Thursday, April 19, 2012

Yuna - Terukir Di Bintang (Unofficial MTV With Lyrics)



kakyang suka lagu ni..ala2 oldies skit..kalau lagu mat salleh ni mesti ada scene menari kat ballroom pakai baju polkadot...hehe

Stress lagi!

Huh! hari2 kakyang stress keja. sapa kata keja kat gomen senang? leh goyang2 kaki makan gaji buta? meh dok tempat kakyang meh.. baru tau langit tinggi rendah.

nak pulak dpt bos mcm bos la ni..mmg sangat sangat sangat stress dibuatnya. bos kakyang ni feveret bos plg besaq. adoi la..abis semua bos plg besaq hampuk segala mak nenek keja kat bos kakyang ni. keja2 yg berkaitan jabatan lain pun dia bg kat bos kakyang. asai nampak benda berkaitan komputer jer dia assign mai sini. nampak perkataan IT/ICT ja, dia minit mai bos kakyang.

yg nak kena buat keja bos, kakyang la! dah tu bos2 kecik bawah  bos kakyang pun satu. bos suruh depa buat keja, depa chanel balik mai kakyang..amboih! sakit hati tul. dah la kakyang sorang2 kat sini tadak pembantu. nak buat keja satu jabatan yg ada 8 bahagian. tak ke mampoih kakyang kat sini.

ni darah naik la ni sampai kakyang dah pening kepala ni..loya semacam nak muntah bagai...nak buat keja pun tak boleh..

eh..tulis blog boleh plak no..???

.heheheh..tulis boleh boleh sambil tutup mata. ayat tunggang langgang tadak sapa peduli. lgpun ni salah satu terapi utk kakyang released stress. kalau tak hamboq kat sini, lg mencanak la stress kakyang dik oiii...chaww

Monday, April 16, 2012

Cerita sepusat sepusing ni..

Sabtu lepas makcik kakyang buat kenduri tahlil yg ke 40hari utk arwah pakcik. Kenduri tahlil semalam tu membuatkan kakyang mendidih hati jer...apa taknya keluarga sebelah abg ni mulut2 boleh tahan.

sampai jer kakyang kat rumah makcik, terus kena sound ngan anak sulung dia yg 10 tahum muda dari kakyang. Awat lambat sangat? amboi mulut..agak2 la nak hormat skit bahasa tu wpun dlm keluarga sesama level sepupu. apa pun kakyang masuh lebih tua dari hang...geram tul.

peh tu masa dok tunggu org surau dtg utk baca Yasin, sembang2 dulu ngan keluarga lain termasuk la ipar duai kakyang sendiri..dlm masa tu sorang ipar kakyang tunjuk pasal tudung yg member dia buat tu..cantik. tp labuh sngat sampai ke bawah perut labuhnya. so kakyang tanya la kak ipar tu, kalau nak order boleh tak nak pendek skit? terus jer kak ipar lg satu komplen. Hang tetek besaq, tak elok pakai yg tinggi sangat. adoi! sentap kakyang.

tau la mmg aset kakyang yg tu mengalahkan org lain..tp jgn la dok sebut2 clear sngat dpn2 org ramai. lgpun bukan kakyang minta tudung yg singkat mana pun, dan labuk sampai bawah dada skit ja, yg nak p sound lebih2 tu naper?
abis kakak ipar tu ckp, sambung plak kakak ipar yg lain. haa anak aku kata, kalau pakai tudung dok nampak tetek, baik tak payah pakai...pas tu mula la berantai2 kutukan depa adik bradik, sepupu sepapat yg muda belia pun masuk mengutuk..sepupu lg sorang yg berbelas thn muda dari kakyang menyampuk. tu nasi lemak entah brapa ringgit tu tak sedar diri...amboi..sorang-sorang yg nak kena cili mulut ni...kalau bahasa kedah kakyang ni, kurang hajaq namanya tu nak ckp org mcm tu!

kakyang tak phm apa masalah diorang mlm tu. naper? jeles ker aset kakyang besar? dah Allah bg mcm tu, kakyang nak wat cam ner?  konon2 tudung kakyang singkat la yer? yg diorang pakai tudung pun aras2 dada jugak tu pe benda? dah tu singkap p ke bahu plak tu? tak nampak ker aset diorang tu? kalau yg menegur tu tudung labuh betul, nak gak kakyang terima jer penghinaan diorang tu..

tak payah ckp bab tudung, bab pakai pun, yg dok pakai seluar aras lutut tu tak perasan aurat pulak?  dah la pompuan, gemuk plak nak pakai2 lagu tu..yg tu tak ingat plak hukum.

tak phm sungguh!

Thursday, April 5, 2012

Siapa leter siapa ni?

Semalam anak kakyang yg kecik tu naik tidur ngan kakyang. biasa la, bila dtg mood baiknya tu, nak pot pet ngan kakyang la dulu sebelum tido. kdg2 suruh kakyang cerita kisah nabi. kdg2 tanya soalan2 yg susah kakyang nak xplain pd budak kecik.

so semalam topik yg jd pilihan anak kakyang adalah melectured kakyang. ibu kena lecture ngan anak! hehehe

jgn kutuk ayahlah, jgn ejek dia lah, naper ibu tak bg dia berdikari lah, naper ibu tak bg dia tolong masaklah, tak bg dia tolong sidai bajulah...mcm2 lah

ibu jgn ejek adik boleh tak?
bila ibu ejek adik?
tu yg ibu ckp tulisan adik buruk tu..adik mmg sedar diri tulisan adik buruk. kan adik dah berusaha dan tanya ibu cam na nak tulis cantik..

ibu, jangan marah ayah boleh tak?
bila ibu marah ayah?
tu ibu slalu ckp ayah tu asyik2 nak marah jer..
tu ibu tak marah, ibu cuma luahkan perasaan kat adik jer..

kenapa ibu tak bagi adik berdikari?
bila masa ibu tak bagi adik berdikari?
ibu tak bg adik iron baju sendirilah, tak bg adik mop lantai lah, tak bg adik tlg masaklah..
adoi dik, iron tu bahaya, mop lantai tu ibu rasa dah lama ibu tak mop lantai..(ops..bocor rahsia kakyang)..

bila kakyang cerita kat abg pg td, berdekah abg ketawa. tp sempat ler kerut dahi jap bila dia dengar yg anak tegur kakyang dok marah dia kat belakang tu..

opss...terover citer kat abang pulak..biarlah, sesekali dia kena tau hatibudi kakyang. hohoho jahat!