Thursday, March 31, 2011

Petua cantik sokmo

Petua ni kakyang ambik dari blog kak ezza..tumpang CnP yer kak.. petua dari ustazah fatima al zahra..

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga .


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan

Ku ingin bahagia


wah..tajuk tak hingat. tp best lagu ni. rina rahman penyanyi singapore. kakyang 1st time dengar lagu ni kat sinar ingatkan lagu uji rashid. suara sama kan..kan..

sebenarnya kakyang tak bleh dan tak mau cita lebih2. tengah sedih. sedih sngat. nak layan feeling sedih jap. biarlah kakyang nangis sorang2...layan je lah lagu ni ek..layanz... :(

Tuesday, March 29, 2011

Kenangan mengusik jiwarasa

Tersedak abg Jiwarasa bila nama dia jd tajuk post kakyang kali ni..kekekek

ampun ye en Jiwarasa..kakyang ni salah sorang silent reader blog anda. hehehe

Post ni tadak kena mengena ngan dia na..... meh balik crita apa yg kakyang nak pok pek hari ni.

Ni ha, td dok tengok2 fb kakyang ni, nampak la gambaq member fb ni ngan tunang dia. gambaq posing kat kedai makan jer pun. posing2 couple bila kluaq dating..alah semua org mesti adalah gambaq posing cam tu..

tetiba jiwa halus mulus kakyang ni terusik. terkenang kembali zaman2 dok dating dulu no..tp dulu kakyang tak rajin ambik gambaq pun. lgpun time tu mana ada hp camera mcm la ni ni..muka lak tak fotogedik langsung. dpt plak bf (abg ler tu) yg elegic camera..jdnya mcm tadak gambaq kenangan la sngat zaman dating tu..gambaq dah berkeluarga ni pun tak banyak mana sngat kalu kata gambaq kakyang ngan abg tu..ngan anak2 banyak la.

bukan nak crita pasai tadak gambaq ni. ni nak crita pasai feeling zaman berdating dulu. bila tengok muka ceria time dating tu. lain naq ngan muka la ni..

time dating dulu saat plg meresahkan ialah saat nak dating. huih..sampai tak bleh nak buat keja la bila abg kata tunggu sat lagi dia ambik. bukan tak sabaq nak jumpa sngat pun. tp sbb abg tak suka bila dia sampai kita tak siap lagi. semenet pun tak leh tunggu. angin sungguh. tp kita happy jer..janji dpt jumpa. kekeke

peh tu abg ni ada peel. kalau kata nak mai, dia bukan bg masa bila. ayat dia, tunggu ja. tu yg slalu kakyang tak boleh nak dok kalau kata nak kluaq tu. ada penah sekali tu abg kata sat lg dia mai, tunggu punya tunggu, tertidoq jaga tidoq balik jaga pulak tak mai2 lagi. last2 tepon bagi tau kata tak jd kluaq. adohai..hangin satu badan. tp tu la org kata. tengah bercinta tu, semua baik belaka. hehehe

lagi satu bab dating kitorang ni. abg, kalau nak ajak kakyang dating dia tak ckp direct jom jumpa. dia bg klu ja. nak tau apa? dia tanya dah makan belum?. lari sngat maksudnya kan. mula-mula dulu tak paham jugak. bila abg tanya mcm tu. kakyang yg lurus bendul ni ckp la dah makan. asai jawab dah makan ja abg mesti terus letak phone. merajuk la tu. aih! awat lagu tu? lama2 dah phm tau dah la. bila jwb tu kena kelentong la skit. walau dah makan jwb la tak makan lagi. kadang2 betui tak makan lagi pun. sbb kalau makan, sat lagi kluar, makan lagi..gemok la mcm tu!

jd sudahnya, kedai makan la jd tempat dating kakyang. jarang la dating p tempat lain. kena plak abg suka makan kat restoren tertentu jer.. abih la anak branak suku sakat tokey restoren tu kenai kakyang ngan abg. abih. dah muka tu ja hari2 mai makan. dah tu tengah2 malam plak tu. tak penah dtg awai skit. mcm mana nak awai skit. kami keja shift. org bujang, slalu la dpt shif malam. abih keja dtg kat kedai makan pulak.

tu lah ceritanya...dah kawin ni, nak dating2 pun dah tak de feeling. bila jalan berdua jer, tak bawa anak. rasa bersalah jer...camna tu? hehee

Thursday, March 24, 2011

Biarlah rahsia

semalam, ada x staf dtg jumpa kakyang. kakyang ganti post dia bila dia retired ari tu..mmg selalu la dia jumpa kakyang. dulu plg kurang sebulan sekali. tp lately dah kurang. katanya bz sbb dok jaga cucu......ngengenge

semalam. makcik ni puji kakyang. eh, you campak makin cantik dan cerahla. apa rahsia u? kembang kempis hidung kemek kakyang ni terima pujian.. cantik tu idak ler..dah muka nyonya jual sayur..nak cantik mcm mana lg yedok? tp makin cerah tu ada ler nampak perubahan skit..kalau dulu jeragat tu nampak nor, parut jerawat penuh. pori muka tu besar2 mcm kawah.kulit pun bersisik jer...tp sejak akhir2 ni tak de la ketara sngat dah semua2 tu..

rahsianya? banyak faktor dik.
1-sbb air sembahyang. poyo jer kan bg sbb mcm ni..
2-sbb hati dah senang. abg dah lama tak buat hal :P
3-sbb ambik supliment..ini yg sebenornyer pun.. :D

mcm2 suppliment kakyang ambik. idakler mahal mana supliment2 tu. yg mampu milik jer. since akak member cosway, guna brand ni je lah.. jd tak leh nak bgtau la yg mana satu betul2 berkesan. suppliment apa yg kakyang ambik tu?

ni ha list panjangnya. bukan semua kakyang ambik hari2. rotate la sehari 1 jenis. nak save budget dik... :D lgpun takut keracunan kalau ambik semua sekali..
1-spirulina
2-EPO
3-Vit C
4-Hydrolised kolegen
5-madu
6-bioenzym

Ha tu dia..panjang tak? hehehe
bukan apa, bila pandang muka kat cermin, cermin pun boleh retak dik..muka berkerak2 comot semacam jer..sebelum abg pandang pandang, jeling jeling yg lain, baik kakyang repair muka tu skit kan..huhuhu takut yer bila ingat cik abg cari lain...

tp ni la lg satu masalah kakyang...wpun dah 40% ok skit bila start consume suppliment kat atas tu, tp masalah badan letih ni tak hilang la...bangun pagi mcm tak cukup tidur. malas jer nak bangun. sengal2 badan mcm buat keje berat..teruk kerja? kerani jer, teruk apa la sngat kerjanya pun. balik kerja uruskan hal rumah pulak? tak juga, harap lepas tengok keje sekolah anak2 jer..tidur tak cukup? kul 10 tidurkan anak, ngan kakyang sekali tidur..abih tu apa masalah lagi..cer citer skit..

Tuesday, March 22, 2011

Eyemo

cuci mata skit. tp tak ler guna eyemo tu..guna gambar jer..hehehehe layanzzz

Patah tumbuh hilang berganti..

Semalam kakyang dikejutkan ngan berita tak enak. kucik gedix kakyang dah mati! mati bawah kereta kak ipar. huhuhu
sedihnya... :(
tu pun kakyang terjumpa sbb tengah cari gremlin. gremlin tu anak kucing baru yg kakyang baru pungut. ada sepasang. satu oren hitam, lg 1 kelabu belang2. yg hilang ni yg kelabu. dia dpt bolos dari celahan sangkar tu..cari punya cari, yg dicari tak jumpa yg jumpa bangkai chomel!.
Nak nangis kakyang. tp mengenangkan kurang skit kucing kat rumah tu, dpt la terima hikmahnya.

Bulan lps grey mati. rasanya sakit buah pinggang kot sbb dah lama dia kencing berdarah. kakyang dah citer belum ek? peh tu ni chomel pulak. huhuhu.

Chomel ni suka tunggu kakyang balik kerja atau pantang nampak muka kakyang, mesti dia gedix dpn kakyang.kalau tak nak mintak mkn lg gedix. pusing2 badan dia, gesel2 badan dia, yg plg kelakar dia suka sodok muka dia tu ke badan kakyang. kalau dah dpt, hmmm muka puas jer siap basuh2 mulut. kalau tak dpt nasi, merajuk p dpn cari biskut kucing. dia tak suka biskut sebenarnya.

so bila dia mati semalam, kakyang dah takde org kacau la..tinggal yg kecik2 baru tu jer, 3 ekor. huhuhu sedih!

ni lah diorang yg dah pergi tu.. :(

Tuesday, March 15, 2011

PBB

Kakyang tengah mencuba PB? bukan PBB tau. ni PB jer..tak tau apa PB tu? sah la anda seorang yg kurus. org yg gem..mcm kakyang ni jer yg tahu PB tu..ye dok? hehehe

dah 2 bulan beli, baru minggu lepas try pakai. tu pun mula yg girdle tu dulu..minggu ni pakai yg koset plak. yg atas tu tak pakai lagi. kakyang start 1by1 ni sbb takut tak selesa. ye lah, kakyang ni dok bertapa kat ofis sampai malam. nak mengadap benda tu 12 jam sehari tu..

1st day pakai mmg tak selesa giler. nak membuang punya la susah, lepas membuang, nak tarik semula ke atas tu siap meloncat2 dlm tandas. haih...
peh 2,3 hari dah ok la. dah boleh accept kesusahan tu..hari ni pakai koset dia pulak. tak p tandas lgpun sejak td. jap lagi tengoklah apa citer plak.

bila nak pakai yg atas ni? bila? bila pk yg atas akak ni akan makin kedepan, adeh..malu la plak nak pakai. dah la yg biasa pun ala2 doly parten, karang pakai yg tu mau dia nanges sbb akak kalahkan dia. hahaha

Friday, March 11, 2011

Spek baru!

