Monday, July 25, 2016

Gunung Tahan: The Incident

Yeah!
kakyang dah  berjaya menawan puncak tertingi di semenanjung!
Gunung Tahan telah ku tawan tanggal 16 Julai 2016. 1st G7 semenanjung.
dan hatiku telah tertawan di gunung ini juga..
ahakssss
map ehsan google. boleh refer kat sini bg nama2 kem yg kakyang sebut tu. refer sebelah kiri. trip kakyang dari merapoh- GTahan- merapoh. kiranya balik jalan yg sama.

Kakyang update skit-skit ye pasal cerita xpdc gunung tahan. banyak cerita. tp tak sempat nak cerita mcm2. dan tengah tak sihat ni, lglah mood nak bercerita tu tak brapa nak ada.

ni nak cerita climax xpdc dulu.  bab xcdent kat Gunung Tahan.

overall trip kali ni condition kakyang terbaek! masa naik, semua ok. stamina wpun tak berapa nak ada tp sbb mental kuat, so jd smooth dan happy je. penat tu standard lah. dgn carry beg yg 60L+ tu kan.

masa nak turun pun ok lg sebenarnya. it just happen incident ni je yg buatkan trip ni cacat skit. tp bg kakyang, kalau takde incident ni, takde benda pulak nak cerita. ye dak?

ye lah, semua perfect jer.. apa yg menariknya. ye dak?

ye dak.. ye dak.. ok meh kita bayangkan mcm mana incident ni terjadi..

incident happen selepas kakyang rehat di Kem Kubang. (refer map kat atas. kat mana kem kubang tu) on the way turun ke Kem Kor. Kem Kor tu tempat camping terakhir sebelum keluar dari taman negara. masa tu kakyang dan guide dok layan teman kak siti jalan pelan2. masa ni kak siti dah penat sangat. jd kami jalan pelan2 ber3 (org terakhir)

just a few minutes gerak dari kem kubang, sampai satu part ni mcm tebing tinggi berakar selirat. menegak kebawah. utk turun, kita kena turun ikut akar2 tu lah.

masa tu kakyang nampak kak siti sampai bawah dah. so next,  turn kakyang utk turun. so guide  suruh kakyang pusing. pusing tu maksudnya turun dgn cara kita mengadap ke akar2. mcm kita turun tangga tegak. kakyang ikut je ckp dia. 2 tangan berpaut kat tunggul kayu sebelah atas. tunggul tu pun dlm sekaki tinggi. ukurlilit tu lebih kurang mcm piring sayur lah.

then, kaki kakyang dah hulur ke bawah, dok cari tempat utk pijak utk turun. dlm dok cari2 tempat pijak tu, tetiba tangan kakyang terlepas dari pautan tunggul tu. Allah! itu je yg kakyang sempat jeritkan.

badan kakyang terlentang berpusing ke belakang disebabkan beban beg yang berat. melayang. kakyang boleh nampak kak siiti kat bawah. dlm hati masa tu kakyang berdoa, jgnlah hempap kak siti.. nanti kak siti injured teruk.   alhamdulillah, kakyang tak jatuh atas kak siti. kakyang melayang melepasi kak siti.

BAB! hentakan pertama, tak boleh nak ingat. hentak kepala ke badan ke, apa ke. kakyang masih boleh nampak lg  persekitaran hutan. kakyang terpelanting semula.

BAB!! kena kepala. kakyang rasa gelap gulita. tak nampak apa dah.

BAB!!! . terpelanting lagi. lantunan selanjutnya kakyang dah berserah pada Allah saja. kalau nak hilang nyawa kat situ, kakyang pasrah.

BAB!!
BAB!!!

sampai lantunan yg terakhir tu kakyang terhempas dan melekat celah2 akar kat perdu pokok besar. berlipat. mcm org xcdent kereta. pernah tengok kan org xcdent yg terhempas ke divider ke, tepi jalan ke.. melipat mcm mana kan? haaaa.. mcm tu lah keadaan kakyang.

yg kakyang ingat mulut ckp aduh!. kakyang terdiam seketika. terpk idup lg ke aku?.  kat neraka ke kat mana ni?

in few second kakyang dengar suara guide.
nat! nat! ok tak? ok tak? kan abg dah kata.. kan abg dah kata..
guide tanya keadaan kakyang dgn suara risau tak tau nak ckp apa. sambil tu dia pangku kepala kakyang dan gosok2 kepala. masa ni kakyang rasa eh! aku dah nak mati ke? teruk sangat ke condition aku?
kakyang mula rasa kepala dan kaki sakit sangat. masa ni kakyang masih berlipat celah akar. tak boleh gerak.

pastu baru sedar kakyang hidup lg rupanya. baru dengar suara kak siti pulak
Nat! Nat! nat ok tak?!
awak Mat! mcm mana boleh terbang mcm tu??? kalau jd apa2 kat awak juga, mcm mana dgn kak siti?
kakyang dengar kak siti ceramahkan guide yg melompat dari tebing atas tu terus ke bawah bila nampak kakyang jatuh. huhuhu.

pelan2 guide suruh kakyang gerakkan satu persatu anggota. tangan ok. kaki kiri ok, kaki kanan je sakit sangat. tp masih boleh gerakkan. maksudnya takde yg patah. terseliuh je.

guide letakkan minyak angin kat luka di kepala dan kaki kakyang. dia papah bangun. suh try pijak. sakit!

awak tengok! guide tunjuk tangan dia yg menggeletar
kalau jd apa2 kat awak..
sepanjang hayat tau abg akan ingat.

masih bernyawa ni kira nasib baik lah. huhuhu

beg kakyang dia terus ambil dan bawa sekali. kakyang try juga jalan sendiri wpun sakit. kena gagahkan diri jalan sbb nak ke kem kor lg 5km. pelan2 lah. janji sampai.

then, sepanjang jalan tu mmg sunyi sepi. masing2 layan hati yg dup dap dup dap tak abis lg sbb terkejutkan peristiwa ni.

Allahuakbar. tak terbayang dgn kata2 insident ni. syukur tuhan masih panjangkan usia kakyang.

ok stop dlu kat sini. later kita sambung cerita yg lain.








layan gambar skit dulu. malas nak tulis lg. badan tengah sakit2. nanti kita cerita panjang






No comments: