari, kemudian doc tu nak minta wardedkan dan rujuk kepada pakar. sementara tunggu pakar dan wad ready, doc suruh pergi buat test darah dan xray dulu.

dah siap both pun, wad takde lg dan doc pakar pun tak turun2. end up sampai kul 4 menunggu hampa. doc suruh balik dulu dan dtg semula esok pg utk jumpa pakar.

esoknya hari rabu, pagi2 buta lg kami dah gerak dari rumah. dan lg sehari berkampung di clinic chest semata utk jumpa doc pakar. bayangkan menunggu dari kul 8, kul 1pm baru dpt jumpa doc. hampa spt semalam, wad masih penuh. dan doc suruh balik dan buat rawatan di rumah shj dgn abiskan antibiotik yg dia bagi.

balik rumah ptg tu, abg diam je. tak banyak ckp. dia lembik habis sbb penat menunggu. kakyang pula dpt migrane sbb kepenatan dan keletihan sbb x cukup tido. dah tu pening mencari clinics yg abg kena dptkan appointment dari 2,3 clinics yg berlainan. dah la hospital tengah renovate. semua lokasi clinics dah berubah. tak semua staf tahu lokasi terbaru clinic lain.

sesat barat jugalah kakyang kat dlm hospital tu.

harap2 kesihatan abg getting better dgn antibiotik tu. huhuhu

Sup tulang korban

petang semalam member ofis kyang dok berkira2 nak masak sup tulang hari ni. kakyang pun mengumpul lah segala bahan bawa dari rumah.

makanyaaaaa jeng jeng jeng... 




layan sedut sum sum tulang der... nikmat ya mat!

Monday, August 28, 2017

Cerita kenduri kawin lg

sabtu dan semalam kenduri kawin sepupu abg.
sabtu nikah, ahad kenduri kawin.
as usual, tugas kakyang siapkan hantaran.
tema kali ni coklat. dah sudah, barang2 hantaran pun warna coklat. end up, hantarannya tak berapa menyerlah. nasib baik lah kakyang gunakan bunga kuning dan riben kuning, kalau guna coklat juga, mau dull terus.







cantik tak hasil gubahan kakyang? hehehe
cerita hari nikah
abg jadi saksi nikah
abg pula tengah tak sihat sangat, khemah punya lah panjang, sampai abg kena jalan kaki jauh dari luar. jenuh memapah. terhoyong hayang jalannya pun.

sampai kat rumah makcik, dudukkan abg kat sofa. sementara tunggu kadi sampai. bila dah semua pihak pengantin penuhkan ruang tamu rumah makcik, mmg padatlah. tu pun tetamu2 utama je dlm tu.
kakyang masa tu dok berdiri tepi sofa. standby utk tolong abg ke area tepi kadi jap lg.
tetiba dtg sorang sedara dari pihak pengantin lelaki ni, masuk dan selamber je dok dpn abg. bila dah mcm tu, umpama dok celah kaki abg lah. abg yg dok kaki agak terbuka td, terpaksa mengepitkan kaki dia. pastu kakyang ternampak pula makcik ni selamber je letak celah ketiak dia atas lutut abg. 
dlm hati kakyang terdetik. eh, makcik ni. selesanya dok kepit kaki laki aku. since abg tak ckp apa2, kakyang perhatikan je.

so, bila kadi dah sampai, abg kena la p duduk tepi pengantin as saksi. kakyang pun tepuk la makcik td tu dan bgtau minta laluan kejap.
makcik tu boleh tunduk kan badan je sambil kata lalulah.
kakyang dah tahap angin ngan makcik ni.
"kena bangun chik, suami saya ni sakit, tak boleh nak langkah2 org"
baru lah makcik tu bg laluan besar sikit.

masa dok tepi pengantin, kakyang pesan adik ipar kakyang suh ubah lampu pelamin tu ke hala lain sikit. lampu tu dok suluh abg dia (abg ). mesti abg kepanasan dan tak selesa. bila adik ipar kakyang ubah je, makcik abg (ibu pengantin) terus ckp, lampu tu nak suluh pelamin. nanti x berseri la anak dia.

huaaaa.. dlm hati kakyang, ada aku kisah?  anak buah ko kepanasan ko tak kisah pun. dah la laki aku tu tengah sakit. panas2 mcm tu, kang lg panas lah dia.

sattle semua nikah. abg dok kat luar. bawah khemah. makan tanak, minum tanak. org sakit kan. serba tak kena lah. yg sedara mara abg pula rajin nor bertanya. ko kenapa man? tanak mkn man? tanak minum?  ko sihat? ko nak baring tak? ko nak makan? ko nak minum? ko tak sihat? ko nak baring? 

soalan yg sama berulang2. tak faham2 bahasa diorang ni. kakyang dah penat nak buat senyum fake. senyum dah nak jd menyinga
dah la aku ni kena kontrol sabar ngan anak buah ko, nak kena mengadap soalan2 korang yg tak faham2 keadaan laki aku lg. 
penat sungguh.

pastu bila abg ckp nak balik je, terus kakyang bgtau, i teman u balik sekali. huh! lega tak yah nak mengadap soalan2 diorang lg.

Cerita hari kenduri.
makcik abg minta kami adik bradik tlg2 tengokkan apa yg patut dgn kenduri dia. since ramai dah yg ambik tahu dan kakyang pun dok mengadap masalah dgn abg dan soalan2 yg sama mcm semalam, kakyang takde hati nak menolong. takde mood.

sesekali je kakyang ambik port bab goodies. tu pun sbb benda tu dpn mata kakyang.
makcik abg punya lah mencatu goodies. goodies tu ada pula hat ni utk lelaki, hat ni utk perempuan, hat ni utk yg bg duit, hat ni yg x bg, hat ni utk vip, hat ni utk penanggah. mcm2 
pastu kakyang tanya la, goodies utk keluarga pengantin ni bila nak bg. makcik kata bila diorang dah nak balik.

tetiba makcik melompat kecoh bgtau dah ada family pengantin lelaki yg balik. tak dpt goodies lg. baru kelam kabut suh p hulur. kakyang hangin, angkat goodies vip, terus p letak atas meja depa tengah makan terus
bg awal2 kan senang. jgn la dok tunggu depa mai salam baru nak bg.

pastu bila abg mesej tanya bila nak balik, kakyang terus minta tlg anak buah hantar balik rumah. dgn alasan abg kat rumah x sihat. nak balik jaga
phiewwwwww selesai lg satu masalah.

mlmnya, adik ipar n biras kakyang balik dgn 1001 review, goodies tak abis banyak. beratus. itu ini ect ect.

haaaa tu la. mencatu lg. end up, banyak benda tak bg kat org.

dan lg sekali dlm sejarah, kakyang tak bergambar dgn pengantin. kali ni sekeping gambar pun kakyang tak ambil/selfie. kakyang tak mau penuhkan memori hp dgn gambar yg kemudiannya kakyang nak delete. satu kerja pula kan.

oh lupa nak bgtau
cerita makcik yg sibuk menyelit duduk dpn abg hari nikah tu.
abg report ke kakyang
rupanya makcik tu boleh sandarkan tetek dia ke kaki abg.
ni kes masa kakyang nampak dia letak tangan atas lutut abg tu lah
kakyagn tergelak masa abg cerita
abg marah.
abg kata org tu kuajaq kot boleh relex sendeng tetek kat dia. dan kakyang boleh gelak pula.

oppsssss
huhuhu