Tuesday, August 24, 2010

Memori masak lemak tempoyak daun kayu

Dulu. tempoyak tak masuk list makanan yg KakYang makan. bau pun tak boleh weh..siap tutup2 hidung nak muntah. Sekali bila terkena dengan arwah Yong, terus je peberet..tp tu pun stakat masak lemak tempoyak daun kayu je la, kalau yg lain tu belum mengetes lagi.

Arwah yong masa tu tinggal ngan Chik. Jd satu hari bila kami melawat dia kat sana, std la diajak makan oleh Chik.. Ada sambal bilis, ada ikan goreng. ada sayur masak lemak.

Kakyang mmg jarang tolak bila diajak makan. rezeki ko..tak baik ditolak tolak. hehehheeh..

Dah senduk nasi tu harus la ambik lauk pauk kan, bila sambal kena ngan masak lemak tu mmg ngam lah. kakyang pun puji la Chik sambil tanya masak lemak apa ni? ada petai, ada masam2 skit, ada ikan bilis.

Makcik abg tu pun sengeh2 senyum la sambil suruh makan la dulu. cerita sayur apa, campur apa, masak mcm mana tu kemudian la. Kakyang tak bantah. tengah sedap kan...makan sampai jilat jari la. licin pinggan tu.

Abis makan kakyang tanya lagi masakan tu sbb nak cuba buat nanti. Apa lagi..terus la kakyang kena kutuk ngan Chik n Yong. Hek eleh..ko kata tak makan tempoyak. yg sampai jilat2 jari tu apa. Chik 'pukul' kakyang sambil senyum kambing.

Hok aloh..ada tempoyak ker dlm tu..abih tu kenapa tak de bau pun...rupanya diorang pekena kakyang. hehehe

Tempoyak baru mmg ler tak de bau. masam dan berbau tu kalau dah lama skit..ooo ptt ler...melopong ler mulut kakyang terkena. hehehe

Sejak tu la masak lemak ni jd kegemaran kakyang....hehehe

Mana nak dpt resepinya? bleh try resepi kak hanieliza ni di sini...

Monday, August 23, 2010

Nasi Ulam Utara

Resepi ni adik angkat kakyang masa sekolah dulu bagi. siap dedikated utk kakyang tu...kelakar la dia. trimakasih kiah..susah payah carikan full info. kalau style kakyang senang jer. hampuk jer semua jenis ulam yg boleh, pehtu bahan2 lain tu agak2 ja la. so, ni resepi ikut spek kalau nak cuba. kakyang tak penah buat lagi. sbb tak jumpa daun sekentut kat sini. Camna rupa daun sekentut tu yer..heheheh pandai2 la korang tanya org2 utara. tau la depa nak discribe. kalau tak cukup keturunan utara tu, mmg tak tau la. hahahaha


NASI ULAM UTARA...

Bahan-bahan ( beberapa orang )

* 600 gm nasi yang telah disejukkan
* 40 gm ikan bilis
* 40 gm bawang merah
* 3 helai daun mengkudu
* 3 helai daun kaduk
* 5 helai daun pegaga
* 5 helai daun ulam raja
* 3 helai daun sekentut
* sebatang serai (diracik halus-halus)
* 1 susu besar kerisik (ditumbuk halus)
* 1/2 sudu teh serbuk lada

Cara-cara

1. Bersihkan daun-daun dan hiris halus seperti bunga rampai.
2. masak nasi dan bagi sejuk dulu dan bubuh garam gaulkan.
3. Mayang bawang merah halus-halus.
4. Ambil nasi yang sejuk.
5. Jika ada yang berketul,pecahkan.
6. Gaul nasi dengan daun-daun,serai,serbuk lada,ikan bilis,kerisik dan bawang.
7. Gaul rata-rata supaya ulam tidak melekat.
8. Tambahan: Ulam-ulam boleh ditambah jenisnya.Lebih banyak lebih sedap.

P/S: kalau suka pedas boleh tambah cili api..hiris halus2...resepi ni sgt mudah disediakan..gaul je..selamat mencuba..

