Wednesday, July 22, 2015

Cerita Raya 2015

Raya ke 6 dah hari ni. Kakyang dah back to work!

nak cerita lah raya kali ni. as usual. raya yg penuh dgn havoc

balik raya kg kakyang dulu. penuh dgn masak2. mak yg semakin dimentia. abah yg asyik bising saja. bg duit raya kat budak lebih pun x boleh. ada ka patut abah ni.. lastnya kakyang tegur abah, biarlah. raya kan. duit raya tu sedekah kan. sedekah tu lah penambah rezeki anak2 abah. abah diam dah pas tu.

dpt jumpa adik bradik kakyang ptg raya ke 2 je. abg pulak ambik keputusan balik ke kg dia lewat sedikit. jd dptlah beramah mesra dgn adikbradik kakyang lama skit.

abg? mcm biasa. penuh dgn angin. tp kali ni cool skit, cumanya hari raya tu panas. dia x mau beraya. x mau bergambar. dah busuk masam sememeh dah baru la nak bergambar. jdnya muka anak2 dah moncong. nak snap gambar pun dah x lalu.

ada ka patut nak p salam raya pun x bg. kesian anak2. tahan je lah panas tu sekejap. bukan lama mana pun.

pastu t/mlm raya ke 2 tu baru gerak balik rumah family abg pula. sampai subuh shafie lebih kurang kul 6pg. pas alas perut skit dgn ketupat rendang, kakyang  khado tido jap. kul 11 sepupu abg kejutkan ajak masak sekali.

bersilat lah kat dapur. haritu masak lemak ketam, masak lemak telur ketam, kacang goreng cili ngan udang sambal petai. semua licin.

2nd day masak pula asam pedas jenahak, sambal goreng cili ikan bilis, sayur lemak togeh ngan sayur campur. udg goreng cili pun ado. abis licin juga semuanya. x sempat mlm. mlmnya cuma goreng tambah telur dadar. pastu ada permintaan meggi. kakyang buatkan juga.

2nd day masak2 tu ada drama sebenarnya. haritu lewat skit masuk dapur. dah kul 1 baru nak start masak. so, makcik abg suruh naik 3 dapur terus utk cpt. satu dapur tengah tumis cili, satu dpur lagi tengah goreng tempe, ikan bilis, kentang. utk buat goreng cili ikan bilis tu. pastu satu dapur lg tengah kosong.

kebetulan ipar kakyang masuk dapur dan dok tanya2 masak apa etc.. jd nya makcik abg suruh la ipar tu masakkan asam pedas.

ipar ni pula malu2 alah. kejap nak buat, kejap kata xpelah, org lain lah buat. bila tolak menolak banyak kali, kakyang mula lah rimas. kakyang kata. takpe, nanti kakyang buatkan.

tp makcik abg tak mau kakyang buat semua. dia nak cpt. sbb dah t/hari, tp belum abis masak. so dia nak juga ipar tu buat asam pedas. sbb satu dapur tu tengah kosong.

ipar kakyang pun nak masaklah. kakyang nampak dia cedok cili masuk bekas. seciput je. mcm semangkuk kecil gitu. pdhal nak masak banyak ni. so kakyang ckplah dgn dia.. makcik kata buat asam pedas pekat skit ye.. (maksud kakyang, tambah la cili tu)

terus dia campak bekas tu atas rak. sambil moncong bebel, nak ckp banyak, buat sendiri lah!

ait? salah ke kakyang ckp mcm tu? tu pun kakyang sampaikan pesan makcik je dari awal td masa dia belum dtg, makcik dah ckp. asam pedas tu buat pekat skit sbb haritu dia buat cair ada org komplen.

daaaa sudah nak merajuk pulak. yg td dia dok sibuk komen org lain masak boh bhn ni, boh bhn tu tak sama mcm mak dia ajar, dia tak pula nak jaga apa perasaan org. ni bila kena part sendiri, sibuk nak sentap?

pastu dengar semua bercakap2 ipar tu kluar p karaoke dgn anak2 buah. oklah. petang dlm kul 4 mcm tu baru balik. masa tu kakyang masih kat dapur lg. x keluar2 dari dapur. punyalah masak mcm2.

dia terus naik atas. agaknya nak rehat, or sembahyang dulu kot. suruh mkn dulu tanak juga. lama pastu baru turun. tu pun sbb suami dia nak mkn. belum mkn dari tadi.

