Thursday, April 20, 2017

ABC Trip: The Incident

bumbung biru tu MBC

Me-shakee-shack
yg nampak bangunan belakang tu adalah ABC. papan tanda ABC just right belakang member ni

kakyang nak mulakan cerita trip ABC  ni dgn cerita ni.

Sebelum tu.
ABC tu apa? ABC tu Annapurna Base Camp, kat Nepal. camp teratas sekali di area pergunungan annapurna. puncak annapurna tu ada 3. tp rarely org panjat sampai puncak sbb puncak dia very steep dan bersalji. kalau nak juga, kena pastikan ada teknical skill mcm nak panjat everest. kalau sekadar hiking melancong mcm kakyang ni, cukuplah sampai ke base camp tu. tu pun dah mencabar stamina.

ok. lets bercerita bab the main insiden yg berlaku dpn mata kakyang.

masa tu kitorang dah bergerak dari MBC ke ABC. rasanya dlm 1 hour perjalanan kot. distance tu dlm 1/3 perjalanan. 

depan kakyang is shakee, depan shakee is shack. belakang kakyang is abg sherry, then lok dan deepak.
lok is porter. abg sherry dan deepak is guide aka sweeper. as usual, kakyang is the last person in the line up before sweeper n porter.

kakyang perhatikan shakee n shack dah mcm tak larat sangat. jalan perlahan betul. me too.  mental kakyang masih kuat wpun letih.

kakyang dok tanya both of them

u ok dik (shakee)?
shakee reply. ok kak

then kakyang tanya pula shack
u ok shack?
nampak shack angguk2 je sambil berjalan longlai. tak sure dia bersuara ke tidak sbb jarak shack dgn kakyang dlm 2 meter. 

selang beberapa minit, kakyang akan bertanya lagi. sampai lah saat kejadian

"r u ok dik?"
shakee reply. "ok kak"

then kakyang tanya pula shack
"r u ok shack?"
nampak shack angguk2 je sambil dia sedut air dari hose water bladder. 

tiba2 
sekelip mata shack hilang dari pandangan kyang
eh! 
kakyang ubah pandangan mata ke bawah. rupanya shack dah terjelepok jatuh ke kanan lereng. atas salji. diam x bergerak. utk sedetik masa seperti terkaku.

sedar je dgn apa yg terjadi, kakyang terus menjerit panggil abg sherry

"abg! shack collaps!. cpt tengok shack!" kakyang terus lari ke arah shack sambil campak pole.

kakyang bgtau pd abg sherry yang  berada di belakang. dia mungkin x perasan keadaan shack masa tu.   kyang tarik stripe sarung tangan. campak tepi dan terus capai shack.

abg sherry sampai tepi shack.  tampar2 pipi shack. kiri kanan kiri kanan. Abg sherry  buka mata shack. Ya Allah! nampak mata putih je.

abg sherry tampar2 muka shack lg. kami cuak.

"shack! bangun shack!"
"dik! bangun dik!" 

selang seli panggilan abg sherry dan kakyang. panic!

abg sherry tampar2 lagi pipi shack. tamparan makin kuat. selang seli dgn memanggil nama shack.

masa ni kakyang dah rasa sebak. nak nangis pun ye. tp perasaan takut lg kuat. takut terjadi perkara tak diingini. dlm hati berdoa.Ya Allah, ko selamatkanlah adik ni. sambil2 tu dok gosok2 tangan dia bg panas. kakyang ambil hotpad yg ada dlm baju dan letak di tangan shack

abg sherry terus tampar2 pipi shack. bila dah nampak ada respon, abg sherry dgn bantuan porter ubah shack ke kedudukan yg lg selesa.

dlm pada tu, shack nak pass out semula.

Abg sherry terus tampar lg pipi shack.
"Shack! stay dgn abg shack!"

shack kembali sedar x sedar semula.  

"shack. bangun shack. shack stay dgn abg."
abg sherry keep on panggil nama shack utk pastikan dia terus sedar.

"shack ingat allah dik. ingat allah."
mcm2 ayat keluar utk pastikan shack stay awake

"ko panaskan dia.  abg x boleh buat."

oh! kakyang pun hampir terlupa bab ni
terus kakyang singkap baju dryfit shack. terkedu jap bila tengok lapisan dalam tu hanyalah baju inner nipis. macam bukan thermal jer..