Friday, August 20, 2010

Mengasah Minda

Challenge of math

Some people say:
If you are engineer, you can solve this within 3 minutes; If you are architecture, you may need 3 hours; If you are doctor, you may need 6 hours; If you are accountant, you may need 3 months; If you are lawyer, you may not get the answer forever……


Cari jawapan untuk '?'. Aritu kakyang ingat nak jdkan jawapan tu sebagai password utk access private post utk next n3. rupanya dlm blogspot tak boleh ek buat mcm tu ek..silly me.. takpelah..sapa yg dpt tau jawapan tu tulis jer kat komen tu ek..selamat mencuba!

---+----+----+------+------
2 3 4 15 12
---+----+----+------+------
3 4 5 28 20
---+----+----+------+------
4 5 6 45 30
---+----+----+------+------
5 6 7 66 42
---+----+----+------+------
6 7 8 ? 56
---+----+----+------+------

Thursday, August 19, 2010

Dugaan...

Bulan posa ni banyak kena sabar kan. banyak tul dugaan. silap skit naik la hangin tu. Kakyang mmg banyak hangin ni. belehak jer time posa tu..kalau dulu sampai boleh muntah2 bila perut kosong ni. tp sekarang ok dah skit. tak de la teruk sngat.

Kakyang senang naik hangin kalau tengah tadak mood. tak pun kalau kena mengadap sesuatu yg kakyang tak suka nak buat. naknya pagi2 jgn ler ada benda yg mcm ni. kalau ada abis satu hari hangin. mula la semua nak kena mengadap muka hangin kakyang ni.

Pg tadi kakyang naik hangin.. tp kejap jer sbb tak lama lepas tu kakyang dpt gudnews. jd hangin tu tak sempat la nak jd ribut besar mcm kat Jasin ari tu. Kenapa kakyang hangin? kenapa yer...hmmm

Oh.. memula tu pasal dpt email dari pegawai sorang tu. yg mmg terkenal dengan sikap tolak kerjanya. alamak! kurang pahala kakyang hari ni... ;P. dia bgkerja utk kakyang ler wpun kakyang tak report bawah dia. pdhal tu keje dia. Kakyang tak kesah buat keje org ni, tp bila nak bg instruction tu, tolg la berhemah skit. guna bahasa yg lemah lembut cairkan hati kakyang ni skit. dengan relanya kakyang akan buat keje tu. ni tak, dah la bg instruction as order, tambah plak ayat power2 belakang tu..haih! mmg naik angin la kakyang pg td.

Peh tu pg td plak member kakyang dok tanya apa gudnews yg kakyang dpt hari ni. kakyang cerita la. pehtu dia start minta belanja. ok la mmg kakyang promis dia pun. dah tu melarat suruh buat baju utk dia plak. no hal, sbb dia kawan baik kakyang kan. tp tunaikan lah permintaan kakyang dulu. ala bukan susah pun apa yg kakyang minta. kakyang mintak baju contoh dia jer. susah ka nak bagi? dari thn lepas dia suruh kakyang buatkan, tp tak mo bg baju contoh. alasan dia tak cukup baju. nanti nak pakai baju apa. tak ke bongok tu. haaaa kan dah kluar bahasa cantik dari mulut kakyang ni...

Org kaya ckp tak cukup baju? ish apa punya alasan tu. abis tu dia nak bg plak contoh kurung pesak, suruh buat kurung pahang. patern tak sama la woi...lain fesyen lain cara buatnya. kakyang ckp tak mau. nak gantung, bg yg gantung. bg pesak, kakyang buat pesak. dia dok pujuk2 nak gak apa yg dia nak. siap antar smiley sedih la apa la. malas kakyang nak layan dia terus kakyang tak balas2 ym dia dah.

Haih..kasi naik hangin kakyang lg tinggi jer...la ni kakyang ngan member tu mcm tu jer caranya. sebab apa tau..dia nak menang jer. nak ingat dia jer yg betul. selagi kita tak setuju ngan dia, selagi tu la dia nak kata dia betul. tu yg kakyang asyik bertelagah dlm ym ngan dia tu.

tp kan..dlm gaduh2 tu..rupanya dah berbelas tahun kami bersahabat. hehehe

Tuesday, August 17, 2010

Kakyang ambik coti semalam. bukan saja ambik, tp terpaksa ambik. sbb apa? sbb nak potong kain. hehehhe..

KakYang dolu2 ambik upah jahit baju. baju kurung jer yg kakyang confident. baju kebaya or fesyen sendiri buat sendiri pakai jer..org punya tak berani dekk...

Bila Yong sakit, kakyang dah tak ambik upah dah. tp masih ada yg insist nak kakyang jahitkan. kakyang ambik jugak tp bersyarat la. jgn nak cepat. hehehe

time raya mcm ni banyak tempahan. ramai yg masih bertanya. tp ramai yg kakyang tolak. kakyang ambik tempahan dari 2 org jer. tu pun sbb diorang tu mmg regular tempah ngan kakyang. tak kesah berbulan2 tak siap pun diorang diam jer. kalau bising kat belakang tu tak tau la kan..tp kakyang ckp dah siang2 kat depa, kakyang buat lambat.

Since Yong dah takde ni, baru semalam kakyang dpt pegang kain2 depa. tu yg kakyang nekad ambik cuti gak nak ptong biar habis. dah antar jahit tepi. tinggal nak jahit jer. lega...jahit senang jer..nak potong tu yg susah.

Semalam gak kakyang sempat lari p cari baju melayu utk abg n anak2. jenuh la kakyang melilau alam central tu. rasanya lebih dari 10x tawaf kot. nak patah pinggang kakyang ni. kakyang dok banding2 harga. yg budak2 punya plg murah kat butik peace tu. tp butik tu tak de kaler purple yg kakyang target nak thn ni. lastnya jumpa kat the store. murah plak tu, terus rembat. dah jumpa yg anak punya baru p cari abg punya pulak. melilau naik turun keliling lg sekali cari warna yg sama. ada. tp seratus lebih la pulak. mmg tak terbeli la. bazir jer beli yg mahal2 ni, pakainya tak seberapa. peh tu terperap dlm gerobok jer nanti. rugi..rugi...

Lastnya kakyang ambik gak yg kat the store tu. nampak dah dari awal, tp purple lain skit dari baju anak, so kakyang kiv la dulu. lastnya sbb yg lain mahal bebenor, kakyang ambik gak ler yg tu. ada less 50% dpt ler RM60+ ok la tu...

Jd nak matchingkan ngan baju abg, kakyang kena la cari kain utk baju kakyang pulak. kang abg jer warna lain, mau merajuk abg tu. ada 1 thn tu abg merajuk sbb baju dia warna lain. tak sedondon ngan kakyang n anak2. hahahaha

meronda la kakyang berounds lg sekali. tp kali ni dlm nagoya la pulak. huiii rabun mata kakyang ni bila tengok kain2 ..rasa mcm nak beli jer mana yg berkenan tu. tp bila pk kain yg kakyang borong kat jakel tu pun dah bertimbum tak terbuat lg, tak jdlah. tu pun dpt gak 2 helai warna purple utk kakyang.. kalau dah pompuan tu..mmg tak sah ler tak membeli lebih ye dak?. hehe

alamak..baru kakyang teringat, langsir baru kakyang pun purple gak..nampaknya....habis satu rumah purple ko...hahahha

Friday, August 13, 2010

Sonata musim sejuk

Mana ada musim sejuk kat Malaysia cek oii...turun salji kalu..mau kiamat la tu. abih tu kalau citer malaysia nak beromantik mcm winter sonata korea tu cam nor? tak boleh la nak guna title mcm tu kan..tak leh ler nak main2 baling salji...main hujan pon romantik gak kan..nanti jd mcm lagu memori daun pisang? ala lagu dangdut amelina ngan iwan tu...

Meh kakyang cerita bab sonata musim sejuk gedi ni ... sebenornyer kakyang dok ulang tengok cerita winter sonata tu..kat mana kakyang tengok? haaa kat sini. ingat hati nak download, tp cari punya cari tak jumpa yg free, takpalah. online pun online la..tp feeling pun banyak bufer mcm internet bufer la jugak kan...

