Thursday, September 29, 2011

Sakit

seminggu ni kakyang dlm keadaan tensyen. giler giler punya tensyen. rasa mcm nak maki hamun org jer. sakit kepala dah mai dah, sakit tenggkok tak leh nak senang2 pusing leher dah terasa ni. ni semua gejala stress la ni.

mana tak stres bila mengadap perangai staf mcm ni, yg kerani cara kerani. kul 12t/hari dah hilang. aku yg ditinggalkan bos dah 2 minggu ni pun tak reti nak mengular, diorang plak yg lebih lebih...!

suruh buat keje, tak buat, nak tunggu bos masuk baru nak print itu ini lah, baru nak masuk data lah, by the time bos ada, dah ada problem network plak, abis semua keje tak leh buat sbb semua service interupted. suka sngat buat keje last minit mcm ni...! aku telan sekor2 kang diorang ni..

agent cara agent, aku suruh supply dulu apa yg nak, degil, berhati2 nor takut tak dibayar, dah harga berubah pulak. nak kena redo po segalanya.

pegawai cara pegawai. kedekut giler, dah org tlg uruskan tiket, tak leh buat sbb po tak leh kluar sbb bos tak sign. buat la guna cr card sendiri bukannya tak boleh, nanti claim la balik tiket tu.

adeh..diorang ni mmg la...susah la keje ngan org gomen totok mcm ni..semua berkira. bab nak gaji banyak tak kira balik attitute keje mcm mana pulak. susah tul!

Cerita Raya 2011

Hari raya dah berlalu pun. kakyang baru nak update pasal raya? huhuhuhu lambat sungguh!

Sibuk la lepas raya ni, bos akak nak p oversea ngan banyak seminar outstation back2back. so banyak benda kakyang nak kena tengok sebelum dia tak de dan nak kena uruskan permohonan segala jenis urusan perjalanan dia tu. sampaikan nak buat mana satu pun tak tahu dah..bengong la kejap.

Dah tu, dok kelam kelibut ngan urusan rumah yg tak abis2 lagi. by the time kakyang tulis ni, baru jer selesai segala jenis urusan tu. dah betul2 boleh tarik nafas lega. notis utk sewakan rumah tu pun dah tampal semalam. Alhamdulillah....

Apa cer raya thn ni? Alhamdulillah.... raya thn ni disambut dengan harmoni sekali. tak de gaduh2. tak de masam2 muka. tak de sentap2 mcm thn2 sebelumnya...

Abg cool jer kali ni, anak2 kakyang pun tak banyak songel. maybe sbb diorang dah besar skit kot, so dah senang nak urus. Abg plak mood ok jer, tak de nak marah2, tak de nak moncong2. agaknya sbb balik kali ni rumah baru mak dah siap. so dah tak de panas sngat mcm dulu. kipas pun sana sini ada. tanak dok bawah, naik dok atas. banyak ruang utk abg legar2. hehehe

raya tahun ni tak banyak open house yg pergi pun. lgpun thn ni family abg kalut skit sbb pakcik abg sakit. adik abg sakit, anak buah abg sakit. silih berganti kluar masuk hospital sana sini. so kitorang pun kalut la ngan sesi lawatan. dan since kakyang pun dah penat ngan keje2 di ofis, weekend tu mmg kalau boleh nak dok rumah jer, selesaikan apa yg patut then rehat. ceh..tak sempat rehat pun. dpt take nap je la dlm 30 minit. tu pun kejep2 ada jer 2 bradik tu nak kejutkan kakyang nak tanya mcm2. tak leh tunggu ibunya bangun jap. haih...jd ibu mcm tu la... :D

Rose2 akak kat laman tu pun tak sempat tengok bulan raya ni. rumput dah panjang. rumput karpet dah bercampur lalang. adeh...sakit mata tengok. konsentrate cabut rumput, rose tak sempat tengok. konsentrate tengok rose, pokok lain tak tengok...rasa mcm nak upah garderner jer...ececeh...mcm banyak duit ek. dah ler gaji tinggal separuh jer dik penangan beli rumah ari tu. adeh..adeh...rasa gigil mcm haji  bakil jer bila ingat simpanan dah susut...labuu...uu...uu...ko ppppeecahcahcahkaaannnn laaaggiggigig ppppiiiingggaaannnn aaakuuuu laaabbbuuuu...lebih kurang gitu ler... :D

apapun...rasanya sempat lagi ek kalau kakyang ucapkan selamat hari raya untuk semua ek...selamat hari raya..maaf zahir batin utk sebarang kekilafan yg dtg dari kakyang ni yer....