Tuesday, November 30, 2010

End of November

lg sebulan dah masuk tahun baru kan. azam thn ni dah tertunai ker? hehehe Kakyang tak penah ada azam betul2 pun. hari2 dilalui ikut naik turun bulan jer. nak merancang jauh2 tak de ler..kdg2 teringin gak nak ada kayu ukuran mcm tu, tp semuanya mcm hangat2 tut ayam jer, malaslah kakyang

Apa pun, hidup mesti ada target. wpun tak di tetapkan tempohmasa, tp sekurangnya mesti ada perancangan. kira azam yg tak de timeframe la tu..hehehe

Hari ni kakyang keje halfday jer, karang nak p sign S&P rumah. dup dap gak la rasanya. nak komit hutang sampai pencen dik oiii..takut gak. harap2 tuhan akan terus permudahkan rezeki kakyang dan abg utk bayar duit rumah bulan2 nanti.

Sebelum terlupa. kakyang nak bersyukur banyak2 kehadrat ilahi atas limpahan rezeki dariNya lately.. harap2 kakyang dan abg tak alpa dengan sedikit kelapangan yg diberikan olehnya. insyaallah..

Tuesday, November 23, 2010

Hujan..

Dah sejam hujan turun kat ofis kakyang ni. slalu kalau hujan lama2 mcm ni mmg banjir la. tp kali ni tak pulak. Bila dah sejuk2 dan tak de gangguan bos mcm ni, sempat la nak layan feeling di kala hujan. Hujan yg turun bagaikan airmata...cewah layan lagu sudirman best gak kan...

Kakyang teringat zaman kanak2 dulu. kalau time hujan lebat mcm ni slalu main pondok2 ngan sibling kakyang. samada bawah meja atau kerusi makan dibaringkan dan serkup ngan kain batik mak. so bawah tu dah jd mcm khemah la. so nanti main la pondok2 ngan yg adik bradik lain...

lg satu kegemaran kakyang dolu2 suka basuh pinggan time hujan lebat. almaklumlah dok rumah kg, mana ada pili semua tu kan, so bila time hujan lebat ni dpt la 'pili' segera. ala..penyambung atap tu kan, bila air hujan turun dari situ, jd mcm pili besar. hulur la pinggan yg dah bersabun kat air tu..woo.. mmg seronok la main air..

Kdg2 musim hujan boleh jd bah. banjir sekampung. time ni pun ambik kesempatan la jugak nak meranduk air bah tu. tp kami adik bradik boleh enjoy mcm tu kalau abah tak de jer. abah tak suka tengok anak2 main kotor. nahas ler kalau ternampak dek abah. mmg semua kena libas. mak tak kesah sbb bg mak tu sebagai pengalaman hidup kanak2. selagi tak lebih2, tak memudaratkan dan tak merbahaya mak bg peluang jer. lgpun, dari cerita2 mak pd zaman dia kecik2 dulu pun dia lagi lasak dari kitorang. hehehe

seronok pulak mengimbau zaman kanak2 kan?

Tuesday, November 16, 2010

Tafsirkan mimpiku..

Semput nafas kakyang bila terjaga dari tidor semalam. Mimpi selamatkan diri dari banjir besar. eh tsunami kot. ermm yg mana satu ek?

Dalam mimpi tu kakyang mcm kat satu kg. Kg tu mcm kat lereng bukit. ada la rumah sebijik 2 kat situ. peh tu tetiba dengar riuh rendah dari sebelah bukit sana jeritan org ramai suruh selamatkan diri dan mintak tolong. mcm banjir besar tetiba melanda. jeritan tu mcm dlm berita tsunami tu dari jauh dengar bunyi air melimpah bercampur jeritan org.