Ya allah dik.. patutlah ko jd mcm ni. ni mesti tak cukup panas.
kakyang selak inner shack. peluk shack rapat dan erat. tangan kakyang gosok2 belakang badan shack kuat2. laju2

"dik bangun dik. jgn tido dik. stay dgn akak ye". 
kakyang ulang2 ckp harap shack keep awake.

kakyang kuatkan lg pelukan dan gosok belakang shack

abg sherry peluk balas kitorang  utk tambah haba dan pastikan shack panas dan terus sedar.

sesekali kitorang  pandang shack. sampai nampak dia agak dah sedar lg sedikit baru abg sherry bg arahan utk salah sorang porter bawa shack ke MBC semula. Shack kena bawa turun ke aras yang lebih rendah utk melegakan serangan AMS

Asyok ambik tanggungjawab utk bawa shack turun. ramai2 tolong bangunkan shack dan letak belakang asyok.

ikat shack ke badan asyok. alamak! shack tinggi. kaki dan tangan dia tak terampu dengan badan asyok. 

asyok terus usaha balancekan shack atas badan dia. once dah stabil, asyok pusing belakang dan cepat2 berlari anak utk bawa shack turun ke MBC.

"Abg kena ikut diorang turun. ko jaga shakee. Deepak, Lok, follow them closely. Ram, u with me."

abg sherry bg arahan. bila diorang dah gerak, kakyang terus line up semula dgn shakee utk teruskan perjalanan ke ABC.

kakyang nampak shakee sedikit effected dgn kejadian td. kakyang kena keep eyes closely dgn shakee. tanak jd mcm td. sekadar angguk2 je. kena respond. baru boleh tau betul2 ok ke tidak.

sepanjang perjalanan kakyang pastikan shakee bercakap. takde topic nak cerita. kakyang ajak shakee baca abc. shakee mcm malas nak layan. kakyang paksa dia.

dik. sambung abc knath
"abc.."
"defg.." sambung shakee
"hijk"
"lmnfop.."

good. shakee masih waras sbb susunan abc dia betul.

abis abc, kakyang ajak 123 pula. abis 123, kakyang ajak yi er san si. 
mcm tu lah selanjutnya sampai menghampiri papan tanda ABC.

sampai kat situ, lain pula ceritanya. 
"Kak! aku tak sangka sampai sini kak!"
termuntah habis segala esak menangis x percaya shakee atas kejayaan dia.

kakyang yang tak emosi pun jd emosi tengok dia. tambah2 dengan kejadian yg menimpa shack td. 

selepas bergambar sikit sebanyak kat papan tanda tu. kami sambung perjalanan ke teahouse ABC.

baru je nak melangkah, shakee mula mengaruk lg.

"kak! mesti diorang yg dah sampai kat sana tu dok mengata aku kan? aku tau aku ni siput kak."
macam2 lagi repekan keluar dari mulut shakee . 

nak tak nak kakyang terpaksa pujuk dia.

"Dik, jgn difikir apa kata org dik. biar diorang nak kata apa. yg pasti kita dah buktikan pada semua. seslow kita, sesiput kita, selambat manapun kita. kita berjaya sampai ke sini. apa lagi yg nak dipedulikan dgn kata org?

kita patut bangga. sekurang2 degan fizikal dan stamina kita ni,  kita berjaya sampai ke sini. 
kejayaan kita kejayaan berganda dik.  bukan sekadar kejayaan sampai saja, kita berjaya juga mengatasi mental kita. ingat tu dik. Pedulikan kata mereka."

Shakee diam semula. ada cubaan2 dia nak mengaruk lagi. kakyang pujuk skit2 dia ok kembali.

kaki terus melangkah. jarak yg lebih kurang 100m ke teahouse ABC terasa begitu jauh.

langkah demi langkah kaki mengayun sambil kakyang terus pastikan shakee ok.

akhirnya sampai ke kaki tangga teahouse. shakee terus terduduk di tangga sambil meraung.

"Kak! aku tak sangka sampai sini kak!
aku kesian dgn shack kak. aku kesian dgn dia"

Kakyang peluk shakee.
Sama-sama menangis. takde apa lg dah yg mampu terkeluar dari mulut kakyang.

Hanya syukur dan terima kasih Allah dgn nikmat ni.

Cepat2 kakyang lepaskan shakee dan buat sujud syukur depan2 tangga tu juga.

Terima kasih Allah! Kakyang sampai ABC jua!

















No comments: