Tuesday, September 28, 2010

Flashback

kakyang bosan ari ni. bos tadak. keje pun kebetulan tadak. tadak yg baru jer..pdhal yg kiv tu melambak2 dlm tray tu. tp malas nak buat. hehehe

Sbb bosan hari ni kakyang baca balik apa yg kakyang pernah post. banyak pulak hutang post kakyang kat situ. 1 pasal jalan2 ramadhan anjuran ben ashari tu. ala... lupa la nak post hal tu. takpelah...dah lepas ramadhan pun. lgpun bila kakyang pk apa nak jamu org, jd mati idea pulak.

Next cerita yg kakyang kata nak cerita dlm post winter sonata tu. pasal bf kakyang meninggal. nak citer ke tak? citer? tak? citer dah lama pun. kulit2 kakyang ni pun dah berkedut pun...citer? tak?

oklah. kakyang citer brief je lah..tak yah detail2 la yer..lgpun dah tua2 ni nak citer cintan cintun sedih2 mcm ni dah tak sesuaii..

citernya..ni citer masa zaman2 sekolah dulu la. masa kakyang dok ngaji kat kuantan. kat poli. so kakyang kenal si KA ni masa kat sana la. dia adik angkat member kepada member kakyang. so group KA ngan group study kakyang ni slalu outing togeder2 gitu. endup kakyang ngan KA jd closed. closed2 gitu je la tak de la lebih2 lagi..tp member2 kakyang mmg perasan la keakraban kitorang ni lain skit.. so mmg jd mangsa usik kawan2 la. kakyang plak masatu malu-malu kucing.. :P

Then masa sem 3, kakyang kena kluar kampus utk buat LI, KA stay at campus lg sbb dia baru sem2. Jd kitorang calling2 dan jumpa sesekali je la. zaman tu mana ada hp2 ni dek nonn...

Semester 4, kakyang masuk semula kampus, dan KA patut kluar kampus utk LI pula. terkejut kakyang bila jumpa KA masa pendaftaran kat kampus pg tu. rupanya dia repeat semester sbb ada paper tak lulus. mmg teruk la KA kena leter ngan kakyang. KA senyum jer dengar kakyang bebel.

So 2,3 hari lepas tu KA ajak kakyang n the group outing. since class pun tak start lagi kitorang setuju jer. tp end up hari sabtu tu tinggal kakyang ngan dia jer sbb yg lain2 tak jd nak ikut pulak. Bila tinggal 2 jer, panjang la langkah kitorang. sampai ke chukai trengganu kami meronda. Time tu la KA luahkan hati pd kakyang...maklumlah sebelum tu dah ada suka..bila dia pun dah bersuara,...apa lagi..bercanda di tepian pantai la kitorang hari tu..tiap2 pantai kami singgah. bercerita mcm-macam. maklumlah cinta baru berputik...eiii gediknya.

dari pagi sampai ke petang kami meronda. kul 6 ptg baru KA antar kakyang balik asrama. esoknya tu kakyang melepak la kat bilik member kakyang. bercerita pasal ronda2 semalam tu. dlm dok bercerita tu, ada org dtg ketuk pintu bilik cari kakak angkat KA yg sebilik dgn member kakyang tadi. Since kakak angkatnya tak de, dan kami nampak muka budak tu pun cemas semacam jer, member kakyang pun tanya la kenapa? ada masalah ker? Adik tu pun pandang kakyang. dlm serba salah dia bgtau KA dah meninggal...

Bagai nak pengsan kakyang time tu..mana nak percaya, baru semalam dok meronda ngan kakyang seharian, hari ni plak dpt berita dah meninggal. kakyang kata adik tu tipu. adik tu kata, kalau tak percaya tepon rumah dia. dia cari kakak angkat KA pun sbb nak suruh sampaikan berita ni pd kakyang jer. Tak sangka plak kakyang mmg dah ada kat situ.

