Wednesday, November 16, 2016

Columbia X-Cape Trail Run 2016

sunday lepas kakyang p trailrun kat maeps serdang
kali ni join dgn julie je
yg lain semua ada hal dan ada yg tak berminat

ni 1st time kakyang jejak maeps serdang
2nd time join trail run.
yg 1st trail run tu try kat bukit cerakah je

trail kali ni lagi dasyat dari bukit cerakah
siap lecak, pacak, licin semua ada
nasib baik kakyang pakai kasut baru
kalau pakai kasut lama yg ada tu..
sah sah la akan tersungkur banyak kali

masa running tu mcm2 rupa dan gaya
sempatlah tolong tarik runner yg nak jatuh menggelongsor
sempat lah tolak montot beberapa runner yg tak boleh naik trek pacak sbb licin
sempatlah buat kawan dgn sorang dua runner
sempatlah usik2 cameraman





kaki overall ok.
cuma pada km 6-7 tu tapak kaki kakyang sakit sikit
jd kelajuan memanjat slow lah
dah spray ubat pun x jd apa

lastnya lg 10 minit nak cut off time baru sampai penamat..
jom layan gambar skit. gambar trek x de. tak larat nak kluarkan camera
hehehe




ohoiii.. lawak tengok part ni. semua dok imbang badan la tu
nampak kurus la kat sini..

apa la yg dibuatnya sampai berkerut dahi tu..





No comments: