Monday, November 7, 2016

Tribute to abah

dah jd rutin kakyang. bangun pg, on wifi dulu
malu kat Allah eh. bukan nak buka Quran dulu
huhuhu

pd 25/10/2016, masa on wifi tu
terpandang popup mesej dari kak ipar. bgtau kata abah sakit lg
dah bawa p hospital dgn ambulan.
ok noted.
lately dah biasa masuk mesej mcm ni
update dari adik bradik bg abah kluar masuk hospital
kakyang risau, tp tak dpt nak  balik kg lg sbb abg pun x sihat nak drive jauh

so, td bila nampak mesej tu. kakyang x rasa apa2 lah
bangun, siap2 nak pergi kerja mcm biasa
dlm bas, masuk mesej dari abg cik pula
update abah di redzone.
oh.. this look serious.
kakyang mesej abg cik tanya condition abah mcm mana
beberapa minit pastu, abg cik mesej kakyang personally
nadi abah makin slow, balik kalau  boleh balik

gulp!
kakyang mula ketaq dlm bas
mesej adik bradik lain yg ada kat KL ni
tanya sapa nak balik. nak tumpang

dlm dok kelam kabut mesej sana sini
masuk lg mesej abg cik
'abah dah tadak. bgtau adikbradik yg lain'

Allah!
kakyang sebak. terus terbayang abah dok menyandar kat atas katil
huhuhu abah...

abah dah tinggalkan cheq!
abah cheq yang selalu dengaq ckp cheq dah tadak!

kakyang terus mesej adik bradik yg lain bgtau
arrange transport nak balik
sampai je kat simpang kerinchi, kakyang terus ambik bas nak masuk ofis dulu
konon2 nak masuk ofis dan segregate tugas dulu
tp bila pk karang susah pula nak kluar ofis semula
terus bangun dan turun semula bas
p ambik bas nak balik rumah

dlm masa yg sama update abg
abg sibuk nak ikut balik dan drive
kakyang bg kata 2, kalau nak balik, tumpang abg long n abg long drive
kalau nak drive sendiri, tak payah. dok je rumah. biar kakyang balik dgn abg long saja

abg masih tak sihat. kalau dia drive mesti  banyak brenti. dan akan jd lambat
so kakyang prefer balik dgn abg long
abg long pun ajak balik dgn dia sbb dia sorang saja

along dan adik kakyang tak bawa sekali sbb both ada exam dan adik di asrama

sepanjang jln balik tu mmg terasa jauhnya kg kakyang ni
dlm masa yg sama abg di kg dok update timing nak kebumikan abah
abg long plak drive dgn berhemahnya kali ni
adeh.. rasa mcm nak sound je.. abglong boleh tekan minyak skit dak?
huhuhu

ngam2 3.45pm kami sampai rumah mak.
jenazah abah dah di tengah rumah
dari pintu kakyang nampak keranda abah
eh, kecil je keranda abah
abah dah kurus rupanya

sampai je dlm rumah
kakyang terus cari mak dulu
salam dan peluk cium mak
ada makcik2 mana entah sibuk bertanya mcm2
hey! simpan dulu soalan2 korang tu
aku nak jumpa abah!

kakyang terus pergi tepi abah
muka abah pucat
abah mcm tidur je
kakyang peluk abah
cium pipi kiri kanan
cium dahi abah
semua dah sejuk beku!

abah! maafkan cheq tak balik jenguk abah!

urusan pengkebumian abah berjalan dgn lancar
malam tu dengar cerita kak chaq
mmg dia dah estimate abah tak kan lama sejak abah kluar dari icu last week tu
sbb dia nampak abah dah uzur semacam ja

dah tau mcm tu, awat tak bgtau kami yg dok jauh ni
sound2 lah kami suh balik jenguk jugak
huhuhu

takpalah. benda dah nak jd
nak sesal pun x boleh
salah sendiri juga
dok pentingkan urusan sendiri

abah pun dah tenang di sisiNya
dah hilang segala kesakitan abah selama ni
harap2 abah dah ampunkan segala dosa2 kakyang pada abah masa salam minta ampun dan maaf dgn abah di hari raya haritu.

Diam x diam, dah 2 minggu abah xde.. T_T






No comments: