Thursday, November 24, 2011

Step by step oh baby..

masa tengah pk nak cari tajuk yg sesuai untuk posting2 jom melancong kakyang ni, terpk pulak tajuk di atas tu..tu tajuk lagu new kids on the block NKOTB. kumpulan rap yg femes zaman kakyang remaja dulu..entah wujud lg ke idak tak tahu ler..

terajin lak hari ni nak kakyang nk cari video diorang. cer tengok yg ni. ini thn 2010 diorang dah tua..


ini yg masa depa remaja..



so mana yg lg hensem? masa depa muda ka tua? hahahaha

Wednesday, November 23, 2011

Jom melancong

Insyaallah kalau tak de aral hujung tahun ni kakyang akan melancong obersi. 1st time keluar negara. 1st time niki biluun. hehehe

Kakyang nak kemana tu?..
Akak nak ke korea je dik...dah lama dah akak teringin nak ke situ. sejak menjak terkena tsunami korea ni...bukan akak jer, anak2 akak pun sama terkena korean wave ni..hehehe
tp tak sangka plak cpt pulak tertunai hajat tu. pagi buta sabtu lepas, kak ipar kakyang call, tanya nak ikut dia p korea tak?  mmg dah lama kakyang ckp ngan dia, kalau nak p korea ckp ler, akak nak ngekor..tu yg dia tepon tu..rupanya dia nak lunaskan janji kat anak tunggal dia tu..anak dia dpt no yg cemerlang dlm peperiksaan baru2 ni...tahniah utk anak buah akak tu! dan bertuah makpak kaya ek..hehe

Kak ipar yg plan semua. sbb dia org  berduit, so cari ikut travel agent jer, naik penerbangan MAS. makanya..akak yg tak berduit ni kena la korek tabung skit. huhuhu time korek tabung ni rasa nyesal lak dah janji nak ikut. huhuhu 5 angka tu nak dikeluarkan..almaklumlah belanja utk 3 branak. sabar kakyang..sabar...nak sngat ke sana kan, redho je lah...huhuhu

so hal2 pengankutan, hotel, makan & travel kat sana selesailah sbb pergi ngan agent. So, next step apa?

Eh sebelum tu, pastikan dah ada passport yer, kakyang dah pergi buat semalam ngan anak2. dah selesai dah bab tu..

Camner nak buat passport?
Alah download jer borang kat imi.gov.my dulu, pehtu isi info dlm borang tu, attach 2 gambar passport jer. p ofis depa dan submit je lah. kalau bawak anak bawah umor, bawa sekali sijil lahir/my kid diorang., gambar 2 keping gak, anak pun kena bawa sekali yer sbb nanti nak kena ambik cop jari. lg 1 kakyang nak pesan, bila ambik gambor tu jgn nak sengeh lebar2 nor, diorang tak mau gambar yg macam tu.. :D

Next akak kena cari baju sejuk. Korea tengah musim sejuk sekarang. dengar kata xtream sejuk. hari2 tidor dlm aircond pun tak tahan, nak pula p tempat yg tahap beku..apa la cernya nanti yer...

so kakyang dlm proses meronda2 cari mana jual baju sejuk murah. ada kata p plal store kat jln tar tu. tp dengar kata situ mahal. ada kata p cari kedai winter time. area rumah kakyang tak de kedai ni.. ada yg suruh p cari kat bundle jer. banyak bundle nak kena p jenguk ni..kalau boleh takmo la cari baju sejuk yg mcm michelin tu. cari yg stylish2 la skit kan..tp kedai bundle ada ker?

Semalam, sementara tunggu pasport akak siap, akak ronda2 jap kat komplex tu. ada satu kedai kecik ni jual beg2 dan topi , glove. so dah tau la incase tak jumpa tempat lain, leh pusing p tempat tu. nanti nak cuba tengok kat alam central plak. ada tak kedai2 baju sejuk ni...

nanti kakyang sambung citer apa next step ek..