Smalam kakyang baru p ambik spek baru. dah siap awal lagi. dah p ambik pun, tp bila cek tu nampak ada defect skit, so kedai spek tu ganti baru. smalam depa call, jd kakyang ngan abg terus zaz ler p sana. yg kali ni warna merah gelap plak. lebih petak dan lebar dari dulu. dulu punya warna purple kebiruan. bentuk nak oval skit.

cuba tengok mana yg paling sesuaiii?
aih..tak kluar plak gambar ni..buat cara manualah. nah!
dolu
baru

Novel

Dah lama kakyang nak tulis novel sendiri. banyak idea, tp idea tu banyak dtg tengah menggosok bajulah, time nak lelap lah, abih tu bila masa yg boleh nak mengarang betul2. ari tu kakyang dah mengarah skit novel pendek kat blog lama tu..ok la sambutan hangat gak dari kawan2 yg tahu cerita, then dari SA pun dia ckp osam. ok la tu kan...tp nak polish tu susah skit sbb kakyang ni banyak peel hangat2 korek idung jer..apa punya peribahasa daaa...

ni ada lg idea ni, then dpt plak mini notebook dari bos akak ni, rasanya boleh lah buat novel balik kot. time2 nak tido tu boleh la dok layan feeling dlm notebook tu. nak tulis2 tangan sementara nak transfer ke pc ni malas la..tangan dah biasa type jer, dah tak reti nak pegang pencel ni ha..haih banyak sungguh alasan kan..kan. org tua kata nak seribu daya tak nak seribu dalih. haaa kena batang idung skit.

oklah oklah..kali ni nak buat betul2 lah..tp tu la nak dptkan ending tu mcm tak tahu la cam mana? nak tanya encik cari dululah. ada tak panduan terbaik tulis novel ni cammana...anyone nak guide me?

Tuesday, March 8, 2011

Fadhilat Ayat Kursi

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Monday, March 7, 2011

You are spotted!

KakYang dah lama cuba riki. apa cer x-x bf kakyang dolu2. ceeeewaaahhh...x-x la konon..hehehe tak ramai pun, ada ler 2,3 kerat jer. wpun hanya berchentha kejap jer, still consider x la gak kan..hehehe

sorang tu mmg telah la kakyang tau apa cer kan. yg tu mmg giler sampai kakyang pun fobia nak dengar nama dia. tak yah cari dia, mmg dia dok ikut jer mana kakyang pergi. mcm bayang2 pulak. tp as long dia tak kacau kakyang n family ok la kan..

Yg kakyang citer ni, yg sorang lg ni, kakyang namakan S la. kakyang break dulu ngan S tak bersebab pun. yg kakyang tau punca break tu sbb dia marah kakyang ambik balik gambar kakyang yg dah bg pd dia. Mcm mana tak ambik, dah biar berhabuk mcm tu jer..kecik ler ati akak. saja jer kakyang ambik sbb nak tengok dia perasan ke idak gambar tu hilang. rupanya, wpun berabuk jgn disangka tak di sayang. hehehehe

S mengamok sakan bila dpt tau kakyang yg ambil balik gambar tu. then merajuk, putus mcm tu jer..kakyang pun tak de pujuk2.

2,3 tahun lepas, member kakyang update yg S ni dah kawin. sbb dia dpt jemputan. then dari situ ler kakyang terpanggil nak cari dia kat fb. bukan utk apa pun, just nak tahu apa cer? cantik kah isterinya? dah ada anak ker? keje sana lagi ker?

So semua tu terjawab ler sebentar tadi...

conclusionnya..dah kurang encem skit sbb dah montel. rambut pun dah cacak tak mcm dulu wavy skit. keje masih kat tempat yg sama, anak dah 2. bini? tak la cantik sngat...masih tak leh lawan kakyang..e ce ceh...ceit! hehehe

oklah. dah puas hati dah dpt tahu perkembangan. tp takmo add fblah. takmo citer lama diungkit kembali.

tetiba kakyang terpk dgn seriusnya..fb ni kan..banyak reveal personal life kita kat situ ek...kalau yg suci hati tengok info kita mungkin tak de apa2, tp kalau yg tak suci hati tu cemmana?

tetiba. tetiba lagi...hehe
tetiba kakyang rasa mcm nak tutup jer acc fb tu..takut la pulak. cammana? cer citer..

Friday, March 4, 2011

Niat

Kakyang ni suka aktiviti rekreasi. jalan2 tengok tempat org. tp abg tak suka. jd kakyang banyak terperuk kat rumah je lah kalau time cuti tu..

Bila kakyang baca cerita kat blog org pasal backpacking travel, rasa teringin sngat nak buat mcm tu. so la ni kakyang dah dok pasang niat nak buat mcm tu. tp tunggulah anak2 kakyang besar dulu. maybe kalau 2-2 dah sekolah menengah,dan kakyang dah ada kreta sendiri, kakyang start la kot aktiviti tu ngan anak2.

Anak2 ibu, cpt la membesar, boleh teman ibu jenjalan ronda2 Malaysia! :D