Apa lagi..bedezup la kakyang lari balik ke bilik bilik kakyang kat blok lain. dah tu tingkat 5 plak. masa tu tak terasa pun yg bilik tu tinggi. kejap jer dah sampai bilik, ambik buku phone, terus turun bawah semula tepon dari publicphone.

Adik KA yg angkat. adik dia mmg dah kenal kakyang. kenal nama je la. dlm tercungap dan gigil tu kakyang tanya adik dia betul ke berita yg kakyang terima tu?
"betul kak..abg dah takde.. mak ngan babah dah ke hospital utk tuntut.."
"su..jgn tipu akak su...baru semalam abg jumpa akak.." kakyang masih tak percaya.
"kak.." su adik KA dah start nangis sama. terus terlepas ganggang telefon tu..terasa lantai asrama tu mcm jongkang jongkit jer..terus kakyang terduduk. over ek..

Rupanya, lepas antar kakyang ke asrama, KA kluar semula dengan kawan2 serumah dia ke TC. on the way balik tu, KA yang drive dan cuba potong kenderaan lain kat depan. time tu la terbabas dan langgar pokok. dengar kata kereta tu total lost, sorang member sebelah KA turut meninggal, 2 lg cedera parah dan salah sorang meninggal 2,3 hari selepas tu..berita ni mmg menggemparkan kampus la. sbb ramai tau kakyang ngan dia closed, so banyak ucapan takziah yg kakyang terima. Sorang member rapat dia dtg bercerita ngan kakyang kenapa dia repeat semester. Rupanya sbb kakyang. Kalau dia keluar utk LI sure tak dpt jumpa kakyang sbb lepas dia masuk campus semula, kakyang dah grad time tu. sbb itu dia sengaja fail beberapa subject semata2 nak make sure dpt jumpa kakyang lg...

tp tu lah..jumpa pun seminggu jelah, lepas tu dia dah pergi buat selamanya...

mcm citer rekaan je kan..tp tu la pengalaman yg kakyang alami sendiri..dah 15 thn citer tu..tp masih segar dlm ingatan..apa pun Al-Fatihah utk KA. semoga rohnya aman di sisiNya..

jgn pening jgn runsing..

Monday, September 27, 2010

Open House

nampak gayanya tahun ni kakyang beraya sakan. ni buat open house pulak. tp masalanya bukan open house makan2 tu pun...

open house yg kakyang maksudkan adalah open the house. rumah pusaka mertua yg kakyang dok tu tengah buat minor repair skit. minor2 pun dah jd major gak la sbb telopong abis semua tingkap dan pintu kat tingkat atas tu. bolos abis. memula nampak simple. tp agaknya sbb org tu baru belajar buat renovation kot. jd major plak. 2 pintu bilik dibesarkannya lagi. dia kata standard size. rupanya haaa ko...tu la tak ukor dulu sblum tempah..kan dah kena pecah lagi. jgn dia charge lebih dah ler..

tu baru bab atas, tak masuk bab bawah lagi...haih. nampaknya akan berbulan 'open house' rumah kakyang ni....harap2 dpt siap cpt. tak sanggup nak dok rumah berdebu ni. dah la kakyang tengah batuk teruk ni..jgn anak2 kakyang kena semput dek debu2 simen tu dah laaa...

Wednesday, September 22, 2010

Tolong! Tolong!

Ofis terbakar panggei bomba..
Bomba datang berlumba-lumba...

Tu je yang kakyang tau..apa sambungannya, cam ner mulanya idak ler kakyang tahu. dari kecik kakyang tahu 2 baris tu jer.. :P

apa cerita tolong! tolong! ngan lagu bomba-bomba nie?...Alkisahnya..tanggal 7 sept yg lepas tu...hari last kakyang keje sebelum start cuti raya la..ofis kakyang terbakar!