Cerita ni kakyang start ikut dah separuh jalan. time tu kakyang tak koreandrama crazy lagi...sekali member kakyang suruh tengok citer ni tengah airing kat tivi masa tu. apa lagi..terus la crazy ngan BYJ dan drama korea sampai la ni...hensem kan BYJ tu... :D

La ni kakyang baru masuk episod 3. time diorang masih kat highskool lg. Makwe dia baru dpt tau dia mati xcident. sedihnyer..part ni kakyang lebih2 skit sedih2 nangis2 tu sbb serupa mcm yg kakyang penah alami zaman muda remaja dulu. kalau ada masa nanti kakyang post citer pasal ni yer..

tak sabar plak rasanya nak abiskan 19 episod citer ni..hehhehe

Wednesday, August 11, 2010

Ramalan cuaca

Hari ni pg2 lg dah ada org ributkan hati kakyang. ish kakyang cukup tak suka kalau ada yg suka2 tuding jari kat kakyang ni...blow my air up up stairs sungguh...terbakar jer kakyang ni. nak plak time2 posa ni kan...mmg hangin sungguh la.

Dah la kakyang ni buat carity work utk depa tanpa diminta2 pun. last2 depa tuding jari kat kakyang balik. ish nak kena sungguh nih...

sabaq kakyang oii sabaq..hmm kena la pujuk diri sendiri ya dak? kalau tak sesia jer posa kakyang hari ni... :D

Tuesday, August 10, 2010

OMG!...

sejak kakyang 1st time dengar lagu ni, terus kakyang jatuh chenta. lagu dia mmg menarik. korang mesti dah penah dengar yg usher version kan..meh dengar piano punya version..tangkap leleh uuu..

Monday, August 9, 2010

Wanginyer...

Sabtu semalam kakyang dpt surprise!... mmg kakyang betul2 SURPRISE!...nak tau surprise tu dari siapa? surprise tu datangnya dari pokok orkid kakyang..hehe ado ado jer kakyang ni ek..
Tp mmg teruja uuu... 3x kakyang cuba bela orkid ni..2x fail, mati, kiok. innalillah. kali ni baru ler menjadi...tu pun sbb kakyang dah kidnap 1/2 pasu dari rumah mak. kakyang dah gelabah jugak bila tengok pokok tu mcm tak mo hidup jer..

tp bila pg sabtu tu mcm biasa lepas hai hai bye bye abg pegi keje, kakyang akan tengok apa yg patut ngan pokok2 kat laman. sekali bila pergi ke section orkid tu, kakyang dah terpandang benda warna purple cantik jer gayut kat pasu orkid kakyang tu..apa lagi senyum sampai ke telinga la bila kakyang nampak orkid cattleya kakyang tu dah berbunga. apa nama spesifik dia tak tau la yer..kakyang ni fail bab2 ni, tau jenis dia catt jer..hehehe

meh..cuci mata ngan Ms Catt yg manis dan wangi ni..
Oh ya..kakyang nak update cerita cari rumah. Kakyang p tengok rumah baru launching kat puncak alam semalam. namanya Aquila..indah...seindah nama dan harganya. kakyang mmg dah berkenan sesangat dah..lokasi strategik. dekat jln besar, dekat town baru nanti. dekat UITM Puncak Alam..dah kakyang tak kesah nak kena topup duit skit. sbb entitlement loan gomen kakyang tak seberapa kan.. masalahnya abg tak nak ambik sbb dia kata mahal. mmg la mahal bang oii sbb strategic nor rumahnya..rugila pemaju kalau nak bg murah..yg murah2 abg tak nak jugak sbb katanya rumah kecik, tak terjaga, tak strategik lah. abihtu cam nor?

then kami p tengok lagi rumah lain. yg 2nd hand la..besar gak tanahnya, betul2 belakang sekolah. tp view dari luar je la sbb owner/agent tak de. mcm berkenan jugak. tp..masalahnya...kakyang pelik, rumah dah mcm tu bagus, naper owner nak jual ek? dlm rumah dah teruk ker? atau ada tuuuuttt ker?..muskil la pulak...ish..ish..