Yg kakyang ni dah suruh mak kakyang selamatkan diri naik atas salah satu rumah kat situ. anak2 kakyang terkial panjat tangga rumah tu. kakyang tolak2 punggung diorang suruh cepat2 naik atas rumah. nasib baik la rumah tu kat tanah tinggi skit,. alhamdulillah kami selamat bila limpahan air tu sampai ke tempat tu. kalau tak..mmg sah la lemas.

apa tanda mimpi mcm tu yer? smalam kakyang tanya gak encek google tu. ada yg kata kalau banjir besar/air banyak ni tandanya nak dpt rezeki. rezeki mcm mana la tu... ada yg kata mimpi air ni tandanya emosi tak stabil? emm rasanya tak de la tengah tensyenkan apa2. semua aman damai jer. kalau betul nak dpt rezeki. kakyang nak aminnnn banyak2 skit. hehehehe

Ha. alang2 cerita bab mimpi ni kan, ada lg satu mimpi kakyang yg sampai hari ni kakyang ingat.

rasanya 3,4 bulan yg lepas kakyang mimpikan mimpi ni. Dlm mimpi tu, kakyang nampak bintang jatuh ke bumi. peh tu suasana masa tu jd mcm fajar tengah naik. terang dan damai jer..

bila kakyang terjaga, kakyang terus teringat cerita bagaimana suasana ketika kelahiran nabi Muhammad s.a.w. masa tu kakyang terpk. agaknya ada rezeki nak dpt baby baru yg akhlak sebaik nabi kot. mana la tau kan..tp nampaknya tafsiran kakyang tu tak betul sbb sampai hari ni tak de tanda2 hamil pun. huhuhu

Tuesday, November 2, 2010

Jeruk di Ceruk

Minggu lepas abg bawa kakyang n anak2 p makan sup gearbox. Dah lama dia cerita pasal restoren ni. baru minggu lepas berkesempatan bawa. Kebetulan pula kawan baik abg nak celebrate birthday bini dia. Jd kami togeder geder la.

Restoran tu kat Kg Sri Malaysia, ala yg kat sg besi tu. Nama restoran tu D'Ceruk rasanya. Mmg ceruk tul kedai tu, betul2 tepi semak dekat selekoh. sapa yg dok area tu mesti tau restoren ni.

Alkisahnya, masa tengah cari parking tu abg dah melatah. dia kata. Alamak! rasanya mcm kenal jer kereta tu...kakyang dah syak sesuatu. Bila tengok ke arah kereta yg dia maksudkan tu kakyang dah phm maksud dia.

Rupanya xgf abg pun ada kat kedai tu. abg tanya mcm mana? kakyang yg kontrol cun ni pun ckp ler, tegur je lah. tp dlm hati dah merajuk. dah jeruk dah muka kakyang ni.

bukan apa, kakyang tak suka nak jumpa org yg penah sakitkan hati kakyang. dah tu, masa hari kenduri kawin kakyang dulu, dia dtg buat kacau. tu yg sampai sekarang kakyang tak boleh nak maafkan.

Bila masuk kedai tu, mmg betul xgf abg tu tengah makan kat meja lain betul2 depan meja yg kawan abg dah tempah. sib baik dia tak mengadap kami. kalau dia mengadap ka, mau kakyang tenung dia tajam2.hahaha

Abg pulak p salam dia dulu. bawak sekali anak2. kakyang tak salam pun. terus p dok kat meja mkn. lama plak abg dok borak ngan dia. nak kena tido luar abg ni...grrrr....

Lama lepas tu diorang sudah makan. xgf abg dah nak balik dan dtg salam ngan abg betul2 sebelah kakyang. kakyang buat2 tak nampak dan layan anak yg kebetulan masa tu tengah sebok nak sup gearbox tu. sib baik ada anak kakyang masa tu kan...kalau tak tak tau mcm mana kakyang nak react. Kakyang tak tahu la apa perasaan abg. kalau dia nak marah ikut suka dia la. tp sampai hari ni abg tak ckp apa2 pun la pasal tu.

Betul la.. kakyang tak boleh nak tngok muka xgf dia tu. masih teriyang2 lg kecoh yg dia buat dulu tu..geramm jer rasanya.....spoil my mood nak makan sup gearbox jer....haih.