Haaaa kelam kabut semua org. awal2 pg lg dah ada sorang oficer cari bos kakyang. katanya ada nampak spark disusuli blackout kat salah satu bahagian di ofis kakyang ni..

masa tu plak bos kakyang tengah meeting kat level atas tu. tak sampai beberapa saat, dah dengar benda meletup dari level atas tu. kelam kabut la semua staf. kakyang naik tengok. rupanya ada kebakaran kat bilik server. bos dah ada situ sbb bilik mtg tu sebelah jer..bila tengok diorang kelam kabut cuba padamkan api ngan pemadam gas tu, kakyang turun bawah semula untuk ambik lagi pemadam dari tempat lain sbb tak cukup. tak sempat kakyang naik semula. KEDEBOMMMM! lagi sekali meletop kuat. tekejut kakyang!. terus kakyang terbayang bos, dan sorang 2 staf yg dok tolong tadi mesti terpelanting ker..terbakar ker..injured ker...dah tu staf lain yg dok tengok ramai2 td semua lari lintang pukang. lagi la menakutkan kakyang. takut imaginasi kakyang tu betul2 jadi. nauzubillah...

Tp alhamdulillah semua selamat. bila nampak staf yg td dok sembur alat pemadam tu selamber jalan sambil tersengeh...baru lega hati kakyang ni. Lepas tu terus la ikut prosedur kebakaran..kami semua berkumpul kat luar. bomba dah panggil, pej keselamatan pun dah datang. tp yg kelakarnya, sbb bangunan ofis kakyang ni bangunan lama, bomba tak dpt masuk. dari mana arah pun tak sampai betul2 ke ofis kakyang. nasib baik la tempat kebakaran tu mmg dah tersedia dengan alat cegah kebakaran yg special, jd tak la merebak ke tempat lain.

Akibat dari kebakaran yg nampak kecil tu, lumpuh la satu syarikat kakyang keje ni...internet down, power supply tadak. Nasib baik ler time tu kebanyakan jabatan lain dah start cuti raya..jd tak la ramai sangat yg nak complain pasal service interuption tu.

sementara menanti bomba ngan pej keselamatan check2 semua tu, dah ramai staf ofis kakyang ni hilang. bukan hilang dlm kebakaran tu..tp hilang dari ofis terus. ada yg dah sampai shoping complex. ada yg dah sampai jln TAR. ada yg sampai rumah!..mak aiii hebat2 ofismate kakyang nih.

tp rugi la..kakyang tak tak terpk nak ambil gambar insiden ni...yg dpt pun yg tah apa2 mcm ni jer...tak boleh jd paparazi lah kakyang ni kan...gambar mcm ni kalau hantar ke media tak laku pun..hehehehe. layan je lah...

Monday, September 20, 2010

Cerita Raya

Raya KakYang tahun ni mmg havoc giler. segalanya havoc. havoc beli perabot. cewah. tambah jer..buang tadak. sampai ipar kakyang ckp: I rasa rumah ni makin kecil atau Kita yg makin membesar?.

Disebabkan mood tengah baik, kakyang jwb sbb i tambah perabot baru.... hahaha. mana taknya, kat depan ruang tamu tu ada 2 kabinet tv dng 2 tivi yg gabak2. almari buku/perhiasan dah jd 3. tambah plak kerusi malas abg lg dok terbongkang tengah rumah dpn tv..haaa tak ke sesak tu. peh tu kat dapur pun ada kichen cabinet baru. ngan almari baru utk kakyang simpan kain2 yg nak dijahit. mmg dah crowded giler lah.