Friday, August 6, 2010

Diiii Ambang Wati..

tu lagu lama wing la..yang sebenarnya di ambang ramadhan...Bau-bau Ramadhan dah mula 2,3 minggu lepas bagi kakyang. petang2 bila balik ambik anak2. bau makcik2 tengah masak utk dinner menyebabkan kakyang terasa mcm sampai waktu berbuka dah.

Dulu masa kakyang kecik2. Bulan ramadhan ni mmg ditunggu2 la. sbb tau lepas posa mesti raya kan? raya maksudnya dpt baju baru! dapat duit raya! bleh jln2 balik kg mak! tulah pengertian bg kakyang masa kanak2 dulu. makin membesar dan makin tua ni, maknanya tanggungjawabla pulak. 1-pd agama, 2- pd keluarga terutama anak2.

Masa kecik2 dulu kalau bangun makan sok, mak yg kejutkan. kul 4.30pg kami sok. Sok tu maknanya sahur la. nasi panas2 lg..mesti ada telur masin. Mak kakyang mesti masak baru. tak de yg lebihan buka puasa. jd bila nak makan tu mmg berpeluh2 la panas dlm dingin subuh tu..kejap jer mata jd segar sbb kena wap2 masakan panas tu. hehehe

Sebelum makan, mak akan bacakan niat berpuasa dulu. kami adikbradik ikut baca niat ngan mak.

Sebelah petang pula mmg wajib tolong mak siapkan makanan utk berbuka. Mak masak sendiri. zaman tu mana ada gerai2 ramadhan ni..peh tu nanti agih2kan kat jiran2. jiran2 plak balas ngan menu masing2. end up, masa nak berbuka tu mau 5,6 menu tambah atas meja tu. Dah boleh berbuka, nanti pusing la pinggan makanan tu pakat rasa sorang sikit. Yelah, keluarga kakyang ni serba serbi makan. jd semua nak merasa la.

Menu yg paling kakyang suka bila bulan ramadhan dulu2 ni adalah nasi ulam. nasi ulam tak sama mcm nasi kerabu. . nantilah bebila kakyang free, kakyang tuliskan mcm mana nak buat nasi ulam utara. sedap....teringat nasi kerabu mak yg dah bertahun kakyang tak rasa.

Masa bujang, ramadhan kakyang simple jer, sahur dah tentu tak, kalau niat bersahur pun mkn tengah mlm ngan bf jer. berbuka belum tentu kat gerai, entah2 kat pejabat jer sbb kakyang kerja shif. time off jer la dpt berbuka ngan bf kat gerai.masa tu bujang, menyewa plak...jd ikut suka la mana yg dan.

Bila dah kawin ngan salah satu bf terpilih tu..cewah...nak bgtau banyak bf la tu kan...hahahah perasan. yg satu tu abg jer, yg lain tu banyak teman tp mesreeee sbb diorang tau kakyang dah ada bf, jd tak de la nak tackle lebih2. kalau abg tau ni..mampos kakyang...opppss..opppsss...dah lari cerita nih..

So, bila dah kawin ngan abg,1st ramadhan lepas kawin tu mmg trill la bg kakyang. bab memasak tu tak de masalah sngat, sbb kakyang bergilir2 masak ngan arwah yong. tp selalunya arwah yang banyak memasak sbb dia bangun lg awal dari kakyang. masa awal2 berpuasa tu mmg bersahur la, tp bila dah 2,3 hari bersahur, masing2 mula malas nak bangun sahur, lastnya yong pun dah malas nak masak sbb tak de sesiapa nak makan. jd lama2 aktiviti sahur tu mmg takde dlm rumah kitorang.

abg mmg tak bersahur. kakyang tak suka bersahur, sebab malas nak layan perut yg tak selesa subuh2 dah sumbat makanan. adik ipar kakyang pun mcm abg dia jugak. dpt minum jer pun jdlah. yong pun sama. bg dia sahur ngan kurma dah cukup. mcm tu lah sampai anak2 kakyang dah berlatih berpuasa.

bila anak2 kakyang dah berlatih berpuasa nilah baru kami bersahur semula. tu pun sbb kakyang tak mo anak2 kakyang lapar bila kat sekolah. mula2 diorang belajar puasa tu kakyang masak makanan berat2, tp budak kan, tengah mamai2 tu kena bangun makan, mana ler diorang lalu nak makan. suruh makan sendiri langsung tak abis sesenduk nasi pun, lastnya kakyang yang suapkan.

