Wednesday, September 19, 2012

Update secara pukal

kakyang update sekali arung la ya cerita2 lepas raya ni.. tak banyak apa yg terjadi pun. tp ada peristiwa2 yg agak malas nak simpan dlm hati.

apa cerita raya? dah cerita kan

open house? tak banyak jemputan tahun ni..lg pun abg pun tahap persahabatan abg dgn kawan2 dia yg selalu jemput open house pun tak brapa bagus. bukan xbagus mcm mana, cuma kami cuba menjauhkan diri dari kawan yg bawa virus negatif. jd tak bertanya sngat la org tu pasal open house ni. most jemputan dari sedara mara jer. kakyang tak buat pun thn ni sbb condition rumah amat la teruk. berkecah semula lepas seminggu balik cuti raya. haih..tensyen tengok rumah mcm tu. nak kemas pun jd malas bila awal2 dah kena sound jgn usik brg tu di situ. brg n i di sini. jd apa yg boleh kemasnya?

cuti 1 malaysia kami sempat jln2 ke kuantan. ptt hari sabtu dah gerak. tp abg sibuk nak p open house rumah kawan lama dia, kak yang postponed la sehari. win-win situation la katakau...

eh...idea nak menulis dah hilang la pulak..perut kakyang ni pedas bahang jer dari td lepas makan nasi lemak. agaknya perut terkejut kot tetiba hari ni dpt mkn awal. sebenarnya kakyang tengah try SD2 lg sekali..hehehe

later2 kakyang update lagi bila mood mari ehhh..

Monday, September 3, 2012

Ilmu penunduk

Ustaz AI kata: ilmu penunduk suami yg isteri boleh amalkan adalah...manja, senyum, romantik, wangi.dan pakau yg cantik2..kalau tak cukup tambah lagi seksi..

pttlah abg tak tunduk ngan kakyang selama ni..sbb semua tu kakyang tak boleh amalkan..kekeke

Soal hati..

td kakyang cerita hal raya.. mcm happy je kan..sebenarnya kakyang rasa kosong. sunyi. sepi. boleh nyanyi lagu kosong..kosong..najwa latif sambil tengok movie sepi la mcm ni..

yg bestnya tiap kali ada perasaan sepi mcm ni mesti sampai terbawa2 dlm mimpi..ada org dtg hiburkan hati dlm mimpi..tidur semalam pun berharap mimpi tu datang lagi..

mmg mimpi tu mainan tidur. mimpi je la nak dpt bahagia mcm tu lagi.. T.T

gambar sekitar raya 2012

tak cantik ke langsir tu? ..yg dlm gambar ni keluarga kak ipar kakyang

dinding oren utk raya 2012 gara2 nak cover stain lumut akibat syiling bocor

ciktam sibuk melatam kain langsir kakyang inthemaking

gambar atuk & nenek kakyang sebelah mak. muka nenek mcm muka mak kakyang. garang eh?

 gambar anak2 buah kakyang..

gambar anak kakyang yg sibuk kira duit raya dari ayahnya.. yg ni ada cerita kelakar: kakyang suruh anak2 buah beratur utk ambik duit raya ngan kakyang. tetiba yg plg dpn dlm barisan tu adalah anak2 kakyang. rupanya anak2 kakyang pun tak dpt duit raya lagi..hehehe. pehtu abg ofer. nak brapa? diorang sebut la satu nilai yg dipersetujui bersama. then ada permintaan khas dari si adik ni.. dia kata nak dlm note singgit. abg tanya kenapa? dia kata nampak banyak. heheheh

so abg  bg la duit raya dia dlm note singgit dlm sampul raya. dpt jer sampul tu, terus dia kluarkan dan bilang betul ke cukup duit tu dlm kuantiti yg dia nak tu..rupanya ayahnya terxtra bagi singgit. heheheh kelakar la adik ni..
tak

Cerita raya 2012

tak de mende nak cerita pun. semua mcm biasa biasa saja tak de yg menarik

oh! ada satu nak bgtau. kakak ipar komen langsir raya tak cantik! rasa mcm nak menangis jer dengar komen ikhlasnya tu.. dlm separa tak ikhlas kakyang terpaksa terima kenyataan. bila tanya abg. betul ke langsir i tu tak cantik?  abg pun setuju secara berlapik...dia kata mcm bukan langsir utk raya. huhuhuhu tak cantik la tu..

eh! raya tahun ni kakyang tak buat baju raya! beli jer..2 pasang. pecah rekod tu.

ah! raya tahun ni the longest masak rendang. dari kul 8pm ke subuh pagi raya baru siap gara2 dapur rosak.

hmmm apa cerita lagi eh?

ha! hari raya ke 2, ke3 kat kg abg, kami makan megi! hahahahha pecah tradisi ko! org lain sambut raya makan rendang ketupat bagai, kami makan megi!

apa lg yg menarik eh?

kat kg kakyang, strike makan gulai (kari) 3 hari berturut-turut. hahahaha tu penangan balik kola. 1st day abg minta kakyang masak kari tp mesti ada sambal belacan dan ikan kering. done. tp abg komen sambal belacan tak cukup pedas. 2nd day kari kepala ikan kering sbb abg cik kakyang dah belikan utk makan ramai2. so kena masak jugak sbb nanti kami dah nak balik. 3rd day masak kari daging pulak sbb nak ghu (kawankan) dengan sambal belacan kaw kaw pedas utk puaskan hati abg. haa ngko, org lain tak boleh makan sambal belacan tu..abg jer yg kata puas hati..

dan yg bestnya. kos sehari utk beli bhn mentah makan seisi keluarga tu korang tau berapa? RM150+ sehari...mak aiii..kopak poket kakyang...sbb kakyang jer yg pergi pasar hari2. huuhuhu

takpa demi keluarga kakyang redho...