Wednesday, January 19, 2011

Jiwa kacau

Awal-awal dulu kakyang pernah cerita pasal kawan kakyang meninggal kan? semalam, tetiba kakyang di imbau kenangan lama.

kenapa? sbb kakyang dapat jemputan kawin dari adik dia. kakyang tak sangka akan dpt jemputan tersebut. terharu, gembira semua ada. rupanya adik dia masih ingat ke kakyang.

sejak hampir 15 tahun yg lalu, tiap2 tahun setiap kali raya kakyang akan layangkan kad kepada keluarga di sana. tak pernah diorang balas balik atau telefon tanya khabar. bila dpt jemputan ni mmg mengejutkan kakyang lah.


Rupanya adik kawan kakyang tu baru nak kawin yer. ingatkan dia dah kawin dan beranak pinak dah. umor dia rasanya dah 30+ tu..jodoh lambat ler tu..ahaks

hati kakyang ni meruntun nak ke sana sbb teringin sangat nak jumpa diorang. tp malangnya kakyang tak dpt hadir nanti.tp apakan daya. abg dah awal2 ckp tak nak pergi. alasannya time tu raya china. hway mesti jem giler. nak pulak di nun selatan sana.

abg tanya jugak siapa tu? kakyang ckp adik angkat jer, kalau dia tahu tu adik kepada kawan lelaki dulu, mau kena hampuk. hehehe

kakyang pos hadiah je lah nanti sebagai pengganti diri. tp nak bg apa yer..?

Tuesday, January 18, 2011

Cerita tak abis!

Adoi..bila masuk blog ni baru kakyang perasan cerita melaka ari tu tak abis ek? ptt ada citer part 2 kan? tak pa..tak pa..kakyang abaikan dulu citer tu. ni kakyang nak cerita sensasi ni...mcm nak meletup dada kakyang ni dok tahan marah staf ofis kakyang ni... grrrr....jd rimau kang!

alkisahnya..2 minggu lepas. bos kakyang dpt tekanan dari bos besaq. hr pun tekan. kononnya, hasil dari kajian diorang buat, ofis kakyang ni dah terlebih staf admin. jd hr dah kluarkan surat mintak nilai semula keperluan staf dan kalau ada lebihan pulangkan utk ditempatkan ke jabatan lain...

so bos kakyang pun buat la penilaian keje semula. yg jd mangsa nak nilai2 semua ni kakyang la as immediate person next to him. dan lg sorang pegawai tadbir tu. tp disebabkan pegawai tadbir tu keje mcm pahat, kakyang yg kena buat semua.

so bila kakyang dah bg bos penilaian dan detail jobscope masing2. mmg nampak jelas dan terang semua tak de keje. ada 1 main scope, tu pun buat lepas tangan. yg dlm kpi tu berkajang2 tulis. tp semua benda yg sama. selama ni kakyang tak penah perhatikan kpi diorang sbb diorang bukan report ke kakyang. so bila dah kena perhatikan ni, kakyang baru nampak apa kpi diorang tu...simple ckp dari 10 kpi tu, 2 je kot yg mmg keje, yg lain tu elebrate details keje 2 tu jer..

so dari situ bos re arranged keje masing2 dan kecikkan bilangan staf kat pentadbiran tu. Hasilnya akan ada 2 org yg tak de keje nak bagi dan akan dikeluarkan la dari unit tu.

kebetulan pulak, dlm jabatan kakyang ni ada 2 bahagian lain yg perlukan kerani. jd bos suruh la 2 org ni masuk ke bahagian2 tu.

mula-mula tu naik 1 nama jer, sbb bahagian A ni keraninya naik pangkat dan kena pindah jabatan lain. Kerani X kena kena ambik keje kerani naik pangkat tu la. wah..melenting bila dpt tau dia nak kena pindah bahagian. pot pet pot pet bising kat belakang. jumpa bos kakyang bgtau tak mau pindah.

Kemudian kluar plak bahagian B mintak pulak sorang kerani utk handle aduan. kerani Y pulak dinamakan.melenting pulak dia sbb katanya org kacau dia. yg ni lagi xtream. terus p serang pegawai tadbir tu tak puas hati.

terjadilah rentetan meeting2 yg entah apa2 sbb tak de solution boleh buat dari meeting2 tu..lastnya sbb kerani xy tu masih kecoh2, meeting pulak ngan bos kakyang kakyang sekali. pung pang pung pang dlm bilik mtg tu. yg paling lantang kerani Y la. time ni kerani x tu diam tak banyak ckp. tp dok cucuk je la kerani Y tu dari belakang. Kerani Y pun makin naik sheikh ler..sampai bos kakyang dan pegawai2 yg terlibat dah malas nak layan tak puas hati dia tu. senyum je la diorang dengar dia dok pung pang pung pang.

lastnya esok tu, diorang tak puas hati gak sbb masih terawang2 lg. tak dpt apa2 kata putus dari bos. mintak kakyang buat mtg ngan bos lg sekali. sbb kakyang pun dah lemas ngan perangai diorang yg terlebih diva tu..kakyang ckp apa yg ptt ngan bos, bos setuju buat mtg. dlm mtg tu bos terang2 assign keje org tu buat apa org ni buat apa. kerani Y kena masuk bahagian A, kerani x kena masuk bahagian B.kiranya terbalik dari cadangan asal la. ptt x masuk bahagian A, y masuk bahagian B.

Dah petang tu kerani x dtg mengaruk tak puas hati ngan kakyang lagi. katanya kenapa lain pulak assignment keje tu? zasss terus kakyang tabuh kerani tu balik. haaa ni la hasil dari tindakan terburu-buru dan tak pikir jauh diorang tu..kenapa masih nak persoaalkan lagi? kan itu yg diorang nak? nak keputusan dari mulut bos besar sendiri kan? haa terima je lah sekarang ni. kenapa nak ada bunyi langau lagi? adehhh penatnya..dah sampai big bos yg buat keputusan pun tak puas hati gak..apa nak jd ni!????

Yg kakyang marah tu sbb diorang asyikla nak mengaruk tak puas hati..dah biasa dgn comfort zone tu bila kena tukar mula la merenjas. abis pegawai2 pun diorang taram. apa nak jd ni...? pegawai buat keputusan. kata pegawai tu berat sebelah. nak dengar dari mulut bos besar. bila bos besar dah bg keputusan, tak jugak nak akur jer. apa kehei ni?

Belajar la berpikiran positif. bila kena pindah tu, cari kebaikan tempat baru. jgn pandang kelemahan. tak kenal maka tak cinta. bila dok tempat lama bising kata tak de perubahan, bosan dan sbgainya. bila kena pindah kenapa bising jugak.

Lg satu sifat cucuk mencucuk tu..apa tu? kenapa nak angin2kan org? kan lebih baik tolong nasihat?

mcm2 hal la..