Hari-hari seterusnya, kakyang suapkan je lah terus, cepat dan pantas. kejap jer dah boleh masuk tidor balik. tu pun sambil diorang tersandar kat bantal mata pejam, mulut buka bila kakyang dah hulur nasik/makanan ke mulut. hahahaha mcm anak burung. tak kisah la nak oiii janji korang nak puasa.

Berbuka pun jd masalah pd kakyang. sbb kakyang ngan abg keje jauh,mengadap jem lagi. balik rumah hari2 biasa pun dah terbabas waktu magrib. jd anak2 kakyang ni mmg banyak buka puasa ngan ummi yg jaga diorang la..kdg2 kakyang pun sama berbuka kat situ. sibbaikler tu sedara jugak,kalau tak..mau anak2 kakyang berbuka ngn azan isyak tu. kesian anak2 kakyang tu kan..

Jd, adakah ramadhan kali ni semua akan berulang kembali..jawapannya? ya. dah tentu la..tp kali ni kakyang dah ckp ngan abg supaya cuba balik awal. Kakyang pun kena la pejamkan mata dan tolak tepi timbunan2 kerja tu... sekurang-kurangnya dpt berbuka kat rumah ummi bersama2 pun jdlah...nampaknya kena bayar ummi lebih skit bulan ni..kena la berbahasa kan bila org dah berbudi. kalau sempat balik berbuka kat rumah laagiii bagus. tak de la nyusahkan ummi.

Apapun, kakyang mengambil kesempatan ini untuk mohon maaf jika ada ketelanjuran dan salah silap...niat di hati nak menjalankan ibadat puasa tu ngan hati yang tenang dan bertawaduk. semoga allah memberi kelapangan dan meringankan badan gumuks kakyang ni untuk memperbanyakkan amal di bulan yg mulia ini..amin...

Thursday, August 5, 2010

Erti sebuah perkahwinan..

wah..mcm nak cerita best jer...takde mender sebenarnya. Kakyang nak bg link kat sini dan korang baca sendiri lah kat situ. nak elebrate banyak2 pun kakyang tak reti nak berbahasa pujangga ni. Tp apa yg tertulis kat link yg kakyang bg ni mmg sangat2 berbaloi untuk dibaca...cara dia menulis tu ada SX sikit, tp kalau dah kawin ni normal la kan ckp2 gitu, yg penting ambil ilmu dan pengajaran darinya.

Ok meh kita klik kat blog en keretamayat ni..dari situ kakyang nasihatkan korang baca yg trilogi rumahku syurgaku dulu, pehtu rumahku nerakaku, then baru balik semula ke link yg td tu...baru la korang dpt ilmunya...

kakyang nak copypaste skit ayat dari en keretamayat ni...
Sesungguhnya di akhir zaman, hanya dua golongan yang terselamat dari fitnah Dajjal iaitu Lelaki yang banyak habiskan masa di masjid dan Wanita yang banyak habiskan masa di rumah


renung-renungkanlah dan selamat beramal!

Wednesday, August 4, 2010

IQRA'! Bacalah!

[1]Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
[2]Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3]Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
[4]Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
[5]Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
[6]Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
[7]Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
[8](Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
[9]Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -
[10]Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
[11]Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul?
[12]Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
[13]Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
[14]Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
[15]Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka),
[16]Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
[17]Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
[18]Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
[19]Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

Petikan diatas kakyang copy paste dari website ni.. harap2 terjemahan ni betul la yer..kalau ada yg tak kena tu harap inform kakyang semula tau. Kakyang ni cetek ilmu pasal2 ni. tp bila dah tanya encek google, semua serupa jer terjemahan tu.. insyaallah betul.

bila sebut Iqra' ni selalu kakyang teringat anak2 kakyang masa mula2 belajar baca Quran dulu. mmg susah gak la nak mengajar sbb kakyang mengajar cara mengeja. kakyang dulu belajar ngan mak jer..anak2 kakyang pulak belajar sebutan terus. jd bila dengar diorang baca tak kena, kakyang betulkan cara dgn mengeja. diorang jd mcm kompius plak bila kakyang dok sebut baris atas baris bawah bunyi apa. hehehe.