Peh tu on hari raya eve havoc ngan gaduh pulak. Abg marah kakyang sbb ambik masa lama masa p beli songkok raya. laa..mana la kakyang tau dia nak cepat. bgla tau awal2. Pompuan, bila dah sampai shoping complex tu, dari dlm list nak beli 1 barang jer, mesti la jd 5,6 barang. tu pun tak sampai 15 minit pun. hp kakyang dah menjerit2 ngan panggilan dia marah2 kenapa lambat sngat. bila kakyang kata nak beli tudung raya kakyang pulak. terus la abg melenting. haih..beli tudung pun kena marah? tak phm sungguh. bila dah masuk kereta, abg bg soalan cepumas plak, abis ke duit selambak dia bg td. selambak ko..propa sungguh. sbb kakyang pun tengah panas kena marah tak tentu pasal, kakyang terus ckp abis. tengah sakit hati ler katakan...apa lagi, bagai lumur taik lembu ke mayat..marak lagi la api marah abg tu...terkedu anak2 time tu. geram tau. kalau kata dah berjam dia tunggu tu kakyang tau la salah kakyang..ni 1/2 jam pun tak sampai bang oiii..sabor2 la skikit...ajak ikut tak mau..bila menunggu mmg ler terasa lama...haih....

tp mmg tiap2 tahun time raya abg akan jd mcm tu..kakyang dah phm dah. ye lah dia kan anak yatim piatu, nak pulak dah 2 thn berturut-turut raya dengan kehilangan ahli keluarga yg lain pulak. abg jd over sensitip la..

sib baik ler esoknya pg raya dah berdamai..hehehehe

Hari raya pertama tu mmg havoc rumah pusaka yg kakyang dok tu dengan ipar duai. anak2 buah yg berbelas org tu semua speaker masing2 mmg max volume. mcm nak pecah rumah. ptg raya semua dah bertolak balik kg abg utk kecohkan rumah sana pulak. kakyang dok kg abg sampai raya ke3. then start balik kg kakyang kat utara nun pulak.

alhamdulillah sepanjang perjalanan pergi dan balik kg kakyang semua jln clear...alhamdulillah..agaknya berkat doa dipermudahkan perjalanan sebelum bertolak kot.

Tp raya kat kg kakyang havoc lain pulak. Bingit telinga kakyang. Mak abah kakyang bergaduh. masing2 sensitip tak boleh tersalah ckp. anak2 nak bawak mak p beraya rumah adikbradik mak. abah bergurau kasar ckp mak tu kalau nak berjalan.. sihat jer. terus mak sensitip merajuk tak mau p mana2. abis semua plan kami adik bradik. orang ni pujuk mak tak jalan, org tu pujuk pun mak tak jalan. end up, kami semua dok lepak rumah jer..dah..adik ipar kakyang tersentap ngan laki dia pulak..dpt bini kaki jalan tak bleh dok diam, bila tak kemana2 time raya mcm tu, merajuk la pulak...adeiiiiih....nasib ko la adik.... adik yg lagi sorang plak sentap ngan laki dia pulak sbb kata tak mengemas barang/kain baju. cam ner nak mengemas, anak tu merengek jer tak mau kat org lain, dok ler melekat kat mak dia tu . nak buat keje lain pun susah...nasib korang la adik2 oiii...kakak ko ni dah lepas zaman anak2 kecik tu...hehehehe.

Nasib baik dan alhamdulillah ler abg mood baik kat sana. kalau tak mmg havoc betul2 la satu keluarga cuti raya ari tu.

Sebelum balik tu kami sempat ke Padang Besar. shoping sakan sampai tak muat mpv adik kakyang tu. kakyang siap borong orkid ko...sampai kena tumpangkan adik ipar tu utk bawak balik ke KL. hehehe

Gambar sekitar cuti raya...

Monday, September 6, 2010

Laman sesawang

Naik sawang blog KakYang ni yer...almaklumlah posa...jari pun tak larat nak ketuk keyboard. percaya ka alasan tu? hehehe

Sebenornyer..kakyang sibok bebenor...alasan jer tu jugak. hehehe

Bulan posa ni masa kerja dipendekkan, jd kakyang have to rushing in everything. yg dirumah pun rushing, yg keje pun rushing..penat betul. Dekat2 nak raya ni lg la kakyang penat. rumah nak kena kemas sbb tahun ni giliran beraya di rumah kakyang. Bila inherit rumah pusaka mertua..balasannya kena la jadi tuan rumah 2thn sekali.

harap2 sempat ler kakyang kemas betul2 sebelum raya kan..