kena la hidang dan cari sendrii apa masakan yg ada dlm almari tu. mmg konsep rumah tu mcm tu. diorang hidang skit2 atas meja sbb x muat nak hidang semua.

ipar kakyang pun tanyalah. asam pedas ada lg tak? kakyang kata xde dah. apa yg tinggal dlm almari tu je. sambal ikan bilis ada lg tak? kakyang kata abis juga.

abis je mkn, x lama lepas tu dah nampak anak2 buah kakyang bawa turun beg besar2. tandanya nak balik dah.

ait?  nak balik dah? dah la semalam sampai lewat. hari ni balik awal pula? merajuk makanan tak cukupkah?

nasib lah labu.. malas nak layan sensitip org lebih2 ni. kalau nak tolong masak pun nak merajuk, jgn la merajuk x dpt mkn pula..

haih!


Monday, July 13, 2015

27 Ramadhan

org lain dah seronok terlentang lepas berbuka. dah kenyang, dah mula mengantuk kekenyangan. dah start gerak nak ke masjid, nak ke surau.

Kakyang? stuck di ofis lg! kelaparan! menunggu yg entah bila nak tiba. huhuhu

terpk juga. tak considerable betul dia ni. tp bila pk lg sekali, kakyang yg tak considerable kot..

lapar.. huhuhu

Friday, July 10, 2015

Raya datang lagi

td kakyang baca cerita kak JV mcm mana dia sambut raya masa kecil dulu. cerita dia membuatkan kakyang teringat mcm mana kakyang sambut raya dulu jugak.

family kakyang diketegorikan dlm golongan miskin. abah kerja guard sekolah je. gaji abah yg kakyang tahu dlm 200+ je. anak lapan org. jd, agak2lah mcm mana keadaan masa tu.

perit mak abah masa tu kakyang tak phm lagi. almaklumlah masih kecil.  so tiap kali nak raya, kakyang akan nampak mak mula jahit baju raya. semua baju2 kami adik bradik lelaki pompuan mak akan jahit sendiri. kalau mesin jahit elok, mak jahit dengan mesin, ada masa mesin meragam, mak jahit tangan.

ada satu tahun tu, mak jahit semua baju dengan tangan sbb mesin rosak. ada tahun yg lain pula, kakyang ingat mak beli kain sepapan, buat baju kami adik bradik semua sedondon. seronoknya dpt pakai baju raya sama kaler. bila dah besar, baru kakyang tahu kenapa semua sama. rupanya masa tu mak tak de duit. yg mak mampu masatu hanya utk beli kain tu. jd mak beli sepapan sbb murah. hehehe

kadang-kadang, ada juga mak sedara dtg. bg kain semeter 2. tak pun diorang dtg hantar baju-baju lama utk kami. mana yg nampak baru tu, mak akan simpan untuk buat pakai raya.

selalunya baju raya kami dptlah seorang sepasang yang baru.

pastu kalau bab makanan, bila tiba nak raya je, mak akan bela ayam. ayam tu nanti akan di sembelih utk buat kari hari raya nanti. yg seekor tu lah akan di potong2 kecil2 supaya cukup utk semua. abis kepala kaki semua diambil buat lauk.

kuih raya mak akan sediakan satu 2 jenis. yg ni kakyang x berapa ingat. yg kakyang ingat, kakchaqlah yg selalu tolong mak buat kuih.

duit raya? seingat kakyang, mak abah x  bagi duit raya. jadi trend di kampung, anak2 akan keluar keliling kampung untuk pergi kutip duit raya dari rumah ke rumah. tapi kakyang adik bradik tak pergi. sebab kami pemalu.

selalunya duit raya kakyang akan dpt dari sedara mak abah yg sudi dtg rumah. atau bila kami pergi rumah sedara. tak banyak sedara pun.. sbb sedara mak jauh2 mmg tak dpt pergi rumah mereka. kalau ada pun, sedara dari sebelah abah je lah. tu pun sbb diorang duduk berdekatan rumah tok. dan satu kawasan dengan rumah kami.

kalau balik kg sebelah mak, kami akan balik naik bas loncat2. ramai2 adik bradik dengan mak. kakyang ingat, pd satu tahun tu. kami 5 adikbradik, jalan belakang mak naik bas utk balik kg rumah tok.

bab bunga api/mercun mmg tak merasa langsung. sbb abah mmg larang keras perkara ni. sampai ke tua. anak cucu tak diberinya main bunga api. hehehe