Tuesday, November 15, 2011

tragedi 11-11-11

Sehari 2 lepas kita telah dikejutkan dengan kemalangan bas persiaran yg membawa pelajar dan trailer pasir xcident kan? actually masa kemalangan tu baru berlaku, kakyang sekeluarga berselisih dengan kemalangan tersebut. kakyang ke arah utara, kemalangan tu disebelah arah selatan. abg yg memandu mmg tak perasan ada kemalangan. kakyang je yang perasan sbb nampak bas dan trailer tu mmg dah melintang di jalan kiri tu.jalan tu mmg gelap sbb tak berlampu. kul 4 pg lebih pulak, mmg tak banyak kenderaan yg lalu time tu.

masa tu tak nampak org ramai pun, dan jln pun tak jem lagi. mmg betul2 baru xcident la tu. kakyang ingat bas dan trailer kosong je kot sbb tak nampak kecoh2 apa pun tepi tu. rupanya nak kecoh mcm mana, sbb masing2 tengah bertarung selamatkan nyawa masing2.

sampailah ada hebahan berita di radio baru kakyang tahu kemalangan tu meragut nyawa. dan kakak ipar kakyang sms bgtau ada kawan dia maut dlm kemalangan tu...

utk keluarga mangsa yang terlibat, kakyang ucapkan takziah. Allah lebih menyayangi mereka. AlFatihah..

Thursday, November 10, 2011

Jom p London

Haih... kaya sngat ka sampai kakyang ajak korang p london ni? heheheheh
dik...akak ni, nak balik kg nun kat utara tu pun berkira2 bercongak2 tau. balik 1x, berkali2 pk nak  balik bila pula.sekali balik, plg kurang 1k abis. abis tu takkan la nak semua org sedia kan..? kannnn

tak berkira aih..utk mak pak ngan adik2 kakyang yg sanggup jaga mak abah kakyang yg tak sihat kat kg tu, apa salahnya sesekali balik kg tu, belanja2 la depa apa yg ptt..mana yg rosak tu tlg repairkan, mana yg tak cukup tu tlg cukupkan..haih..bukan topik nak berkira balik kg posting kali ni. ni kakyang nak cerita bab london tu. slalu kelaut topik kakyang kan? kan? kan? hehehe

sebenarnya anak kakyang ni..dok berkira2 nak minta hadiah dia kalau belajar pandai..dialognya mcm ni..

adik: ibu..ibu..kalau adik dpt no 1 kan, kalau sekolah pagi & ptg no 1 la, adik nak hadiah p london boleh tak?
ibu: hah! adik tau tak kalau nak p london tu brapa ringgit?
adik: mahal ke ibu? 1 ribu ker? (sambil mata dia terkebil2 mcm tengah congak 1 ribu tu dah banyak sangat tak)
ibu: adik tau tak, tiket nak p london utk sorang jer pun dah 3,4 ribu tau...kalau 4 org adik kira la, tak masuk hotel semua lagi (haih...jawapan maknya pun cukup comlikated dah..)
adik: tak pe la, ibu hantar adik pergi sorang cukup la...

kelu kakyang bila berckp ngan anak sorang ni..ada jer jawapan bernas dia. huhuhu

Thursday, November 3, 2011

Bulgogi

ingat tak hari tu kakyang cerita teringin nak makan bulgogi kan? kakyang dah buat kat rumah jer...hehehe
kebetulan pulak weekend tu kakyang pergi pasar, beli daging batang pinang sekilo terus! mahal weh daging sekarang...beli daging jer, dah abis separuh budget pasar hari tu. leh beli ikan sayur skit2 jer. tu pun sbb tak beli ayam. slalunya kalau kakyang ke pasar, ayam, daging, ikan, udang tu wajib beli. since barang dah mahal2 je ni, beli mana yg cukup ngan budget je la, minta lebih kang abg jeling. tak suka bila abg dah  menjeling. kenyit2 mata takper...hehehe

ok. camner kakyang masak bulgogi kat rumah? camner resepi bulgogi tu?
alah..tanya jer encek goolge tu, tahu ler dia menjawab. tp kakyang ambik yg simple2 jer..resepinya gini.

