Thursday, March 31, 2016

Ratu air mata

mata ni..
buat peel x senonoh
asyik nak berendam air mata je..

hey air mata!
stoplah meleleh tu
dah 16 tahun mcm tu.
tak reti2 nak brenti ke?
nak meleleh juga?

lantoklah kamu..


Wednesday, March 30, 2016

Penyakit M

Alkisahnya kakyang pos tester ke sepupu
suh dia try pekasam daging
manatau kan kot2 boleh jd customer baru ker.. :P

pastu tetiba pagi buta ni dpt mesej dari dia
dia kata semalam kalut beli nasi nak makan pekasam
buka2 parcel, rupanya pekasam belum masak!

aduhai sepupukusayang
belum pernah akak ni dpt customer yg bgtau kuciwa sebegini
hahahaha

kakyang pun suruh la dia masak.
ala, masak pekasam je kot, 15 minit boleh siap

dia boleh bg alasan..
masak seminggu 1x jer, hari kerja x masak.
hohoho

dik non.. rajin2kan lah diri skit dik non..
sendiri nak makan kan...
tak kan ler nak masak sejenis tu pun berkira..
kikiki pandai2 ler..
:P


Thursday, March 24, 2016

Kacau Bilau

sejak menjak ni life kakyang kacau bilau sikit.
abg sakit, anak buat hal.
kakyang sakit jiwalah. hahahha

sakit abg dtg lagi. sebelum cuti pertengahan sem haritu bengkak  balik.
abg dah tak tahan, dia sendiri ckp nak serah diri ke spital.
kyang setuju jer, tp nak serah diri lepas antar anak balik asrama.
aduh....

end up, monday semalam abg masuk spital.
berjam2 juga lah menunggu kat emergency tu. kul 4 baru dpt masuk ward.
 baru nak jamah makan, nurse dtg bgtau cik kena puasa.
operate mlm ni juga.
aduhai...
abg teringin kopi sedap. b
bg juga la dia sip sikit.
takut apa2 jd kang kempunan pula.

lepas operation, kakyang intai luka abg.
mak ngko.. tak di jahit.
dibiarkan terpelohong ternganga gitu jer
ngeri nengok.
dlm hati dah risau, brapa lama lah nak baik ni...


Tuesday, March 8, 2016

post tanpa tajuk

tak tau nak boh tajuk apa pd posting ni. huhuhu
lately kakyang teringatkan ex gf abang
apa kejadahnya dok ingat xgf org eh?
ada bini korang berani mcm tu? hahahaha

sebenarnya kakyang ada niat nak minta maaf dgn dia
minta maaf sbb terberebutkan bf dia. hahaha
korang berani buat mcm tu kat x gf laki korang?
hahahhaa gelak jahat sikit

dah buang tebiat agaknya kakyang ni
eh bukan.. sebenarnya nak hidup dgn aman
tak mau dah nak simpan2 dendam
dah tua ni, biarlah kita memaafkan
lupakanlah cerita lama

kakyang dok cari dia kat fb. tp x jumpa
balik karang nak tanya abglah.
if he still contact her, pls say i minta maaf dgn dia
wpun dia sebenarnya lg patut minta maaf dgn ai tau..
tp takpalah. janji i sattlehan hal i.
salah u pd ai, biarlah dia pertimbangkan sendiri.

Friday, March 4, 2016

Give me 2nd Chance!

nak juga ckp omputeh tu.. entah  betul entah idak ..
wateva :P

nak lontaq belakang sikit.. senin haritu kakyang p interbiew lg. 
interbiew apa?
ala.. program COTI yg kyang gigih apply tu ler..
interbiewnya dpt sesi petang. 1.45pm kena daftar. kat Institut Kehakiman dan Perundangan, Bangi.

dlm dok congak nak p mcm mana tu, end up abg kata takpa. dia hantaq.
bukan tau jalan pun, guna waze je lah. sampai jugak. abg dropkan kat main enterance tu ja.
p tanya mak guard, mana bangunan interbiew tu... nuuuuunnn dia tunjuk belakang sana. dia kata u go straitttt... don belok2. last building.

Kakyang pun jalan la ikut hala dia tunjuk. don belok2 pa nya.. kena belok cari jalan nak p building tu. gigih cari jln, lastnya jumpa juga. mmg bangunan paling belakang dlm kawasan tu. 
pecah peluh ai tau.. acam ler nak interbiuw sat gi.. huhuhu

back to our main story :P

masuk je kawasan pendaftaran tu. nampak sikit je candidatenya. dlm 20+ je kot. pastu kyang tegur 2,3 org. ada yg frendly. ada yg langsung tak angkat muka. tanda takmau kenal2 la tu.

baru sembang2 tarik nafas jap, nama dah kena panggil. 
opocot mak ngkau.. 1st group ka? aduhaiii

3 org sekali masuk. 3-3 pompuan. 2 org tu mcm tak berapa banyak idea. so do i pun.. jd tak lah nampak sangat kakyang ni mcm x tau apa kan? :P

mula2 dia minta perkenalkan diri. dlm english. mula dgn org tengah. kakyang sebelah kanan, lega skit, jdnya kyang org last nak menjawab. so boleh colok ide.

tp rupanya kyang masih gagal nak bg yg terbaik... perkenalkan terlalu ringkas. masa bercakap tu boleh hilang idea nak cerita apa. terus mood spoil.

next soalan cerita negara apa yg dah pernah lawati..
pastu soalan apa blackside of korea,
soalan am yg kyang dpt, pendapat mengenai BRIM. member hujung tu kena soalan NKRA. fuh ketaq oiii tajuk tu...

pastu kena buat persembahan. 2 org lg tu pun x pandai buat persembahan. jd kami choose zapin. phiewww nasib baik le kakyang ada join eksesaiz zapina baru2 ni, jdnya dpt lah skit step tu mcm mana. 

bleh ler lenggok2 sikit dari kaku cedong dari dulu kan? kekeke
menari takde muzic, tak best kan? so kakyang pun ofer la buka youtube music zapin..

kakyang juga yg jd introducer team kepada panel. 
harap ada point kat situ ye panel...

pas persembahan tu, abislah sesi interbiew..

tp kan... 
satu yang kakyang pelik. 
panel interview ikut giliran tau. pas a, b, c, next soalan, mula ngan b, c, a
tp kan.. 
kakyang perasan panel mcm tak berapa nak tanya dengan kakyang. kenapa ek? ek?

agak2 brapa percentage dpt gi COTI?  
40 kot..
eh, 80lah, 
eh.. hmmmm..
rasanya x berjaya kot... :D

UPDATE: gagal lagi der.. tunggu 3,4 tahun lglah baru mohon lg..