Thursday, August 16, 2012

Cemerlang, gemilang dan terbilang

tu tema hari kebangsaan yg tahun bila eh? seingat kakyang time paklah jd PM kan? 

ewah..sempena bulan merdeka ni mcm nak cerita hal merdeka ye dok?  
dok eh...kakyang cuma nak kabor berita gembira buat korang jer..

beritanya kakyang terima seawal bulan puasa haritu. terkejut jugalah bila ada org ckp conratulation semasa angkat tepon ofis yg berdering. erk! congratulation apanya ni? cpt2 org tu ckp buka la website tengok sendiri..jeng jeng jeng..teruja nak tau ni

hehehe malu nak ckp, tp sbb teruja, nak bgtau juga. kakyang dpt anugerah pekerja cemerlang tahun ni..
setelah 6 tahun berkhidmat di sini, inilah 1st time kakyang diiktiraf sebegitu sekali.

alhamdulillah rezeki dari Allah dan terima kasih banyak2 pada bos yang recomen akak..

gigil badan kakyang bila dpt anugerah ni. sbb apa? sbb bila dah dpt anugerah, maksudnya kena la teruskan maintain cemerlang gitu.

adoiiii..bukan senang dik oiii nak maintain cemerlang ni..ada masa kita malas atau bad mood. time ni la bila org bg kerja lebih kita decline nak tolong. haaa kalau decline lepas dpt anugerah, mesti terus otometik org akan pertikai. ait mcm ni ker attitute org yg dpt anugerah ? 

haaaa...setiap langkah dan cara kita akan dipersoaalkan org dik...terus terasa berat bahu nak menanggung weh..

apapun..alhamdulillah.. dan terima kasih Allah.

Wednesday, August 15, 2012

Dah nak raya?

pejam celik pejam celik dah penghujung ramadhan kan. time ni ptt nya preparation raya dah selesai. tp tahun ni entah apa kena ngan kakyang, langsung malas nak prepare. badan ni rasa sakit2 jer..

rumah tak kemas lagi. wpun dah bercat baru luar dalam. dah berlampu baru semalam. tp kemas belum. lantai langsung tak scrub tahun ni. pdhal tahun ni giliran rumah kakyang. wah..matilah ipar2 balik nanti tengok rumah tak semengah.

nasib baik la baju abg n anak2 awal2 kakyang dah siapkan. baju kakyang beli je lah nampaknya tahun ni. pecah rekod. tak pernah2 kakyang beli baju raya. slalu buat sendiri jer. huhuhu

dah la..nak bercerita pun malas nak taip ha..kemdian2 lahkita sambung cerita bila kakyang rajin eh..

selamat hari raya maaf zahir batin dari kakyang yer..