Monday, November 30, 2015

Run with your man

semalam kakyang join charity run. relay run 3x3km je pun. tp dek sebabkan lama tak turun eksesais, mcm 33 km jauhnya.

ok la, lari x guna jari kan.. kan.. kan..

:P

Luka di hati siapa yang tahu?

luka dihati tu susah nak heal. lg parah bila dah baik, luka lg, tak dan nak baik, dilukai lagi. sapa yg pernah alami je yg tahu kan apa rasa luka di hati tu. :D

last 2 weeks. kakyang menebang pokok moktan di belakang rumah. asyik x berbuah jer, agaknya betul lah kot dgn ckp2 pakcik sebelah rumah tu. "pokok jantan ni.. tu yg tak berbuah. tebang je"

so, ini kali ke 2 lah kakyang tebang dahannya tu. sebelum ni tebang dah. naik balik dhn baru.

2 batang dhn sebesar lengan kakyang ni di takek. 1 tumbang ke rumah. sattled. satu lg tumbang ke pagor. tersangkut kat pagar. nak tarik x boleh. kakyang takek lg sekali kat tengah2 dahan tu. kononnya nak potong 2 bg senang tarik.

masa takek tu dah letih sangat. terduduk jap sbb rasa nak pitam. maklumlah, bangun2 tido jer, terus ke belakang rumah motong pokok tu.

lepas rasa pitam nak hilang, kakyang bangun semula nak sambung takekan yg terakhir. sekali terasa zzzaappppp mcm parang tu terhiris sesuatu yang lembut jeeeee...

terus kakyang terlepas parang tu ke tanah, tarik tangan kanan, tengok apa yg terkena parang tadi... terus rasa gigil...

rupanya dah hampir putus 1/3 kuku ibu jari kakyang!. kalau x sedar terkena jari tadi tu, mau terputus terus kot. huhuhu

dengan menggigil kesakitan, kakyang terus lari masuk rumah . menitik2 darah sepanjang jalan. gi sink cuci darah kat jari tu. ingat tak nak p klinik. balut sendiri je lah, tp bila pandang luka tu mcm dlm je dan takut infection dari parang kotor tu, terus kakyang kejutkan abg yg tengah tidor lagi. ajak p klinik.

dia dengar je kakyang ckp terkena parang, terus bangun, pekena rokok sebatang (dan lg tu) mandi2 dulu baru bawa kakyang p klinik.

sementara tunggu abg siap tu, kakyang dah nangis dulu dah. sakit weiii... huhuhu.

masa nurse dressingkan luka tu pun, pedihnya..hanya allah tahu. tu baru luka skit kat jari. yg luka parah masa xcdent ka apa tu, mcm mana la rupanya ye..

nah. tengoklah jari kakyang ni. dah 2 minggu masih lagi x baik. sesekali denyut nya dtg, huiiii tak tau nak habaq haih.


Monday, November 16, 2015

Cerita turun Gunung Kinabalu

Kakyang sampai laban rata dah jam 11pg lebih. masa tu dah tak ramai org sbb maybe masing2 dah start turun ke timpohon. team kakyang masih ada tunggu yg lain. has dan ina masih di belakang. belum sampai.

sampai ke restoren tu, mcm tu juga, tak boleh nak lunch. semua rasa x sedap. kakyang cuit2 skit2 je buat syarat. mmg takde makna mkn pun.. risau sebenarnya. nak menempuh jalan turun brapa km pulak nanti tu.

bila has dan ina dah sampai Laban Rata, rehat2 kejap, kami decide turun kul 12.45 thari mcm tu. thira n geng dah start turun dulu.

masa turun tu kami santai2 je. sambil gebang2. turun beberapa tangga, brenti rehat jap. turun lagi beberapa tangga, brenti rehat jap. turun lagi brenti lagi turun lg brenti lg. lama2 kakyang start bosan. dan lutut kakyang pun dah start sakit.

kakyang kata tak boleh jd mcm ni sbb kalau mcm ni, lambat sampai bawah sbb malam is approching.

kakyang start speed up. since kakyang pun terkedek2 sakit lutut. jalan turun pun dah mengiring jer, kakyang btau ina n has, i need to jalan non stop. nanti diorang kejarlah kakyang dari belakang.

jalan jalan tururn turun turn x brenti baru sampai km 2.5. aduh. dah start gelap dah. masa tu pun indra n shazmi pun dah sampai dekat kami wpun diorang awwwwayyyy turun lambat dari kami. stamina diorang hebat betul.

pastu kakyang bgtau, kakyang nak jalan dulu juga. x boleh rehat lama sbb sakit kaki dah dan x boleh ikut rentak mereka. shazmi pinjamkan lampu dia. kakyang jln dulu

nasib baik kakyang ambik lampu tu. rupanya x lama lepas tu cptnya gelap. sedar2 kakyang dah jalan sorang2 dlm hutan tu. kelibat diorang pun x nampak


kakyang mula takut dan terpk bukan-bukan. nak tunggu diorang ke tidak ni? kalau tunggu, lg takut sbb tak tahu apa benda di sekeliling kakyang. x tunggu pun takut juga sbb kena jalan sorang2 dlm gelap

kakyang ambik keputusan jalan juga sorang2. plg tidak kemungkinan terdedah pd bahaya tu kurang skit.

tp...

Wednesday, November 4, 2015

A shoulder to cry on

sapa nak pinjamkan bahu utk kakyang nangis? meh aaa tlg pinjamkan.. sedih sangat ni. tp tak tau nak crita mcm mana sedihnya. mcm mana sakitnya tu di sini.

Monday, November 2, 2015

White water rafting dan abseiling

xcited giler nak cerita hal ni.

khamis dan jumaat lepas kakyang pergi gopeng. utk buat xtvt outdoor. mula2 plan nak explore cave dgn water rafting. tp caving tak jd. terjadilah abseiling.

member outdoor yg kyang kenal tu dia suruh try kat sungai kampar gopeng dulu sbb situ sesuai utk beginer level.

mmg menarik. banyak nak cerita tp xde mood pulak nak mengarang ni. hati tengah galau. huhuhu

layan gambar dulu..