Kakyang nak cerita seram. cerita maid ipar kakyang kena rasuk. er..kena rasuk ker? kena ganggu hantu kot.

Ceritanya gini. satu hari sebelum nuzul Quran tu, tetiba ipar kakyang sedar maid dia hilang. cari punya cari tak jumpa. lastnya t/hari polis dtg hantar maid dia. ingatkan sbb cubaan lari je la. pas tu esoknya tetiba anak dia tepon bgtau bilik diorang tiba2 terbakar. nasib baik ler tak de apa2 yg lebih buruk jd. tp mmg ipar kakyang pelik mcm mana kebakaran tu boleh mula.

2 hari lepas tu, lg sekali maid dia hilang. lg pelik sbb pintu rumah semua berkunci dari dlm, so mcm mana dia boleh keluar dan kunci dari dalam? pelik kan...

kali ni masuk hari ke3 tak balik lagi. lastnya biras kakyang minta org masjid buatkan bacaan yasin dan solat hajat. baru la tengah mlm tu dia balik. tu pun sbb alarm rumah berbunyi bila maid tu cuba masuk dari luar. dan yg lebih pelik apa tau? . time tu tengah hujan lebat, tp maid tu tak basah wpun setitik. huh meremang bila kakyang dengar cerita tu.

esoknya hilang lagi. cari lagi tp tak jumpa. kali ni ada org yg pandai 'tengo'kan kat mana dia. org tu kata maid tu ada dlm rumah lagi. so ipar kakyang cari la. tp tak jumpa juga. pastu baru ternampak siling atas tu terbuka. apa lagi, terus la biras kakyang naik tngok atas siling tu. rupanya dia dok atas tu tertenggek cantik jer atas siling tu tak sedar apa2. Bila tanya mcm mana naik sbb tak de tangga pun kat situ. dia kata ada 2 org lelaki bawa dia naik. dia kata cantik pemandangan kat atas tu...huhuhu cam ner tu?

tu cerita seminggu yg lalu la.sejak hari tu dia tak makan tak minum. Ipar kakyang pasang cd ayat2 AlQuran. dia tutup. pasang. dia tutup lagi. sampai last sekali ipar kakyang naik angin, dia pasang dan letak tepi telinga maid dia masa tengah tidor tu. tau apa respond maid tu? dia marah n tetiba boleh ckp melayu!

"Aku tau lah apa yg kau buat ni!" tu dia ckp.
"Kalau kau tahu, diam. atau kau bangun mop lantai!" marah ipar kakyang. tp sebenarnya dia kata dia takut. tak tunjukkan jer.

maid dia tenung tajam kat dia lepas tu.maid tu org myanmar. tak phm bahasa melayu, tak boleh cakap melayu. tetiba boleh ckp mcm tu..mana tak kecut perut ipar kakyang tu.

So sekarang tengah cari ustaz2 yg pandai benda2 ni. tp kan, biras kakyang ni mcm tak betul pulak. dah tau maid mcm tu, dia masih berani tinggalkan anak2 ngan org tu. Ipar kakyang suruh hantar balik ke agent. dia kata tak sampai hati sbb org tu dtg elok jer, tp jd mcm tu masa kat rumah dia. jd dia kata baik berubat dulu baru antar balik. haih...lebih syg maid dari nyawa anak2. mana tau masa anak2 tu ada kat rumah, maid tu buat yg bukan2?

Nauzubillah...minta2 la diorang sekeluarga dilindungi tuhan....

seram kan...kalau korang, nak biar maid kat rumah lg ker?