daging, potong nipis2 ikut saiz kita suka.
kicap cair-kakyang guna kicap pekat masin jer. tu jer yg ada kat rumah. hehehe
lada sulah
garam
gula
bawang putih-tumbuk halus
saseme oil-minyak bijan
daun bawang-potong panjang 1 inch
bijan-ikut suka. kakyang suka rasa bijan hangus bila grill tu
cuka- ganti mirin (sweet sake jepun).

caranya: perap semua tu dgn daging td dlm sejam 2, peh tu bila nak makan, grill atas pan panas.

sambil menggril tu juga terus masuk dlm mulut. peh tu ofer kat anak2 kakyang. ngan muka pelik diorang tanya. sedap ke ibu? kakyang mesti la ckp sedap kan..sedap..mcm kita makan kat restoren tu dulu...paksa diorang rasa skit, terus minta lagi. hehhehehe

cuba la korang buat kat rumah. mesti berselera kalau kena ngan nasi panas dan cicah ngan air asam juga..hehehe

mission imposible

sejak akhir2 ni banyak memori2 kenakalan kakyang masa kecik2 dan remaja dulu menjelma di minda. ewah... ayat sastera la skit..ekekeke

betul. ada 2,3 perkara nakal aka jahat yg kembali berlegar2 dlm memori kakyang ni. jahat tu bahasa kasaq la kan, tp tak jahat mana pun..tak la sampai buat benda yg bukan2. since kakyang ni perempuan baik, bg kakyang benda kecik mcm tu pun kira jahat la..hihihi malu aih nak mengaku baik. hahahaha baik ler konon...HAHAHAHA  ha ko, gelak besar kau.

bila dok ingat balik benda2 mcm ni, gigil rasa badan kakyang ni... kecut perut bila dok bayang mati ngan bawak dosa2 mcm tu..dok terbayang apa azab jika buat dosa2 mcm tu, lg la kecut perut kakyang ni..aih aku ni dah nak mati ka?

apa dosa kakyang tu?
hutang org. terhutang sebenarnya. kebetulan plak lepas buat hutang, kakyang kena vss ngan sykt lama tu. so terlupa jap pasal hutang tu. bila nampak barang, baru teringat balik. 1 dah selesai minggu lepas. tu pun selepas bertahun kakyang mencari contact no org tu..sib baik ler ada teknologi FB ni. dpt juga contact org tu. orgnya seorang ustaz terkenal. ada fb ko..kellas gitu. hihihi ustaz pun kena ikut peredaran juga ye dok?

1 lg tu mmg dah jumpa orgnya, tp sbb kakyang berniat nak p bayar kaat org tu personally. so dok tertangguh lg la.

dan yg lg 1, hutang kemaafan ngan seseorang. ada benda tak baik kakyang dah buat ngan org tu. yg berdosa gak la. kecik ke besar ke dosa tu, dosa tetap dosa kan...dah lama gak kakyang cari org tu. since terbit keinsafan pada diri ni..ewah. hehe
alhamdulillah..sbb teknologi sekarang dgn adanya FB..kakyang manage jumpa balik kakak tu. tu pun puas tanya org tu org ni. memula tu tak ingat nama kakak dia. tudia, tanda lama sngat dah la peristiwa tu kan, puas msg kawan2 yg mungkin kenal kakak tu kat fb, crita itu ini, lastnya dpt tahu nama dan dpt tahu apa fb kakak tu...

terus kakyang kuatkan semangat, msg org tu kenalkan diri, bg klu skit2. org tu tak ingat siapa akak. dia mintak klu lain. kena la bg klu yg kaw2 punya pasal incidence tu...alhamdulillah. org tu ingat kakyang. apa yg dia bgtau ciri2 figure kakyang tu betul. dan teruslah kakyang minta maaf atas kekilafan kakyang dulu. dan alhamdulillah..org tu dah maafkan kakyang pun. dia kata dia tak ingat pun crita tu, tp apapun, dia maafkan.  dan dia bersyukur kerana allah bg hidayah kepada kakyang..
terharu seh dengar org ckp mcm tu kat kakyang..huhuhu

syukur alhamdulillah..Allah permudahkan segala niat baik kakyang. semoga kakyang terus dpt memperbaiki diri...amin.