Alhamdulillah..anak2 kakyang dah lepas naik ke AlQuran sekarang. Si adik cepat skit. laju jer bila baca yasin masa tahlil mak yong diorang ari tu. tp Si along masih merangkak rangkak. Lgpun along tu ada masalah sebutan skit, sbb dia ada masalah ngan anak tekak. Jd kakyang tak salahkan dia bila dia lambat skit membaca...

Anak2 kakyang mmg suka membaca. Agaknya ikut perangai kakyang kot. Kakyang masa sekolah dulu librarian. Mmg heaven gilalah library sekolah kakyang dulu. besar, beribu2 buku ada. bila tiap2 kali cikgu beli buku baru, terutama novel, mmg jd tugas kakyang la nak kena baca, buat summary dan rekemen kat cikgu ptt beli ke tak..sanggup sampai ke malam kakyang sengsorang kat library tu sbb nak baca novel2 tu. usiklah ada hantu ker.ada jembalang ker kat situ idaknyer kakyang peduli..janji dpt baca semua2 tu..heheheh crazy!

Jd kakyang suka la bila anak2 kakyang minat membaca. terutama si adik tu. dia suka buku2 yg berkaitan benda2 pelik, cerita2 mcm xfile tu. jd kakyang banyak koleksi buku2 mcm tu. Dulu kakyang belikan diorang majalah mastika jer..tp since topik2 majalah makin kureng menarik dan topik2 yg makin xxx. kakyang dah tak beli dah. kalau ada xpo atau pameran buku, mmg kakyang akan heret anak2 kakyang sama ke sana utk beli buku. habis banyak takpe asal anak2 kakyang nak membaca. tp tak la semua yg diorang nak tu kakyang belikan. kakyang beli yg boleh jdkan ilmu dan ada pengajaran pd diorang jer..kalau stakat bacaan kosong, maaf ler..guling2 atas lantai pun takkan kakyang belikan.. kat rumah kakyang tu tak penah jejak majalah hiburan. komik takpa.

Nak tau sekarang kakyang tengah baca buku apa? haa..ni la...
yang buku yakjuj makjuj tu si adik la yg mintak sngat kakyang belikan. dia tak abis baca lagi sbb buku tu complicated skit. dia baca skit ari tu. baca sebaris, tanya kakyang apa makna perkataan yg dia tak paham. peh tu baca lg skit. tanya. last2 dia letak, ambik buku lain. la ni kakyang la pulak yg dok baca pelan2 sbb dok nak phmkan asal usul yakjuj makjuj tu...pening gak.

ni pula buku yg kakyang dpt dari contest kat blog kak jie ari tu..(mekacih kak jie.. :)..ala yg kakyang citer ari tu la...baru baca skit. dok gilir2 ngan buku atas tu. jemu yg ni baca yg itu, jemu yg itu, baca yg ni..baca pun sblum tidor atau dlm kereta time mengadap jem federel hway...abg drive sorang2. kakyang baca buku. tak pun kakyang usha apa org dlm kereta sebelah tengah buat..tak pun kakyang buat taik mata. hahahhaha

Monday, August 2, 2010

PGL

td kakyang dok tengok2 youtube.. tetiba kakyang terjumpa clip ni yg mmg jd feberet kakyang..layan..


"jika patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda kembali"..ish kalaulah MNasir yg ckp mcm ni kat kakyang, mau kakyang pengsan kot. hahahha


"dari daulat dan kuasa
dari sultan mahmud melaka
mmg raja tetap raja
hanya niat dah jadi nyata
bagai intan dan permata
bagai pinang dipelah dua
puteri jawa junjung beta
bagai bulan jatuh ke riba.."

House Review

Sabtu smalam kakyang p tengok rumah. 3 buah sekali dgn 1 agent. Area yg sama gak tp lain2 lorong dan lain2 saiz.

1st agent tu bawak tengok rumah yg 40x50. semiD kluster. dekat ngan surau.cantik dah rumah org tu buat. tp ada bekas anai2 la pulak.. problem tu.

2nd tengok pulak yg 50x50 tu. besau tanah dia. tp buildup rumah kecik..bg kakyang ok la ngan price yg dia bg kan sbb tanahnya besar. depan rumah ada padang. Bagus tuk anak2 kakyang. ada tempat utk diorang main bola. tp bumbung bocor la pulak.... nak kena repair la pulak kalau jd beli.

then agent tu bawak p tengok rumah 2storey link plak. rumah tengah. ok la luas std, 20x70. yg ni pun cantik gak. kakyang berkenan sbb dia makin dekat jln besar. Lantai dia pun marble, condition cantik. cuma lantai bilik la jenis parkey. ish tak tau la kakyang ejaannya mcm mana. tau sebut ja. heheh

dekat UiTM. chances utk org nak sewa besar. murah banyak dari 2 yg atas tu. Bila tanya abg, dia plak tak tau nak ckp apa. alasan, takde xperience beli rumah. mmg la bang oii, kita mana penah beli rumah pun..ni ler 1st time berhajatnya. bg je la review dari segi suka yg mana. suka design rumah ker, suka tanah kecik besar ker, suka lokasi ker..lasstnya kami mintak tenpoh ngan agent lah. ada rezeki dia kami call semula.

Then otw kluar dari area situ, kami singgah tengok rumah kat SU. tak sampai kesitu pun, dah nampak 1 signboard rumah contoh. kami masuk cari rumah contoh tu. ingat rumah tu dah siap, tak de owner jer, rupanya mmg baru pecah tanah. cerucuk pun tak piling lg..Ye ye uncle tu promote kat kami suruh letak booking konon rumah dah tingal limited unit. tp since rumah tak jd lg ni, kakyang ngan abg cuak la skit takut2 kang rumah tak naik, duit hilang.lgpun nak tungu siap lg 2 thn rasanya mcm tak sabar plak. hehehe

Bukan kakyang ngan abg je yg tak sabar, anak2 kakyangpun. masa tengok rumah2 tu, anak2 kakyang dah siap xcited book bilik ni sapa punya yg tu sapa punya. siap nak buat bilik study lah, bilik mainan lah..heheheh lebih2 plak anak2 kakyang ni. yg si adik lg la. tanya ibu banyak duit ker bu? ibu ada duit brapa? ingat rumah tu 2,3 ratus je ke nak.. bila kakyang ckp nak hutang bank, lg banyak soalan dia tanya. adoi nak oiii..ibu nak xplain pun kamu paham ker? yg si along plak, last2 dia ckp, along tak suka semua rumah tu sbb semak dan kotor. Pdhal td dia la yg iyer2 booking bilik utk dia dulu. hehehe

haa mmg semak pun, lalang tinggi org. agent tu pun satu, tak jaga bg cantik. mcm mana pembeli nak berkenan..ptt ler ramai tanya, tp tak jd nak beli sbb tengok semak lalang tu menakutkan.

Next week kakyang plan nak tengok rumah kat SU plak. dari website kakyang tengok rumah notbad luas, harga berpatutan. lokasi mcm dah sesuai...moga2 dipermudahkan urusan dan ditemukan rumah idaman...amin.

Ni kakyang nak tunjuk hasil tanaman campak2 kakyang.. cabai idup kata org utara. cabai merah ker hijau ker idak ler kakyang tahu. sbb nak merahnya tu lambat nor, dah seminggu pun masih dok hijau lg, dari kakyang terlupa petik, baik kakyang petik sementara ingat dan nampak ni.dah banyak kali berbuah, slalu jd habuan siput jer sbb dok tunggu dia jd merah, last2 kakyang terlupa terus dia gugur dan dimakan siput khinzir. tp kali ni menjadi banyak..terus cpt2 kakyang petik.

benih cabai ni yg kakyang nak buat sambalbelacan jer, tak mo pedas sngat kakyang buang bijinya tu kat tepi rumah. bila naik pokok kakyang biar jer. haa ni la hasilnya.